Satu Lawan Satu Mai Kot Mana Kalau Semua Ego



PERTEMBUNGAN dua penjuru di antara Barisan Nasional (BN) dan gabungan mana-mana parti politik lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), diramal tidak akan berlaku ekoran wujud isu kepercayaan sesama parti.
Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, sikap sesetengah ahli politik yang mementingkan diri sendiri menjadikan perkara itu mustahil untuk berlaku.
Jelas Mujibu, sejarah kejatuhan kerajaan sebelum ini mencerminkan kesukaran mewujudkan kerjasama antara parti politik.
“Salah satunya, mereka ini ada perasaan curiga disebabkan luka lama akibat sejarah lalu dengan pengkhianatan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Dengan timbulnya ‘PasLeak’ dan sebagainya, maka ia menambahkan lagi kesukaran untuk wujudkan Pakatan Pembangkang atau ‘Khemah Besar’ pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Akuinya, kesepakatan gabungan parti untuk menamakan ketua yang bakal memimpin juga menyukarkan kewujudan kerjasama tersebut.
“Seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang akan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan dalam Pakatan Harapan (PH) pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Begitu juga Bersatu dan Warisan, ia antara 'citrawarna’ Pakatan Pembangkang. Ia mungkin menyukarkan pembangkang mewujudkan pakatan atau satu lawan satu pada PRU15,” ujarnya.
Beliau berkata lagi, untuk melaksanakan juga gabungan itu, blok pembangkang perlu mewujudkan satu gentleman agreement dengan menyasarkan kerusi bagi setiap kawasan.
“Bersatu dan Pejuang boleh tumpu dalam kawasan pengundi Melayu. DAP dan PKR pula fokus kawasan campuran dan sebagainya.
“Ia boleh difikirkan mengikut pengkhususan dan kekuatan masing-masing dan jika itu berlaku, mungkin satu lawan satu itu berlaku,” jelasnya.
TIGA PENJURU
Sementara itu, penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, Bersatu juga sukar kembali dalam PH kerana perpecahan dalaman menciptakan satu sejarah yang sukar dilupakan oleh mereka.
Beliau berkata, sebaliknya, trend pertembungan tiga penjuru seperti PRN lalu akan berlaku pada PRU15 dengan gabungan besar Perikatan Nasional (PN), PH dan BN.
“Saya melihat agak sukar untuk wujudnya pertembungan satu lawan satu antara kerajaan dengan pembangkang pada PRU15.
“Sebaliknya, wujud pertembungan tiga penjuru ini seperti PRN lalu. Ia peluang cerah untuk BN mendapatkan majoriti mudah dalam PRU15.
“Tetapi saya yakin BN boleh menang besar lebih daripada majoriti dua pertiga dan dapat memiliki ahli Parlimen yang lebih ramai berbanding keadaan terdahulu,” katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, Bersatu dilihat lebih cenderung bekerjasama dengan UMNO berbanding parti lain kerana separuh ahli Parlimen daripada parti itu masih berpandangan mereka boleh mengukuhkan kerajaan PN.
“Pada waktu yang sama, mereka (sebahagian ahli Parlimen UMNO) dilihat sebagai penyokong kuat (Tan Sri) Muhyidin (Yassin) untuk mengekalkan kerajaan PN.
“Permusuhan di antara Bersatu dengan sebahagian ahli Parlimen UMNO pula disebabkan isu tertentu.
“Jika dapat diselesaikan persepsi tersebut dengan baik, mereka boleh bekerjasama dan kukuhkan semula hubungan,” ujarnya lapor SInar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/04/satu-lawan-satu-mai-kot-mana-kalau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Mana Pulak Ph Berunding Biar Betoi Din Atau Parti Kau Yang Lebih Lebih Rasanya Prk Tak Terlibat Kot

Masa Mana Pulak Ph Berunding Biar Betoi Din Atau Parti Kau Yang Lebih Lebih Rasanya Prk Tak Terlibat Kot

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 170 hits
PRU15 Kerjasama Pakatan Harapan dengan parti dalam kerajaan belum dimuktamadkan SalahuddinIrwan Muhammad ZainApril 25 2022Datuk Seri Salahuddin Ayub berkaa perbincangan dengan parti lain termasuk Bersatu tidak boleh dihalang kerana ia sebah...
10 Peguam Lawan Seorang Kanak2 Ini Reaksi Ym Che Puan Khaleeda Boleh Buat Semua Peguam Siti Bainun Mula Goyang

10 Peguam Lawan Seorang Kanak2 Ini Reaksi Ym Che Puan Khaleeda Boleh Buat Semua Peguam Siti Bainun Mula Goyang

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 351 hits
Nama Siti Bainun sedang meletup dan sohor kini di media sosial manakala peguamnya pula dikecam warganet ekoran kes de ra dialami remaja perempuan Sind rom Down yang dikenali sebagai Bella
3 Cara Bayar Bil Bila Keluar Makan Dengan Kawan Kawan Mana Satu Amalan Anda

3 Cara Bayar Bil Bila Keluar Makan Dengan Kawan Kawan Mana Satu Amalan Anda

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 314 hits
Saya yakin anda tentu perasan yang cara berfikir seorang pemakan gaji dengan yang kerja sendiri atau berniaga adalah berbeza Terutamanya dalam bab duit Makan tak hairanlah cara bayar bil juga berbeza antara orang yang berniaga dengan seoran...
Asyik Fikir Diri Sendiri Saja Yang Betul Ego Tak Ke Mana Sedarlah Wahai Hati

Asyik Fikir Diri Sendiri Saja Yang Betul Ego Tak Ke Mana Sedarlah Wahai Hati

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 163 hits
Asyik Fikir Diri Sendiri Saja Yang Betul Ego Tak Ke Mana Sedarlah Wahai Hati EGO adalah suatu sifat mazmumah yang mesti dijauhkan supaya tidak wujud dalam diri setiap orang Ego bermaksud kebanggaan tentang diri sendiri merasakan diri mempun...
Bersatu Sedia Bincang Dengan Parti Lain Pastikan Bn Hadapi Satu Lawan Satu

Bersatu Sedia Bincang Dengan Parti Lain Pastikan Bn Hadapi Satu Lawan Satu

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 165 hits
agendaily com25 4 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan mana mana parti politik bagi memastikan Barisan Nasional berdepan saingan satu lawan satu...
Budak Melayu Dapat 3a Dpt Masuk Matrikulasi Adil Kat Mana Wahai Kamu2 Semua

Budak Melayu Dapat 3a Dpt Masuk Matrikulasi Adil Kat Mana Wahai Kamu2 Semua

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 233 hits
My comments Kita perlu bezakan antara 1 Dasar membantu Melayu bumiputera Affirmative Action Policy dan2 Dasar politik perkauman ketuanan yang benci bangsa bukan Melayu The two are not the same Affirmative Action itu amat penting dan sangat ...
Hentikan Lah Angan Angan Khemah Besar Tiga Penjuru Beei Keswimbangan Pada Semua

Hentikan Lah Angan Angan Khemah Besar Tiga Penjuru Beei Keswimbangan Pada Semua

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 159 hits
Berdasarkan realiti bahawa UMNO telah menolak Bersatu Pas tidak mahu bekerjasama dengan PH dan DAP serta Amanah enggan menerima Pas sebagai rakan kerjasama pertandingan satu lawan satu dalam PRU15 akan datang hampir mustahil menjadi kenyata...
Prepaid Vs Postpaid Yang Mana Berbaloi

Prepaid Vs Postpaid Yang Mana Berbaloi

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 199 hits
Assalamualaikum Hai Sebenarnya artikel ni ditulis pada tahun 2011 Sebabkan artikel ni selalu naik hasil carian Google maka aku edit la sikit untuk pembacaan yang lebih relevan ikut peredaran tahun Harapnya membantu la korang yang Google nak...
Anak Angkat Celah Mana Nurulhidayah Nafi Dakwaan Warganet

Anak Angkat Celah Mana Nurulhidayah Nafi Dakwaan Warganet

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 189 hits
Anak angkat celah mana Nurulhidayah nafi dakwaan warganet Anak presiden Umno Nurulhidayah Ahmad Zahid menafikan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa terlibat kes pengabaian dan penganiayaan remaja sindrom down merupakan ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan