Aswara Kelebihan Program Ditawarkan Permohonan Online


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pengambilan pelajar baharu Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan / The National Academy of Arts Culture & Heritage (ASWARA) untuk peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian bagi sesi akademik 2022/2023 kini dibuka.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang permohonan pengambilan sesi terkini serta kelebihan melanjutkan pelajaran di sini.
Apakah ASWARA? AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)
ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara.
Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.
ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.
ASWARA komited dalam menawarkan pengajian yang berteraskan seni tradisional Malaysia dengan penekanan kepada Bangsawan, Makyung dan Wayang Kulit dalam usaha melahirkan golongan karyawan, seniman dan intelektual yang mahir, berilmu dan professional ke arah membangunkan warisan dan industri negara.
Pelbagai program ditawarkan untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Bagi yang berminat, jom ikuti info lanjut serta cara memohon.
Baca Juga : Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022
Program Pengajian Yang Ditawarkan Untuk Pelajar Baharu ASWARA Senarai program yang ditawarkan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Bagi Sesi Akademik 2022/2023 adalah seperti berikut :
Program Diploma
Diploma Penulisan KreatifDiploma Filem dan VideoDiploma AnimasiDiploma Seni MuzikDiploma Rekaan Komunikasi VisualDiploma Seni HalusDiploma TeaterDiploma Seni Tari Program Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Pengarahan)Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Sinematografi)Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dengan KepujianIjazah Sarjana Muda Animasi dengan KepujianIjazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan KepujianIjazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Persembahan)Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan)Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Produksi Audio)Ijazah Sarjana Seni Reka Visual dengan KepujianIjazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Lakonan)Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengarahan)Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Sinografi)Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Persembahan)Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Koreografi)Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya dengan Kepujian Syarat-Syarat Kemasukan Calon yang berminat boleh semak syarat-syarat kemasukan bagi setiap program pengajian menerusi pautan berikut :
Syarat Kemasukan Program Pengajian di ASWARA
Tempoh Permohonan ASWARA Sesi 2022 / 2023 Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sehingga tarikh tutup iaitu pada 12 Ogos 2022.
Cara Memohon Calon yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon secara atas berpandukan langkah berikut :
Pergi ke pautan : http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/Login.aspx?sl=0Daftar akaun dengan mengisi butiran yang diperlukan. Anda akan menerima e-mel pengaktifan akaun login dari ASWARA setelah butang Daftar diklik.Log masuk untuk mula mengisi borang da melengkapkan maklumat di laman ini.Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat permohonan sekali sahaja. Permohonan kali kedua menggunakan kad pengenalan (No. K/P) yang sama TIDAK DIBENARKAN.Pastikan anda muat naik sijil-sijil akademik yang berkaitan terus ke pautan Google Forms berikut selepas anda selesai menghantar borang permohonan secara atas talian : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfRdb5Ha12XOEXKu-beeaAKe1Wbs1NxGOz168if9UwrBXyi6g/viewform
Untuk maklumat lanjut mengenai panduan permohonan, sila ke pautan berikut :
http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/Info.aspx
Cetak dan simpan salinan permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Cara Semak Keputusan Permohonan Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonannya dengan menggunakan No. K/P dan No. siri yang telah diberikan.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan bermula 18 April 2022.
Tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 2 September 2022.
 Untuk makluman, calon juga boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke ASWARA melalui telefon bimbit anda dengan menaip ASWARA < jarak > ENROL < jarak > [No. KP Pemohon tanpa simbol ‘-‘], hantarkan ke 15888.
Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Maklumat Lanjut Untuk sebarang pertanyaan mengenai kemasukan pelajar baharu ke ASWARA, sila hubungi pegawai di Unit Kemasukan dan Rekod ASWARA menerusi talian 03-2778 5961.  
Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480, Kuala Lumpur,
Malaysia
Laman web : https://www.aswara.edu.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/aswara-akademi-seni-budaya-warisan-kebangsaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=aswara-akademi-seni-budaya-warisan-kebangsaan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Online Bantuan Baiki Rumah Mengikut Negeri Seluruh Malaysia

Permohonan Online Bantuan Baiki Rumah Mengikut Negeri Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 598 hits
Bantuan Baiki Rumah ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa bagi mereka yang memerlukan Syarat KelayakanSyarat kelayakan baiki rumah di setiap negeri K...
Manfaat Dan Kelebihan Melakukan Perniagaan Online Dari Rumah

Manfaat Dan Kelebihan Melakukan Perniagaan Online Dari Rumah

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 115 hits
Bagi mereka yang sudah berkeluarga melakukan perniagaan online dari rumah membolehkan kita meluangkan masa yang lebih banyak bersama pasangan dan The post first appeared on
Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2022 Pengajian Percuma

Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2022 Pengajian Percuma

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 421 hits
TAWARAN PENGAJIAN DIPLOMA SIJIL DAN SIJIL SENI KRAF KEMASUKAN OGOS 2022 DI INSTITUT KRAF NEGARA Peluang keemasan untuk sambung belajar dalam bidang seni kraf Batik Tenunan Kayu Logam Seramik atau Rotan di Institut Kraf Negara tajaan sepenuh...
Cara Beli Tiket Wayang Mbo Tgv Gsc Cinema Online

Cara Beli Tiket Wayang Mbo Tgv Gsc Cinema Online

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 253 hits
CARA BELI TIKET WAYANG MBO TGV GSC CINEMA ONLINE Sekiranya akan ingin melihat wayang anda kini boleh mencuba membeli tiket secara online Ini akan memudahkan anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk membeli tiket wayang di kaunter Semesti...
Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 391 hits
Tawaran Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023 Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Yayasan Sarawak 2022 2023 kini dibuka untuk anak kelahiran Sarawak Berikut dikongsikan jenis biasiswa yang ditawarkan dan syarat kelayakan ...
House Passes Bills To Allow Online Submission Of Appeal Files

House Passes Bills To Allow Online Submission Of Appeal Files

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 174 hits
Two amendment bills have been approved to provide documents and records in criminal case appeals to be submitted online PETALING JAYA The Dewan Rakyat has approved two amendment bills allowing documents and records for appeals of criminal c...
Cara Buat Duit Online Dalam Usd Dengan Intellifluence

Cara Buat Duit Online Dalam Usd Dengan Intellifluence

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 254 hits
Cara Buat Duit Online Dalam USD Dengan Intellifluence Salam semua buat duit online ni memang dah lama sejak dulu dulu pun dah ada cuma makin naik tahun makin bertambah cara buat duit seiring dengan gaya hidup sekarang ni lebih ke arah digit...
Online Bankin Ke Ostat Kah Kah Kah

Online Bankin Ke Ostat Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 181 hits
HAILI KKITak nak sound rakan sekutu ke Ustaz Kerajaan siapa yg perintah Tak payah sedih Ustaz PASni BLACKPINK pulak mai jangan lambat nanti sold out lagi
Only The Best Teachers Should Lead In Online Lessons Says Dr M

Only The Best Teachers Should Lead In Online Lessons Says Dr M

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 162 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad says it is imperative to instil good character during lessons KUALA LUMPUR Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has suggested that the best and most experienced teachers should lead in terms of...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Lunch Di Kedai Makan Os Gerik Perak

Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi