Avillion Cameron Highlands Hotel Mesra Kanak Kanak Yang Luas Dan Selesa Di Tanah Rata
Sebagai penutup bagi tahun 2018, saya dan keluarga memilih untuk bercuti di daerah perbukitan yang sejuk sambil menikmati strawberry dalam celupan coklat. Di mana? Yes, Cameron Highlands
Seperti biasa, jika di Cameron Highlands, saya dan suami lebih suka berjalan kaki jika ingin ke kawasan sekitar, untuk menghirup udara sejuk perbukitan sambil menghabiskan masa berharga bersama. Oleh sebab itu kami pasti akan memilih hotel yang terletak di tengah bandar Tanah Rata kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan kebanyakan kedai dan restoran.
Kali ini kami memilih untuk menginap di Avillion Hotel Cameron Highlands yang terletak di tengah pusat bandar Tanah Rata. Hasil daripada pembacaan saya di internet, Avillion Hotel Cameron Highlands dikatakan hotel mesra kanak-kanak. Jadi pilihan menjadikan Avillion sebagai hotel persinggahan kali ini adalah terbaik kerana Auni dan Ameera memang tengah lasak dan gemar bermain terutama apabila berada di tempat baru
Avillion Hotel Cameron Highlands
Sebaik selesai urusan check-in di kaunter, kami melangkah laju menuju ke bilik. Perjalanan memenatkan selama 5 jam memaksa badan ingin segera mendarat di atas tilam empuk. Namun sebaik melangkah masuk ke dalam bilik, rasa penat terus hilang dan diganti dengan perasaan teruja! Keluasan bilik yang besar dengan pintu akses ke taman permainan menjadikan Auni dan Ameera tidak senang duduk. Kini saya faham mengapa ia dikatakan hotel mesra kanak-kanak
Bilik jenis studio deluxe dengan keluasan 45 meter persegi ini dilengkapi dengan kemudahan seperti TV, sofa, katil, meja tulis, seterika dan pengering rambut. Di ruangan pantry telah tersedia mini refrigerator dan keperluan untuk membancuh air termasuk water heater. Bagi pengunjung yang membawa barangan berharga, mereka boleh menyimpannya di dalam peti safe box jika ingin keluar berjalan. Perkhidmatan wifi serta juadah minuman ringan untuk breakfast juga turut disediakan.
Jenis Bilik
Studio Deluxe - 45m²Suite 2 bilik tidur - 72m²Suite Premium 2 bilik tidur - 73m²Studio Superior - 35m²
Lokasi Strategik dan Selamat
Sebenarnya Avillion Hotel Cameron Highlands ini baru sahaja memulakan operasi mereka pada pertengahan bulan Januari 2018. Menerapkan konsep moden kontemporari dalam hiasan dalaman dan dekorasinya, Avillion Cameron Highlands merupakan hotel kelima yang dibina di bawah Kumpulan Hotel Avillion Sdn Bhd. Keadaan hotel yang masih baru, luas dan bersih memberi keselesaan kepada kami sepanjang berada di sini.
Avillion Hotel Cameron Highlands terletak di dalam bangunan komersial Cameron Fair yang merupakan one-stop complex pertama di Tanah Rata. Jadi jika terasa lapar namun malas untuk berjalan jauh, kami hanya perlu turun ke tingkat bawah bagi mengisi perut tanpa perlu menghadap kesesakan lalu lintas. Barangan keperluan harian juga boleh didapati di kedai yang banyak terdapat di dalam bangunan Cameron Fair.
Bersiar-siar dalam bangunan Cameron Fair
Bagi memastikan keselamatan pengunjung terjaga, Avillion Hotel Cameron Highlands menggunakan sistem kad akses bagi kawalan pintu masuk ke bilik, lif serta kemudahan lain seperti gymnasium dan bilik membaca. Ruang parking luas yang dikawal oleh pengawal juga memastikan setiap pelanggan di Avillion Hotel Cameron Highlands mendapat pengalaman percutian yang selamat, selesa dan menggembirakan
Kemudahan yang Terdapat di Avillion Hotel Cameron Highlands
Dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak, bilik mesyuarat, gym, bilik membaca, cafe dan bilik jenis suite dan studio, Avillion Hotel Cameron Highlands terletak di tengah bandar Tanah Rata, Cameron Highlands. Kedudukannya yang strategik kerana berada di tengah pusat bandar membolehkan pengunjung mendapat kelebihan dari segi kemudahan pengangkutan dan akses ke kedai dan bank.
Kedai yang terdapat bersebelahan bangunan hotel
Bermain di taman permainan kanak-kanak adalah perkara pertama yang Auni akan minta setiap kali bangun daripada tidur sepanjang tiga hari dua malam berada di Avillion Hotel Cameron Highlands. Mengapa tidak, buka sahaja pintu belakang, pasti akan nampak taman permainan yang terletak di sebelah bilik. Apa lagi, seronok sakanlah Auni dan Ameera ingin keluar bermain.
Setiap bilik di Avillion Hotel Cameron Highlands mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh, bilik saya terletak di sebelah taman permainan manakala ada sesetengah bilik yang lain pula menghadap pemandangan berlatar belakangkan Cameron Highlands yang menakjubkan. Jadi jika anda ada pilihan jenis bilik tertentu, jangan lupa untuk request pada staf semasa proses check-in.
Senang hati saya untuk lepaskan Auni dan Ameera bermain bersama abi di taman permainan. Saya cuma perlu pantau melalui pintu bilik atau tingkap tanpa perlu keluar daripada bilik pun. Auni dan Ameera juga dapat bermain dengan gembira dan tidak terperap di dalam bilik semata-mata. Taman permainan dibuka bermula jam 8 pagi dan ditutup jam 9 malam
Terdapat dua jenis bilik mesyuarat yang disediakan di Avillion Cameron Highlands iaitu bilik mesyuarat jenis theatre dan boadroom. Bilik mesyuarat jenis theatre boleh memuatkan sehingga 70 orang tetamu manakala bilik mesyuarat jenis boardroom pula boleh memuatkan sehingga 30 orang tetamu pada satu-satu masa. Bilik mesyuarat ini dibuka untuk tempahan luar sekiranya terdapat individu perseorangan atau syarikat yang berminat untuk menggunakannya.
Bilik mesyuarat jenis boardroom
Bilik mesyuarat jenis theatre
Jika Auni dan Ameera gembira bermain di taman permainan, suami saya juga tidak mahu kalah dengan menghabiskan masa di gymnasium. Gymnasium yang siap dengan kemudahan kelengkapan asas senaman hampir lengkap ini membolehkan golongan lelaki yang gemar melakukan workout untuk tidak mengabaikan penjagaan kesihatan meskipun ketika sedang bercuti. Di sebelah gymnasium juga turut disediakan dengan bilik membaca / bilik permainan bagi pengunjung dengan anak yang tidak mahu melakukan senaman namun ingin menunggu pasangan ketika sesi workout.
Ruang luas untuk kanak-kanak bermain
Selain itu, setiap tetamu yang menginap masuk di Avillion Hotel Cameron Highlands akan menerima complimentary coupon untuk breakfast bagi dua orang di cafe yang terletak bersebelahan bilik mesyuarat. Pelbagai juadah samada masakan melayu atau western boleh dinikmati saat berada di sini seperti nasi lemak, mee goreng, bubur, kuih-muih dan makanan cereal.
Tarikan di Sekitar Avillion Hotel Cameron Highlands
Kedai dobi, restoran Old Town White Coffee dan kedai serbaneka Mr. DIY adalah antara kedai yang terdapat di dalam bangunan Cameron Fair. Bagaimana pula dengan suasana kedai di luar bangunan? Jangan risau, jika sudah namanya terletak di pusat bandar, kami dapat akses ke pelbagai jenis kedai yang terdapat di sekitar Avillion Hotel Cameron Highlands
Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke luar bangunan, terdapat pelbagai jenis kedai dan restoran berada hanya beberapa langkah bersebelahan dengan bangunan. Deretan kedai makan yang terdapat di Medan Selera Jalan Mentigi pula berada berhadapan dengan pintu masuk parking hotel. Ingin keluarkan wang di bank? Kami hanya perlu berjalan kaki untuk ke Maybank yang hanya terletak di seberang jalan.
Tips Percutian di Avillion Hotel Cameron Highlands
Seperti biasa, ini adalah sedikit tips yang boleh anda lakukan sebelum memulakan percutian di Cameron Highlands dan menikmati percutian hebat di Avillion Hotel Cameron Highlands :
1. Waktu check-in bermula jam 3 pm and check-out pada jam 12 pm
2. Deposit diperlukan sebanyak RM200 semasa check-in
3. Harga bilik bermula daripada RM200++ semalam sehingga RM700++
Harga bilik pada weekdays adalah lebih murah berbanding weekend
4. Bawa bersama akses kad jika ingin menggunakan bilik membaca, gymnasium atau lif bermula tingkat 3 sehingga 7
Kebersihan hotel yang terjaga, bilik yang selesa, dekorasi dalaman yang cantik, staf yang mesra pelanggan, ruang parking yang luas serta keselamatan yang dititikberatkan menjadikan Avillion Hotel Cameron Highlands merupakan penginapan terbaik yang wajar dijadikan pilihan keluarga semasa percutian di Cameron Highlands
Hubungi
Ingin menginap di Avillion Hotel Cameron Highlands? Hanya waze lokasi hotel dan cari salah satu bangunan yang tinggi di pekan Tanah Rata kerana ia terletak di atas bangunan tinggi bersebelahan Apartment Parkview. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh direct message ke:
Laman web : Avillion Hotel Cameron HighlandsFacebook : Avillion Hotel Cameron HighlandsInstagram : Avillion Hotel Cameron Highlands
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2018/12/avillion-cameron-highlands-hotel-mesra-kanak-kanak-yang-luas-dan-selesa-di-tanah-rata.html