Cameron Highlands Dap Tanding Bn Pahang Yakin Pertahan



GEORGE TOWN: DAP berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands memandangkan ia merupakan kerusi tradisi parti itu, kata Setiuasaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Lim yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya akan melaporkan perkara tersebut (bertanding) kepada Pakatan Harapan.

“Ya tentu itu (kerusi Parlimen Cameron Highlands) akan ditandingi oleh parti DAP. Kita akan laporkan kepada Pakatan Harapan dan memandangkan ini adalah kerusi DAP, secara tradisi akan ditandingkan semula oleh calon DAP,” katanya kepada pemberita di Tapak Pertanian Dalam Bandar Lebuh Padang Tembak, Air Itam, hari ini.


Lim mengulas sama ada DAP akan meletakkan calon parti itu susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya semalam yang mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen itu pada pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, terbatal dan tidak sah.

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan pembatalan itu semalam selepas mendapati terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan oleh Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk C Sivarraajh.

Lim berkata, beliau telah mengarahkan calon DAP bagi kerusi itu sebelum ini M Manogaran untuk mengerahkan organisasi bagi tujuan tersebut (pilihan raya kecil).

“Tetapi saya difahamkan mereka (Barisan Nasional) akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah ini. Jadi kita tunggu dahulu keputusan ini.

Pada 4 Jun lepas, calon DAP M Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan bahawa keputusan ilihan raya 9 Mei lepas bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam pada itu di Kuantan, Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail optimis parti berkenaan mampu mengekalkan kemenangan di Cameron Highlands sekiranya PRK diadakan di kawasan itu.

Wan Rosdy yang juga menteri besar Pahang berkata, bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian memandangkan calon BN kawasan itu C Sivarraajh akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Pilihan Raya.

“Pada masa itu 5 penjuru, pada PRK akan datang kita tidak tahu berapa penjuru…kita tunggu dan lihat. Masih terlalu awal untuk buat andaian, rayuan pun belum dikemukakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran KPJ Pahang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peluang BN memenangi kembali Parlimen Cameron Highlands sekiranya PRK diadakan berikutan majoriti tipis yang diperolehi calon BN itu sebelum ini.

Wan Rosdy berkata, sebagai persediaan, beliau akan memanggil mesyuarat BN negeri dalam tempoh terdekat bagi membincangkan perkara itu, selain strategi yang akan diatur mengekalkan kemenangan sekiranya PRK diadakan.

Pada pilihan raya umum lepas, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran dari PKR dengan 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi). #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/12/cameron-highlands-dap-tanding-bn-pahang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Tunggu Keputusan Rayuan Tanding Cameron Highlands

Dap Tunggu Keputusan Rayuan Tanding Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 326 hits
MELAKA Keputusan sama ada DAP akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands hanya akan ditentukan selepas keputusan rayuan di mahkamah Mahkamah Pilihan Raya semalam membatalkan kemenangan parti Barisan Nasional ba...
Dap Berhasrat Bertanding Prk Cameron Highlands Lim

Dap Berhasrat Bertanding Prk Cameron Highlands Lim

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 267 hits
Diterbitkan 1 Dis 2018 10 52 pagiDAP berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands memandangkan ia merupakan kerusi tradisi parti itu kata Setiuasaha Agungnya Lim Guan Eng Lim yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya ...
Azmin Yakin Pakatan Boleh Menang Di Cameron Highlands

Azmin Yakin Pakatan Boleh Menang Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 301 hits
Azmin yakin Pakatan boleh menang di Cameron Highlands Dikemas kini 52 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 1 Dec 2018 3 12
Parlimen Cameron Highlands Pahang Diisytihar Kosong Oleh Mahkamah

Parlimen Cameron Highlands Pahang Diisytihar Kosong Oleh Mahkamah

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 395 hits
Mahkamah Pilihan Raya hari ini memerintahkan bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands Pahang sebagai kosong dan pada pilihan raya diadakan semula Pada pilihan raya umum ke 14 pada Mei lalu calon BN C Sivaraj mengalahkan calon Pakatan Harapa...
Bn Pahang Optimis Mampu Kekalkan Kemenangan Di Cameron Highlands Rileksmedia

Bn Pahang Optimis Mampu Kekalkan Kemenangan Di Cameron Highlands Rileksmedia

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 493 hits
KUANTAN Pengerusi Barisan Nasional Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail optimis parti berkenaan mampu mengekalkan kemenangan di Parlimen Cameron Highlands sekiranya pilihan raya kecil diadakan di kawasan itu Wan Rosdy yang juga Menteri Be...
Mahkamah Isytihar Kerusi Cameron Highlands Kosong

Mahkamah Isytihar Kerusi Cameron Highlands Kosong

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 397 hits
Diterbitkan 30 Nov 2018 3 40 petang TERKINI l Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands Pahang dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula Hak...
Court Declares Cameron Highlands Seat Vacant Orders Re Election

Court Declares Cameron Highlands Seat Vacant Orders Re Election

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 343 hits
The Election Court in Kuala Lumpur has declared the parliament seat vacant paving the way for a re election Justice Azizah Nawawi said DAP candidate M Manogaran proved that there were corrupt practices which led to BN candidate MIC vice pre...
Isu Kerusi Parlimen Cameron Highlands Akan Dibincangkan Pada Mesyuarat Ph

Isu Kerusi Parlimen Cameron Highlands Akan Dibincangkan Pada Mesyuarat Ph

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 292 hits
SAIRUL ZAMRI MISRANI 30 November 2018 7 31 PM KUALA LUMPUR Mesyuarat Pakatan Harapan akan membincangkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur yang memba
Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands

Dua Projek Naik Taraf Laluan Elak Sesak Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 322 hits
KUANTAN Dua cadangan naik taraf laluan di Cameron Highland kepada Jabatan Kerja Raya dikemukakan Kerajaan Pahang bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di pusat pelancongan itu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata cad...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet