Asyik Fikir Diri Sendiri Saja Yang Betul Ego Tak Ke Mana Sedarlah Wahai Hati



Asyik Fikir Diri Sendiri Saja Yang Betul… Ego Tak Ke Mana! Sedarlah Wahai Hati
EGO adalah suatu sifat mazmumah yang mesti dijauhkan supaya tidak wujud dalam diri setiap orang. Ego bermaksud kebanggaan tentang diri sendiri, merasakan diri mempunyai kelebihan yang sangat hebat sehingga lupa kepada Allah SWT.
Daripada sudut positif, ego yang tidak berlebih-lebihan boleh meningkatkan percaya diri. Tetapi jika ia melampau dan tidak kena pada tempatnya ia akan memudaratkan diri.
Tanpa disedari, sifat ego dalam diri seseorang itu boleh memakan dirinya sendiri kerana dia sentiasa merasakan dirinya adalah betul dan tidak boleh menerima sebarang teguran.
Islam juga melarang untuk kita bersifat sombong dan angkuh. Dalam ajaran Islam, perkataan ‘kibir’ adalah yang paling dekat maksudnya dengan ego.
Di dalam al-Quran juga ada menyebut bahawa Allah tidak suka pada orang yang bersikap sombong berada di muka bumi ini. Firman Allah Surah Luqman ayat 18 yang bermaksud:
 

Sifat kibir atau sombong, angkuh atau ego ini selalu merasakan diri mereka mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan yang orang lain tiada.
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur, lagi membanggakan diri.”
Contoh paling jelas sifat sombong dan ego pada iblis yang enggan sujud pada Nabi Adam kerana iblis merasakan dirinya lebih mulia berbanding Nabi Adam.
Iblis bangga kerana dia diciptakan daripada api sedangkan Nabi Adam dicipta daripada tanah. Hal ini mengundang kemurkaan Allah pada iblis. Akhirnya, iblis dihalau dari syurga.
Sifat kibir atau sombong, angkuh atau ego ini selalu merasakan diri mereka mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan yang orang lain tiada. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.
Selain itu, apabila wujud rasa ego dalam diri seseorang, dia tidak boleh lihat orang lain lebih baik daripada dirinya sehingga wujud perasaan tercabar dengan orang lain.
Mereka sentiasa berusaha mengatasi orang lain sehingga tidak sedar adakalanya, cuba mencari kelemahan orang lain untuk menampakkan sedikit keburukan pada diri orang lain.
Akibatnya, sifat ego ini juga menjadi punca penyakit-penyakit hati seperti pendendam, pemarah, dengki dan lain-lain. Maka sifat ego atau sombong ini dikeji dan tidak disukai Allah. Sabda Rasulullah:
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi.” [HR Ibnu Majah 4173]
Justeru, terdapat cara-cara untuk kita merendahkan ego yang ada.
1. Jadi pendengar yang baik Seorang pendengar dapat menambah ilmu dari pengalaman orang lain, oleh itu tidak perlulah bersikap ego dengan ilmu yang kita ada. Sebabnya, ilmu itu tiada penghujungnya dengan kata lain, ilmu itu luas dan ianya milik Allah.
2. Sentiasa merendah diri atas kelebihan yang kita ada Islam amat menganjurkan kita untuk bersifat tawaduk. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawaduk sehingga tiada yang bersikap bongkak terhadap orang lainnya dan tidak menganiaya orang lain.” [HR Abu Daud 4895]
Kelebihan yang Allah berikan pada kita semuanya hanya pinjaman dari-Nya. Jika kita merasa kita lagi hebat berbanding orang lain, ketahuilah Allah Maha Hebat daripada segala yang diciptakan-Nya.
3. Berhenti membandingkan Apabila kita membandingkan diri dengan orang lain, akan timbul perasaan hasad dengki lebih-lebih lagi jika orang tersebut mempunyai sesuatu yang kita tidak ada. Didiklah diri untuk sentiasa bersyukur atas sesuatu yang Allah kurniakan supaya sikap ego tidak wujud pada diri kita.
4. Bijak dalam mengawal emosi Antara cara untuk merendahkan ego adalah mengawal emosi dengan sebaiknya. Emosi yang tidak terkawal bermula dari sikap ego yang berpanjangan, akan terbit sikap-sikap buruk yang lain seperti pemarah dan sebagainya. Kawal emosi diri dengan cara yang diajarkan Islam sebagaimana sabda Rasulullah:
Maksudnya: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan diciptakan daripada api neraka, dan api akan dipadam dengan air. Maka, jika salah seorang daripada kamu marah hendaklah berwuduk.” [HR Abu Daud 4784]
Oleh itu, cuba perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik sementara kita masih berada di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadan.
Hindarkan diri daripada sifat-sifat yang buruk kepada Allah dan manusia supaya kita menjadi hamba yang disukai-Nya dunia dan akhirat. Perbanyakkan amal ibadat serta berdoa pada Allah supaya kita diberikan akhlak yang baik seperti sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Ya Allah, tunjuklah aku kepada amal yang terbaik dan akhlak yang terbaik, kerana tiada yang dapat memberi petunjuk kepada yang terbaik selain Engkau. Dan peliharalah aku dari perbuatan buruk dan akhlak yang buruk, kerana tiada yang dapat melindungi daripadanya melainkan Engkau.” [HR Nasai 896]
***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook 
Asyik Fikir Diri Sendiri Saja Yang Betul… Ego Tak Ke Mana! Sedarlah Wahai Hati
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari Fasha Sandha Teruk Dikecam 30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

The post Asyik Fikir Diri Sendiri Saja Yang Betul…Ego Tak Ke Mana! Sedarlah Wahai Hati appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/23/asyik-fikir-diri-sendiri-saja-yang-betul-ego-tak-ke-mana-sedarlah-wahai-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Berhati Hati Bukan Saya Sendiri Tetapi Ada Anak Bersama Shila Amzah Tak Tutup Pintu Hati

Lebih Berhati Hati Bukan Saya Sendiri Tetapi Ada Anak Bersama Shila Amzah Tak Tutup Pintu Hati

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 204 hits
Walaupun pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga namun penyanyi Shila Amzah tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta baharu Namun begitu Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah 32 berkata dia akan lebih berhati ...
Budak Melayu Dapat 3a Dpt Masuk Matrikulasi Adil Kat Mana Wahai Kamu2 Semua

Budak Melayu Dapat 3a Dpt Masuk Matrikulasi Adil Kat Mana Wahai Kamu2 Semua

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 234 hits
My comments Kita perlu bezakan antara 1 Dasar membantu Melayu bumiputera Affirmative Action Policy dan2 Dasar politik perkauman ketuanan yang benci bangsa bukan Melayu The two are not the same Affirmative Action itu amat penting dan sangat ...
Kaum Hawa Carilah Harta Sendiri Sebagai Persiapan Diri Jangan Salah Tafsir Jangan Pandang Serong

Kaum Hawa Carilah Harta Sendiri Sebagai Persiapan Diri Jangan Salah Tafsir Jangan Pandang Serong

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 331 hits
Kebahagiaan dan kemewahan adalah dua cara yang berbeza Mungkin ada keluarga bahagia tapi hidup seadanya Ada yang mewah tapi tak bahagia Sebab itulah dalam hidup keluarga kena cari harta untuk kesenangan dan meneruskan kehidupan yang mendata...
Khemah Besar Untuk Memayungi Nasib Rakyat Atau Bagi Meneduhkan Diri Sendiri

Khemah Besar Untuk Memayungi Nasib Rakyat Atau Bagi Meneduhkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 135 hits
Ada pihak tertentu dalam PH nampaknya masih tak habis habis bercakap soal khemah besar dan mahukannya jadi kenyataan walaupun sambutan daripada pihak yang ingin dijemput itu kelihatan agak dingin Kecuali Bersatu yang tampak ada sedikit resp...
Khemah Besar Menyingkap Daki Dan Pekung Diri Sendiri

Khemah Besar Menyingkap Daki Dan Pekung Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 178 hits
Kelemahan pembangkang adalah disebabkan perebutan kuasa bukan kerana tiada khemah besar Mahdzir Ibrahim Malaysia Now Segalanya bermula selepas 2013 apabila Pakatan Rakyat mula berantakan setelah gagal menjadi kerajaan dalam Pilihan Raya Umu...
Satu Lawan Satu Mai Kot Mana Kalau Semua Ego

Satu Lawan Satu Mai Kot Mana Kalau Semua Ego

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 152 hits
PERTEMBUNGAN dua penjuru di antara Barisan Nasional dan gabungan mana mana parti politik lain pada Pilihan Raya Umum ke 15 diramal tidak akan berlaku ekoran wujud isu kepercayaan sesama parti Penganalisis politik Mujibu Abd Muis berkata sik...
Sementara Kita Menunggu Sprm Siasat Hakim Jom Kita Lakukan Satu Aktiviti Untuk Diri Sendiri

Sementara Kita Menunggu Sprm Siasat Hakim Jom Kita Lakukan Satu Aktiviti Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 197 hits
POLITIK SEKARANG TIDAK MENGUNTUNGKAN RAKYATKEBANYAKAN daripada kita sudah tentu tidak mempunyai duit simpanan yang banyak setelah cukup bulan Lebih lebih lagi utk bangkit semula selepas pasca Covid 19 dgn pelbagai komitmen yg perlu dilangsa...
Lihatlah Wahai Para Bapa Netizen Kagum Dr Sheikh Handle 6 Anak Sendiri Ketika Berbuka

Lihatlah Wahai Para Bapa Netizen Kagum Dr Sheikh Handle 6 Anak Sendiri Ketika Berbuka

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 141 hits
Bukan mudah bagi seorang bapa untuk menguruskan anak yang ramai tanpa seorang isteri atau ibu Hanya bapa yang benar benar melibatkan diri dalam menguruskan anak anak setiap hari mampu menjaga anak dengan tenang Bahasa mudah bapa yang dah pr...
Nasihat Kepada Diri Sendiri

Nasihat Kepada Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 196 hits
NASIHAT KEPADA DIRI SENDIRI 1 Marhaen tak boleh banyak merungut Kena rajin bekerja Beras tak turun dari langit tiba tiba Kita bukan anak menteri Sila sedar diri 2 Elak jadi sempurna Kita bukan Nabi Cuma usaha untuk buat perkara yang betul d...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv