Awak Keluar Dulu Itu Kata Akhir Isteri Jenazahnya Sempurna Di Tempat Duduk


“Awak keluar dulu”. Itulah ungkapan terakhir isteri yang maut dalam kereta terbakar dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Sedenak, malam tadi.
Redzuan Jamil, 28, berkata, beliau ditarik keluar orang ramai daripada cermin kereta bahagian penumpang belakang, cuba menyelamatkan isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin atau dikenali sebagai Azi, 28.
“Cubaan saya memecahkan cermin depan kereta dan memecahkan pintu penumpang depan tidak berjaya dan isteri tersepit di tempat duduk depan.
Redzuan cedera di muka akibat melecur namun dia sangat ralat tidak berjaya menyelamatkan isterinya itu. – Kredit: Metro “Ketika itulah tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak.
“Saya tidak merasa bahang panas api, malah isteri juga tidak memanggil nama saya, selepas dia meminta saya keluar menyelamatkan diri dulu,” katanya.
Sementara itu, bapa wanita maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) arah selatan, malam tadi, hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat video tular kemalangan ngeri itu.
Tak sanggup tengok video kemalangan
Kamalul Arifin Ahmad, 66, yang kelihatan sugul berkata, beliau tidak sanggup melihat video berkenaan sehingga habis apatah lagi mendengar jeritan serta rintihan menantunya, Reduan Jamil, 28.
“Hati saya luluh dan menggigil apabila dimaklumkan Azi (Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28) maut apabila terperangkap dalam kereta yang terbakar.

“Apabila dimaklumkan Azi dan suami terbabit kemalangan, kami sekeluarga menyangkakan kemalangan biasa.
“Namun apabila ahli keluarga menunjukkan video tular kereta dinaiki Azi marak terbakar, lemah longlai badan saya, malah isteri, Saliah Hood, 56, amat terjejas kerana rapat dengan anak.
“Bagaimanapun, perasaan saya dan isteri terubat apabila dimaklumkan pihak berkuasa memaklumkan jenazah Azi ditemui dalam keadaan duduk sempurna walaupun kereta dinaikinya hangus terbakar,” katanya sebak ketika ditemui.
Malam tadi tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.
Video berdurasi satu minit 37 saat itu memperlihatkan lelaki itu memanggil isterinya dan menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.
Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang marak terbakar selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan babitkan empat kenderaan, di Kilometer 45.7 Lebuhraya Plus Utara Selatan, Arah Selatan, berhampiran Sedenak.

Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.
Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenalpasti.
Hilang penghibur keluarga
Sementara itu, Kamalul Arifin berkata, Azi yang juga anak keempat daripada lima beradik adalah seorang yang periang, peramah dan suka menghiburkan keluarga.
Katanya, Azi juga seorang pemurah kerana setiap bulan akan membelikan pelbagai ubatan untuk dirinya dan isteri tanpa gagal.
“Saya pernah nak membayar semula ubat yang sentiasa dibelikannya, namun Azi enggan menerima wang yang diberikan sebaliknya meminta saya menyimpannya untuk keperluan lain,” katanya.
Berdoa ketika berada di Mekah untuk dapat anak 
Tambah Kamalul lagi, dia, isteri, Azi dan suaminya baharu pulang dari menunaikan umrah Rabu lalu. Itulah juga impian Azi kerana mahu berdoa bagi mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin.

“Azi sangat gembira ketika di Makkah dan sempat membeli buah zuriat sebagai usaha mendapatkan anak,” katanya.
Beliau berkata, kali terakhir Azi menghubung dirinya dan isteri adalah dua hari lepas bagi memaklumkan dia dan suami akan pulang ke kampung.
“Saya terkilan dan ralat, Azi pulang ke kampung dalam keadaan begini akhirnya,” katanya.
Kredit: Berita Harian

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Awak Keluar Dulu.. Itu Kata Akhir Isteri” Jenazahnya Sempurna Di Tempat Duduk appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/awak-keluar-dulu-itu-kata-akhir-isteri-jenazahnya-sempurna-di-tempat-duduk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awak Keluar Dulu Kata Kata Terakhir Mangsa Maut Kereta Terbakar Pada Suami

Awak Keluar Dulu Kata Kata Terakhir Mangsa Maut Kereta Terbakar Pada Suami

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 192 hits
Redzuan Jamil menerima ucapan takziah daripada sanak saudara selepas selesai upacara pengebumian Nurul Nazihah Kamalul Arifin hari ini PETALING JAYA Awak keluar kereta dulu itu kata kata terakhir Nurul Nazihah Kamalul Arifin kepada suaminya...
Awak Keluarlah Dulu Isteri Minta Suami Selamatkan Diri Sebelum Maut Terbakar Depan Mata

Awak Keluarlah Dulu Isteri Minta Suami Selamatkan Diri Sebelum Maut Terbakar Depan Mata

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 209 hits
Suami kepada mangsa maut rentung dalam nahas kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 45 7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak malam tadi mendedahkan isterinya meminta dia keluar terlebih dahulu Memetik laporan Har...
Jangan Boikot Pilihan Raya Sebaiknya Keluar Mengundi Kata Fahmi

Jangan Boikot Pilihan Raya Sebaiknya Keluar Mengundi Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 245 hits
October 11 2022 Jangan boikot untuk mengundi kerana mgundi adalah hak rakyat untuk memilih pemimpin menerajui negara kata Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil PETALING JAYA Orang ramai diingatkan supaya tidak memboikot pilihan raya umum yang...
Belanjawan 2023 Letak Keutamaan Di Tempat Salah Kata Ahli Ekonomi

Belanjawan 2023 Letak Keutamaan Di Tempat Salah Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 206 hits
malaysiakini comBELANJAWAN 2023 Walaupun beberapa dasar yang baru diumumkan dalam Bajet 2023 dialu alukan pakar ekonomi berpendapat kerajaan memberi fokus perbelanjaan operasi tambahan pada keutamaan yang salah Ahli ekonomi juga mempersoalk...
Caprice Kongsi Pendedahan Mangsa Pu Azman Di Ig Tapi Pu Syed Minta Caprice Urus Aurat Isteri Dulu

Caprice Kongsi Pendedahan Mangsa Pu Azman Di Ig Tapi Pu Syed Minta Caprice Urus Aurat Isteri Dulu

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 208 hits
Caprice kongsi pendedahan mangsa PU Azman di IG tapi PU Syed minta Caprice urus aurat isteri duluBaru baru ini Caprice mendedahkan ada beberapa individu mendakwa mereka pernah menjadi mangsa PU Azman yang kini sedang berdepan dengan pertudu...
Banduan Tidak Boleh Keluar Sebarang Kenyataan Kata Jabatan Penjara Ulas Isu Najib

Banduan Tidak Boleh Keluar Sebarang Kenyataan Kata Jabatan Penjara Ulas Isu Najib

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 169 hits
Seseorang individu yang bergelar banduan tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan di luar penjara menurut penjelasan Jabatan Penjara Malaysia Penjelasan Jabatan Penjara tersebut berikutan dakwaan mengatakan bekas Perdana Menteri Dat...
Hati Tenteram Lihat Jenazah Nurul Nazihah Sempurna Duduk Di Kerusi Kereta

Hati Tenteram Lihat Jenazah Nurul Nazihah Sempurna Duduk Di Kerusi Kereta

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 276 hits
KOTA TINGGI Hati saya tenteram bila dapat tahu jenazah anak dalam keadaan sempurna luah bapa Allahyarham Nurul Nazihah 28 yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45 7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak di sini malam tad...
Benarkan Pekerja Keluar Undi Kata Menteri Kepada Majikan

Benarkan Pekerja Keluar Undi Kata Menteri Kepada Majikan

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 214 hits
Benarkan pekerja keluar undi kata menteri kepada majikan Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 16 Oct 2022 6 58PM
Takat Wan Saiful Hangpa Kata Hebat Sangat Gagal Buat Kerja Dalam Kerajaan Dulu Soh Jaga Ptptn Dia Buat Apa

Takat Wan Saiful Hangpa Kata Hebat Sangat Gagal Buat Kerja Dalam Kerajaan Dulu Soh Jaga Ptptn Dia Buat Apa

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 226 hits
Saingan sengit jika Wan Saiful pilih bertanding di Lembah Pantai kata penganalisis October 7 2022 Saingan bagi Wan Saiful Wan Jan jika bertanding di Lembah Pantai dikatakan akan menjadi agak sengit kerana Ahli Parlimen semasanya Fahmi Fadzi...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey