Australia Tolak Komen Dr M Mengenai Mh17



(FMT) – Australia mengkritik Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan penemuan siasatan ke atas insiden pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh hampir 5 tahun lalu dan menegaskan Rusia “terbabit secara langsung” dalam kejadian itu.
Menteri Luar Australia, Marise Payne berkata kerajaannya mempunyai keyakinan penuh terhadap “pasukan siasatan bersama (JIT) yang bebas, adil dan profesional” yang turut dianggotai wakil Malaysia.
Beliau dipetik Sydney Morning Herald sebagai berkata, itu sebabnya kerajaan Australia “tegas bersama Belanda” untuk memberitahu Rusia yang mereka bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa.
“Saya dapati dalam sidang media JIT pada 19 Jun 2019, wakil Malaysia kepada JIT mengesahkan siasatan menyeluruh dan bukti JIT, begitu juga sokongan Malaysia untuk kesimpulan JIT ke atas 4 suspek yang diumumkan.”
Payne merujuk kenyataan Peguam Cara Negara, Mohamad Hanafiah Zakaria yang dilaporkan berkata, Malaysia mempertahankan hasil siasatan JIT dan penemuan itu berdasarkan “siasatan intensif serta kajian undang-undang”.
Kelmarin, Mahathir dilapor menyifatkan tindakan mendakwa 3 warga Rusia dan seorang warga Ukraine atas pertuduhan membunuh kerana menembak jatuh MH17 pada Julai 2014 sebagai “tidak masuk akal” dan “bermotifkan politik” terhadap Rusia.
Katanya, Malaysia tidak gembira sejak mula lagi kerana ia menjadi isu politik untuk mencari jalan mendakwa Rusia membuat kesalahan.
Beliau berkata, Malaysia tetap mahu bukti kukuh sebelum sebarang pendakwaan dibuat terhadap mana-mana pihak.
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte membidas Mahathir menimbulkan “kekeliruan” dengan mengkritik keputusan mendakwa 4 suspek itu dan beliau akan menghubungi Putrajaya mengenai komen Mahathir.
Boeing 777 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh misil BUK buatan Rusia pada 17 Julai 2014 ketika melintasi sempadan timur Ukraine yang dikuasai puak pemisah pro-Rusia.
Pada Mei 2018, Belanda dan Australia dilaporkan berkata, misil itu dilancarkan sepasukan briged tentera Rusia, tetapi Moscow menafikan dakwaan itu dan menuding jari ke arah Kiev.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/06/23/australia-tolak-komen-dr-m-mengenai-mh17/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imigrasi Bantah Tolak Mantan Miss Universe Australia Di Bandara Ngurah Rai

Imigrasi Bantah Tolak Mantan Miss Universe Australia Di Bandara Ngurah Rai

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 191 hits
Menurut catatan imigrasi Ngurah Rai Bali penolakan terhadap warga negara Australia sempat terjadi pada 10 januari 2019 kepada Alexis Diamond Karakostas Hal itu dikarenakan passport yang bersangkutan rusak
Australia Hits Back At Mahathir Over Mh17 Comments

Australia Hits Back At Mahathir Over Mh17 Comments

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 278 hits
Canberra has rebuked Prime Minister Dr Mahathir Mohamad for questioning the findings of a probe into the downing of Malaysia Airlines Flight MH17 and insisted that Russia was directly involved in it Australian Foreign Minister Marise Payne ...
Pasangan Eur Usd H4 Berbanding Usd Jpy H4 Berbanding Eur Jpy Analisis Komprehensif Mengenai Pilihan Dagangan Dari

Pasangan Eur Usd H4 Berbanding Usd Jpy H4 Berbanding Eur Jpy Analisis Komprehensif Mengenai Pilihan Dagangan Dari

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 407 hits
Kini izinkan pasaran mengalihkan perhatian anda ke arah analisis menyeluruh mengenai pilihan bagi perkembangan pergerakan instrumen pasangan mata wang EUR USD berbanding pasangan USD JPY berbanding pasangan EUR JPY pada carta operasi skala ...
Membongkar Sham Shui Po Panduan Mesra Muslim Mengenai Apa Yang Harus Dilakukan Makan Dan Lihat

Membongkar Sham Shui Po Panduan Mesra Muslim Mengenai Apa Yang Harus Dilakukan Makan Dan Lihat

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 724 hits
Sama ada anda pertama kali atau pengunjung yang kerap Hong Kong akan mengalu alukan anda dengan latar langit yang menakjubkan kedai runcit mewah dan landskap metropolitan yang indah Apa yang tidak suka tentang bandar yang bertenaga ini Teta...
Sejumlah Fakta Kesehatan Tersembunyi Mengenai Suplemen Pembentuk Otot

Sejumlah Fakta Kesehatan Tersembunyi Mengenai Suplemen Pembentuk Otot

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 273 hits
Suplemen pembentuk otot biasa digunakan sejumlah untuk untuk memperbesar massa otot Kandungan protein yang terbentuk dari asam amino merupakan penyebab suplemen ini mampu membentuk serta memperbaiki kerusakan otot
Muhyiddin Enggan Ulas Mesyuarat Kabinet Mengenai Src

Muhyiddin Enggan Ulas Mesyuarat Kabinet Mengenai Src

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 310 hits
Diterbitkan Hari ini 7 03 malamMenteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin enggan mengulas mengenai pendedahan bahawa mesyuarat kabinet yang dipengerusikan olehnya ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri telah meluluskan memorandum Kemente...
Soalan Untuk Mufti Wilayah Persekutuan Dan Pulau Pinang Mengenai Rampasan Harta Rakyat Secara Sivil

Soalan Untuk Mufti Wilayah Persekutuan Dan Pulau Pinang Mengenai Rampasan Harta Rakyat Secara Sivil

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 836 hits
oleh Ab Jalil Backer Soalan untuk Mufti Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang mengenai rampasan harta rakyat secara sivil 1 Adakah merampas harta rakyat sebelum dibuktikan bersalah memenuhi prinsip keadilan dalam Islam 2 Apakah merampas hart...
Pandangan Orang Ramai Mengenai Larangan Penggunaan Straw

Pandangan Orang Ramai Mengenai Larangan Penggunaan Straw

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 384 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Hawkers Small Traders Key To Economic Growth Says Anwar

Anwar Cancels Pahang Trip Due To Back Pain Doctors Recommend Rest

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Klang Valley Johor And Pahang Under Thunderstorm Warning Metmalaysia Urges Caution Amid Flash Flood Risks

Angkara Dendam Pekebun Cedera Di Perut Ditikam Kenalan

Deputy Comms Minister Hopes Malaysian Media Council S First Agm Will Boost Professionalism And Dispute Mechanisms


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Kentang Putar Homemade

Rasa Gembira Makan Borenos Di Keningau

Irresistible Healthy Yogurt Recipes For Breakfast

Semoga Allah Melindungi Kita

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Pengerusi Mais Ppim 28 10 2025

Aktiviti Lawatan Ke Pusat Raudhoh Tahfiz Al Quran Ppim 02 11 2025