Selesa Di Avillion Cameron Highlands Penginapan Santai Dan Mesra Kanak Kanak


hai assalammualaikum

Avillion Cameron Highlands
Avillion Cameron di Bahagian luar waktu malam.Mr DIY tu ada..Avillion Cameron Highlands Tanah Rata PahangSelesa Di Avillion Cameron Highlands Tanah Rata Pahang - Baru minggu lepas nad bercuti di Cameron Highlands. Percutian yang masih tak dapat dilupakan. Seingat nad, kali terakhir nad pergi ke Cameron Highlands, waktu tu nad darjah 6. Ada gambarnya lagi, gambar jenis cuci tu..hahaa..Gambar tu nad depan ladang strawberry, dengan baju sejuk ikat dekat taling pinggang, pakai tudung baang style bulat..hahaa. Lupa pulak nak ambil dekat kampung, kalau tak, boleh letak dalam blog, bukti ok..hahaha. Lepas tu dah tak pernah pergi dan tak tau pun rupa Cameron Highlands tu macam mana. Jeles tengok kawan-kawan selalu bercuti dekat Cameron, akhirnya impian nak bercuti ke sana termakbul..Dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis Avillion Grand Launch, hotel kelima mereka. Tahniah Avillion...

Siapa yang taknak pergi Cameron kan, semestinya Cameron Highlands menjadi salah satu tempat destinasi percutian. Walaupun jalanya yang berliku, disebabkan banyak tempat menarik seperti ladang teh, ladang strawberry, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Cameron highlands tempat percutian yang menyenangkan dengan udara yang segar dan sejuk serta dapat melihat bukit-bukit hijau yang subur. Paling penting datang sini jangan waktu hujung minggu, orang cakap jalan akan jem, jadi pergila hari biasa..hehee. Mujur nad pergi bukan waktu orang cuti. Jadi percutian tu jadi lancar je.

Nak pergi melancong, selain nak tengok tempat yang menarik, perkara paling utama ialah penginapan. Tempat penginapan yang selesa,lokasi yang strategik dan berhampiran dengan kemudahan antara perkara utama yang akan dititikberatkan ketika bercuti. Lagi senang, kalau tempat penginapan tu santai "mesra" kanak-kanak. Paham-paham jela budak-budak ni, kalau duduk bilik , takda benda menarik bagi diaorang, memang otak tepu..hahaa.

Kesemua ciri-ciri itu ada di Hotel Avillion Cameron Highlands. Nad pernah menginap di Avillion Port Dickson, memang best giler. Kali ni merasa pulak di Avillion Cameron Highlands, memang seronokla. Sebab tau tempat dia mesti selesa. Hotel Avillion Cameron Highlands terletak di Tanah Rata Pahang dan hotel ini bersambung dengan Cameron Fair.

Avillion Cameron bersambung dengan Cameron Fair
Masa ni nad ikut je maps, dan dia tunjuk bangunan putih ni. Dekat depan tu, ada dia tulis Avillion Cameron Highlands. Tapi masa sampai, waktu tu pelik juga, sebab nama Cameron Fair, betul ke..hehehe.. Jadi tanyala orang..Dia kata betul la, parking pun dekat bangunan tu juga. Lobby Hotel ada dekat tingkat 3. Kalau tak tau, tanya je sesiapa..hehee..Hotel ni bukan sahaja boleh diinap oleh ahli keluarga, tapi untuk backpacker, berkumpulan dan syarikat. Kiranya semua orang boleh stay hotel ni. Kalau boleh kalau nak saty sini, sila book dahulu atau cek di website Avillion, kot ada promosi.

Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Hotel yang berkonsepkan moden kontemporari yang diterapkan dalam rekaan dalaman dan dekorasi.
Hotel ini mempunyai 100 studio dan suite yang bergaya dan luas dari studio yang unggul hingga suite premium 2 bilik tidur yang sesuai untuk perniagaan dan percutian. Kemudahan hotel termasuk 4 bilik mesyuarat dan fungsi, taman permainan halaman berkongsi, restoran di rumah dan gimnasium.

Pengarah Avillion Berhad, Puan Yulina Baharuddin
Pengarah Avillion Berhad, Puan Yulina Baharuddin berkata, "Pembukaan hotel ini adalah satu lagi langkah ke hadapan untuk Avillion dalam membuka jalan untuk menjadi syarikat perkhidmatan pengurusan hotel terkemuka di mana standard perkhidmatan dan hospitaliti akan menjadi standard emas industri untuk rakyat Malaysia hotel, dan di rantau ini. Kami percaya kami mempunyai sesuatu yang tulen untuk ditawarkan, dan kami sentiasa mencari peluang untuk menguruskan lebih banyak hotel di negara ini, di rantau ini dan seterusnya.

Avillion Cameron Highlands
Avillion Cameron Highlands Grand Launch
Avillion Cameron Highlands Grand Launch
Avillion Cameron Highlands Grand Launch
Media yang hadir di Avillion Cameron Highlands Grand Launch
Tahniah Avillion untuk pembukaan hotel kelima mereka ni. Avillion Cameron Highlands merupakan 
hotel kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion selepas Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove, Avillion Legacy Melaka dan Avillion Villa Cinta Bali.

Jom Masuk Bilik

Lobi Hotel
Hotel ni,  paling tinggi bilik dekat tingkat no 7..Hah bilik kita la tu dekat tingkat 7..hahaa. Tapi Hotel Avillion ni sebenarnya hotel 5 tingkat. Sebab dia bersambung dengan Cameron Fair, jadi bahagian bawah tu ialah shopping mall dan restoran.

Access card sebelum masuk ke bilik
Hotel ni selamat, sebab kalau nak ke bilik, kena access dulu kunci bilik kita di lif, kemudian baru tekan tingkat berapa bilik kita tu.

Jom nad tunjukkan bilik nad..hehee..Sila hadam semua gambar ok..memang best..

Ruang yang besar ooo
Landing kejap..Tengok pemandangan
Layan cerita kartun dia
Selamat datang ke bilik 708..heheehe..Masuk je terus Fariza cakap " Wahhhh "..Tengokla, bilik nampak luas giler. Duduk ramai pun boleh ni. Ni anak-anak berlari, melompat boleh saje ni..hehee. Berguling-guling pun boleh. Bilik nad 2 bedroom Premium Suite tak silap. Ada banyak lagi bilik yang ada, korang boleh tengok dekat website Avillion Cameron Highlands. Semua bilik besar dan luas. Cuma berbeza harga.

Meja dan sofa
Bahagian dapur
Masak air. Teh cameron tu sedap
Peti ais pun ada.
Dalam bilik ni ada
- Bilik tidur utama dengan katil bersaiz king
- Bilik kedua dengan 2 Katil Single
- Kawasan tempat duduk sofa
- Meja kerja
- Meja makan
- Dapur kecil
- Sudut tv,
- Balkoni
- Ada Wifi Free

Bilik king Saiz. Katil mommy dan daddy..hahaha
Double bed, untuk anak-anak
Bilik ni ada dua bilik. Nampak tilam terus rasa nak baring. Memang empuk dan bersih je. Bila landing dekat tilam, terus rasa nak lena. Dengan cuaca yang sejuk. Memang mimpi indah.........

Bilik air
Bilik air dalam bilik katil king
Bahagian bilik air, dekat sini takda bathtub, cuma pancuran air je. Tu pun dah best buat Fariza nak amin air..hahaa. Kalau korang menginap dekat sini, tak perlu bawak perlatan mandian, tuala semua bagai, sebab dekat sini semua serba serbi ada..hehe. ada disediakan ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, shampoo, tuala,..semua ada.

Lengkap semua, ada iron dan seterika
Bilik ni pun ada tempat iron dan seterika. Senang kan. Paham-paham jela perempuan, tudung berkedut bila masuk dalam beg. Nak pakai mestila kena iron..hahaa.

Plug sana sini
Pasal plug, tak perlu risau, sebab memang banyak plug, tak perlu berebut..hahaa. Dalam bilik kiri kanan, dekat luar lagi..fuh..

arah kiblat
Kalau nak sembahyang takyah risau arah kiblat dekat mana, sebab dah ditunjukkan..

Pemandangan di balkoni..bestnya waktu ni..segar je
Tengokla..hijau je..Gunung tu..lawa
Bahagian balkoni yang mengadap pemandangan yang indah. Hirup udara segar di Cameron Highlands. Bayangkan tingkat 7, lagi la best. Memang otak rehat habis. Cuaca sejuk memang menyusuk ke dalam badan. Bangun pagi, tengok keindahan macam ni, hilang stress.

Pagi2 dah ceria..hehee..
Khemah untuk disewa
Tengok berkejaran, main dekat ruang tamu..hahaa
Ala happynya dapat tidur dalam bilik besar ye..dahla malam sejuk..hujan pulak..
Disebabkan ruang tamu yang besar, jadi mr mafia mintak sewa khemah untuk budak-budak ni. Biar diaorang rasa seronok bila ada dalam bilik. Sewa khemah hanya RM10..kitaorang duduk 3 hari 2 malam, jadi dua malam la sewa khemah ni, jadinya RM20. Takpe, untuk anak-anak. Fariza suka giler bila ada khemah ni. Paham-paham jela budak-budak punya imaginasi..hahaa.

Kemudahan Lain Di Avillion Cameron Highlands.

Bilik meeting
Cafe
Cafe pun besar
Banyak lagi kemudahan yang ada dekat Avillion Cameron Highlands ni, macam bilik meeting, Taman permainan, cafe dan gym.

Pemandangan dari atas..
Taman permainan..
Mak tengah membawang jap..tengok anak main ..hahaa
Bagus kan bila ada taman permainan ni. Anak-anak seronok main bila balik bilik. Mak pergi membawang, bergosip, ayah pergi gym, anak-anak main dekat taman permainan ni..hahaa. Fariza main puas dekat sini.

Bangun pagi esoknya, pergi gym. Senaman sikit bagi segar otak dan badan sebelum bergerak ke tempat menarik di Cameron Highlands.

Persekitaran di Luar Avillion Cameron Highlands

Shopping mall
Macam-macam ada
Kedai runcit
Kedai makan
Lepak jap, minum bergosip para mak-mak ni
Hotel Avillion Cameron Highlands bersambung dengan Cameron Fair. Jadi, yang bawah tu bangunan kedai-kedai, macam kedai shopping mall dan banyak kedai makanan dekat situ. Jadi kalau rasa taknak makan dekat cafe Avillion, boleh je cari makanan dekat luar. Memang banyak kemudahan yang ada di sekitar Avillion ni yang memudahkan pelancong. Siap ada pasar lagi.

Happy sanagt dapat bercuti dan menginap di Avillion Cameron Highlands
Hotel paling best di Cameron Highlands
Hah macam mana, strategik kan tempat dia. Bagi nad, lokasi dia macam di tengah-tengah..Nak pergi ke bawah senang, nak pergi ke Brinchang pun ok. Duduk sini memang aman je, memang rasa percutian yang sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar..hahaha..

Bilik yang ada laman rumput tu nampak best..ada rezeki nak stay bilik tu pulak la..hehee.
Kalau rasa nak menginap di Avillion Cameron Highlands,
Avillion Cameron Highlands terletak di Jalan Camelia, Tanah Rata Cameron Highland, Pahang, 39000, Malaysia. Sila hubungi hotel +605 5000 333 atau lawatiWeb : http://www.avillioncameronhighlands.com/Facebook : https://www.facebook.com/AvillionCameronHighlands/Instagram : https://www.instagram.com/avillioncameron/













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2018/12/selesa-di-avillion-cameron-highlands.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Avillion Cameron Highlands Hotel Mesra Kanak Kanak Yang Luas Dan Selesa Di Tanah Rata

Avillion Cameron Highlands Hotel Mesra Kanak Kanak Yang Luas Dan Selesa Di Tanah Rata

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 1272 hits
Sebagai penutup bagi tahun 2018 saya dan keluarga memilih untuk bercuti di daerah perbukitan yang sejuk sambil menikmati strawberry dalam celupan coklat Di mana Yes Cameron Highlands Seperti biasa jika di Cameron Highlands saya dan suami le...
Avillion Cameron Highlands Port Inap Bertaraf Lima Bintang

Avillion Cameron Highlands Port Inap Bertaraf Lima Bintang

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 313 hits
Aduh Bila sampai hujung tahun dan sekali jalan dengan cuti sekolah memang tak tau nak menghala ke mana sedangkan kat Malaysia ni banyak je tempat yang menarik Hee Tapi tu lah hati ni tertarik sangat dengan persekitaran dan suasana di Camero...
Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Avillion Cameron Highlands Grand Launch

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 358 hits
Avillion Cameron Highlands Grand Launch Cik en berkesempatan untuk menghadiri Avillion Cameron Highlands Grand Launch pada 5 Disember 2018 yang lepas Avillion Hotel Group is a wholly owned subsidiary of Avillion Berhad an integrated travel ...
Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time Dengan Firman

Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time Dengan Firman

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 847 hits
Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time Dengan Firman Tiap kali terfikir nak bercuti ke Cameron Highlands mesti cik en akan tercari cari pilihan hotel yang terbaik dan sesuai dengan siapa cik en bawa Minggu lepas cik e...
Cameron Highlands Seat Will Remain Vacant Until Final Ruling Says Lawyer

Cameron Highlands Seat Will Remain Vacant Until Final Ruling Says Lawyer

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 367 hits
Mohamed Haniff Khatri AbdullaKUALA LUMPUR MIC vice president C Sivarraajh is no longer the Cameron Highlands MP as the seat has been declared vacant by the Election Court lawyer Mohamed Haniff Khatri Abdulla said He can only return to the D...
Prk Di Cameron Highlands Apakah Bn Masih Perlukan Pas

Prk Di Cameron Highlands Apakah Bn Masih Perlukan Pas

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 349 hits
Dengan komposisi pengundi Melayu 34 Cina 30 India 15 Orang Asli 21 sudah tentu BN sekali lagi akan perlukan sokongan padu daripada PAS khususnya bagi mendapatkan undi Melayu Pada PRU 14 yang lalu BN melalui calonnya dari MIC Datuk C Sivarra...
Dap Tunggu Keputusan Rayuan Tanding Cameron Highlands

Dap Tunggu Keputusan Rayuan Tanding Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 310 hits
MELAKA Keputusan sama ada DAP akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands hanya akan ditentukan selepas keputusan rayuan di mahkamah Mahkamah Pilihan Raya semalam membatalkan kemenangan parti Barisan Nasional ba...
Cameron Highlands Dap Tanding Bn Pahang Yakin Pertahan

Cameron Highlands Dap Tanding Bn Pahang Yakin Pertahan

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 341 hits
GEORGE TOWN DAP berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands memandangkan ia merupakan kerusi tradisi parti itu kata Setiuasaha Agungnya Lim Guan Eng Lim yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya akan melaporkan perka...
Percutian Cameron Highlands Sebelum Cuti Sekolah

Percutian Cameron Highlands Sebelum Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 470 hits
Percutian hujung minggu ke Cameron Highlands Pahang Seminggu sebelum bermulanya cuti persekolahan rasmi akhir tahun 2018 kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Cameron Highlands Percutian kali ini kami bawa sekali keluarga pengasuh si Amri ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching