Avillion Cameron Highlands Port Inap Bertaraf Lima Bintang


Aduh—Bila sampai hujung tahun dan sekali jalan dengan cuti sekolah, memang tak tau nak menghala ke mana sedangkan kat Malaysia ni banyak je tempat yang menarik. Hee~ Tapi tu lah, hati ni tertarik sangat dengan persekitaran dan suasana di Cameron Highands – kira tempat lain tunggu dulu lah, setiap tahun naik Cameron Highlands pun tak pe


Ibarat balik kampung, Cameron Highlands bukan lagi lokasi yang asing pada kami sekeluarga sebaliknya kebanyakan tarikan di sana melekat elok dalam memori kami. Kalau setakat nak cari port makan best pun kami tau tapi untuk entri kali ni tak nak cerita pasal tempat makan. Nak cerita pasal hotel saje. Ye lah ! Sebelum-sebelum ni asyik menginap di homestay ( sebab lebih murah dan boleh memasak ) cuma kali ni ubah angin sikit untuk ‘rasa’ hotel di Cameroh Highlands


BACA SINI –> TAHNIAH AVILLION GROUP !!

AVILLION CAMERON HIGHLANDS
Menarik perhatian kakak adalah deretan kedai yang ada di bangunan hotel ni sebenarnya ( berdasarkan pengalaman !! memang serik kalau kedai jauh.. ), Avillion Cameron Highlands yang terletak di tengah-tengah pekan Tanah Rata mempunyai 7 tingkat termasuklah kawasan parkir, pusat membeli-belah, kedai makan, dobi, kedai serbaneka, lobi, kafeteria, taman permainan, gym, beberapa buah dewan dan mempunyai empat jenis bilik iaitu :
Studio Deluxe Studio Superior Suite 2 Bilik Tidur Suite Premium 2 Bilik Tidur

Bila dah beranak pinak ni kena lah ambil bilik yang sesuai dengan kami, jadi yang paling sesuai adalah Suite 2 Bilik Tidur yang berkeluasan 72 m²– sap sap soi bak kata nya. Hee~ Masuk je bilik memang teruja lah sebab semua ada kot !! Set kopi dan teh, air mineral, cerek air, peti sejuk dan keadaan perabot yang sangat minimalis. Cun habis lahhhhhh.


Ruang tamu yang luas memang bonus besar buat kami sekeluarga mana tak nya bila semua suka berlongok satu tempat dan menonton televisyen bersama-sama. Ya !! Cuti sekolah kan banyak cerita kartun, memang layan lah budak dua orang ni.
Kalau ikut pemandangan dari bilik kami ni, memang nampak hampir keseluruhan pekan Tanah Rata. Boleh la track kat mana kopitiam, kat mana bank, kat mana agensi pelancongan, kat mana dobi semua. Mudah nak merancang perjalanan dan percutian kalau tau lokasi-lokasi tempat tumpuan ni

Bilik Utama – Katil king
Bilik Kedua – Dua katil single
Kelengkapan lain seperti seterika dan papan penggosok pun ada gais—Jadi berpesan-pesan lah kepada ahli keluarga korang, jangan dirisaukan tudung atau baju berkedut sebab boleh gosok jek nanti. Hahahah~ Kakak pun risaukan perkara yang sama sebenarnya

Tandas di Bilik Tidur Utama
Design tandas pun sama jadi kakak tak letak lah gambar tandas sampai dua keping yah. Korang tengok ni dan bayangkan lah sendiri rupa / design / bersihnya tandas dorang yang dilengkapi dengan air pansa ha

Kalau hobi korang mengumpul kenangan – boleh lah ni

Yang memang sejenis kakak menghangkut kerja semasa bercuti dan korang memang memerlukan Wifi ? Hahahaha~ Ibarat nyawa tertinggal di rumah kalau keluar tanpa Wifi ? Ya !! Kat Avillion Cameron Highlands ni Wifi nya macam kereta lumba – laju tak mengenal masa ha


KLIK SINI –> SENARAI BILIK DI HOTEL AVILLION CAMERON HIGHLANDS

HOTEL MESRA KANAK-KANAK
Kalau dah pergi bercuti, tumpuan emosi yang nak kena jaga adalah anak-anak. Ya ! Jangan biarkan mood percutian korang tersekat sebab anak-anak tak de aktiviti dan memerap kat bilik je. Tak syok lah kan sebab hak bermain kan hak dorang. Hee~ Di Avillion Cameron Highlands ada taman permainan yang selamat tau.. boleh lah anak-anak melasak mandi peluh sekejap sementara menunggu korang berkira-kira nak ke ladang teh yang mana satu.
Pemandangan taman permainan dari tingkat 7.


Walaupun Avillion Cameron Highlands lebih kurang sama dengan hotel-hotel yang ada di Malaysia tetapi sangat berbeza berbanding hotel yang ada di Cameron Highlands tau. Dengan fesiliti lengkap dan persekitaran yang kondusif sudah pastinya hotel ini menjadi salah satu hotel kegemaran korang. Hee~ Sebab Avillion Cameron Highlands adalah hotel kegemaran kakak sekeluarga juga !

LAMAN WEB : https://www.avillioncameronhighlands.comFACEBOOK : https://www.facebook.com/AvillionHotelGroupINSTAGRAM : https://www.instagram.com/AvillionHotelGroup


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.atiehilmi.com/2018/12/avillion-cameron-highlands-port-inap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Avillion Cameron Highlands Grand Launch

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 370 hits
Avillion Cameron Highlands Grand Launch Cik en berkesempatan untuk menghadiri Avillion Cameron Highlands Grand Launch pada 5 Disember 2018 yang lepas Avillion Hotel Group is a wholly owned subsidiary of Avillion Berhad an integrated travel ...
Selesa Di Avillion Cameron Highlands Penginapan Santai Dan Mesra Kanak Kanak

Selesa Di Avillion Cameron Highlands Penginapan Santai Dan Mesra Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 903 hits
hai assalammualaikumAvillion Cameron HighlandsAvillion Cameron di Bahagian luar waktu malam Mr DIY tu ada Avillion Cameron Highlands Tanah Rata PahangSelesa Di Avillion Cameron Highlands Tanah Rata Pahang Baru minggu lepas nad bercuti di Ca...
Avillion Cameron Highlands Hotel Mesra Kanak Kanak Yang Luas Dan Selesa Di Tanah Rata

Avillion Cameron Highlands Hotel Mesra Kanak Kanak Yang Luas Dan Selesa Di Tanah Rata

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 1297 hits
Sebagai penutup bagi tahun 2018 saya dan keluarga memilih untuk bercuti di daerah perbukitan yang sejuk sambil menikmati strawberry dalam celupan coklat Di mana Yes Cameron Highlands Seperti biasa jika di Cameron Highlands saya dan suami le...
Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time Dengan Firman

Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time Dengan Firman

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 867 hits
Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time Dengan Firman Tiap kali terfikir nak bercuti ke Cameron Highlands mesti cik en akan tercari cari pilihan hotel yang terbaik dan sesuai dengan siapa cik en bawa Minggu lepas cik e...
Spr Maklum Kerusi Cameron Highlands Kosong Kepada Speaker Dewan Rakyat Isnin

Spr Maklum Kerusi Cameron Highlands Kosong Kepada Speaker Dewan Rakyat Isnin

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 348 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pilihan Raya akan menghantar makluman rasmi mengenai kekosongan kerusi Parlimen Cameron Highlands kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof Isnin ini Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata in...
Dewan Rakyat Dimaklum Kekosongan Kerusi Parlimen Cameron Highlands Speaker

Dewan Rakyat Dimaklum Kekosongan Kerusi Parlimen Cameron Highlands Speaker

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 480 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat hari ini menerima surat pemakluman daripada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands mulai 15 Disember lalu Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad...
Bayaran Tiket Masuk Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands

Bayaran Tiket Masuk Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 538 hits
Salah satu tempat menarik di Cameron Highlands adalah Taman Agroteknologi MARDI yang terletak di Tanah Rata Ia boleh dikatakan destinasi wajib pergi kalau saya dan keluarga bercuti ke Cameron Highlands Beberapa minggu sebelum cuti penggal p...
Ec To Inform Dewan Rakyat On Cameron Highlands Seat Vacancy Next Week

Ec To Inform Dewan Rakyat On Cameron Highlands Seat Vacancy Next Week

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 337 hits
EC chairman Azhar Azizan Harun says they will meet soon to discuss the by election for the Cameron Highlands seat PETALING JAYA The Election Commission will notify the Dewan Rakyat on Monday about the Cameron Highlands seat falling vacant E...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemanis Tiruan Dalam Minuman Diet Pakar Otak Dedah Kesan Menakutkan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri