Cara Beli Tiket Wayang Mbo Tgv Gsc Cinema Online
CARA BELI TIKET WAYANG MBO TGV GSC CINEMA ONLINE
Sekiranya akan ingin melihat wayang, anda kini boleh mencuba membeli tiket secara online. Ini akan memudahkan anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk membeli tiket wayang di kaunter. Semestinya anda ingin mengetahui cara membeli tiket secara online kan? Untuk membeli secara online anda seharusnya daftar akaun terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara beli tiket wayang secara online, semoga membantu.
APA ITU PANGGUNG WAYANG
Panggung wayang gambar merupakan sesebuah tempat berupa bangunan auditorium di mana orang ramai boleh menonton cerita medium filem (atau “wayang gambar”) yang ditayangkan menggunakan projektor filem yang memancarkan wayang tersebut ke atas skrin tayangan di bahagian hadapan auditorium. Kebanyakan panggung wayang ini merupakan pawagam komersil untuk orang awam dan memerlukan tiket sebagai bukti pembayaran menampung kos tayangan filem.
CARA BELI TIKET WAYANG MBO ONLINE
Sekiranya anda ingin membeli tiket wayang MBO, berikut adalah merupakan caranya:
Buka aplikasi MBO Cinema (Google Play / Apple Store) atau layari pautan https://mbocinemas.com/browsing/
Log masuk dengan menggunakan akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu hendaklah dafatr akaun terlebih dahulu
Sebaiknya anda mencari pawagan yang berhampiran anda atau mana-mana pawagan pilihan anda terlebih dahulu dengan klik pada ikon Menu (garis tiga bertindih) dan klik Cinemes
Untuk melihat movie yang sedang berlangsung dan sedang di mainkan di pawagan, klik pada View Showimes
Paparan movie yang sedang berlangsung akan terpapar atau anda boleh klik pada search untuk mencari movie pilihan anda.
Klik pada pilihan movie anda inginkan, paparan akan menunjukkan senarai waktu tayangan mengikut lokasi pawagam. Anda perlu membuat pilihan mengikut senarai yang diberikan
Seterusnya anda perlu membuat pilihan jenis tiket berdasarkan katagori beserta bilangan anda sama ada:
Adult Standard
Adult VIP
Child Standard
Child Vip
Adult Couple (P)
Setelah selesi klik pada Continue. Seterusnya pilih mana-mana seat yang masih avalaible dan klik Continue
Seterusnya maklumat pengesahan akan tertera, sahkan maklumat tersebut dan klik Checkout
Isikan butiran yang diperlukan seperti:
Nama
Email
No Telefon
Seteleh lengkap klik continue. Pilih kaedah pembayaran anda inginkan, tick pada terma dan syarat dan klik Pay Now. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai
Status pembelian tiket akan terpapar. Pembelian tempahan tiket anda telah berjaya
CARA BELI TIKET WAYANG TGV ONLINE
Sekiranya anda ingin membeli tiket wayang TGV, berikut adalah merupakan caranya:
Buka aplikasi TGV Cinema (Google Play / Apple Store) atau layari pautan https://www.tgv.com.my/
Log masuk dengan menggunakan akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu hendaklah dafatr akaun terlebih dahulu
Pada halaman utama, anda boleh pilih mana-mana paparan movie yang tersedia atau anda boleh klik pada search untuk mencari movie pilihan anda.
Sebaiknya anda mencari pawagan yang berhampiran anda atau mana-mana pawagan pilihan anda terlebih dahulu dengan klik pada ikon Cinimes
Paparan akan menunjukkan senarai pawagan yang ada. Pilih pawagan pilihan anda
Paparan seterus akan menunjukkan tanyangan movie yang berlangsung pada tarikh berkenaan beserta waktu tanyangan dan jenis tempat duduk.
Seterusnya pilih mana-mana seat yang masih avalaible dan klik Continue
Pada bahagian select tiket, anda diberi pilihan memilih jenis tiket berdasarkan katagori beserta bilangan anda sama ada:
Deluxe
Kids Deluxe
Setelah selesai klik pada continue. Kemudian anda boleh membuat pilihan makanan anda inginkan atau anda boleh skip untuk laman seterusnya dengan klik continue
Seterusnya paparan akan menunjukkan jumlah bayaran, pastikan maklumat pembelian anda betul dan klik pada Pay Now
Pilih kaedah pembayaran anda inginkan dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai
Status pembelian tiket anda selesai
CARA BELI TIKET WAYANG GSC ONLINE
Sekiranya anda ingin membeli tiket wayang GSC, berikut adalah merupakan caranya:
Buka aplikasi GSC Cinema (Google Play / Apple Store) atau layari pautan https://www.gsc.com.my/sign
Log masuk dengan menggunakan akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu hendaklah dafatr akaun terlebih dahulu
Pada halaman utama, anda boleh pilih mana-mana paparan movie yang tersedia atau anda boleh klik pada search untuk mencari movie pilihan anda.
Seterusnya klik pada movie pilihan anda tersebut.
Anda boleh pilih tempat tayangan movie tersebut yang berhampiran anda dan juga masa tayangan yang anda inginkan
Seterusnya klik pada Select Seat, pilih mana-mana seat yang masih avalaible dan klik Confirm
Seterusnya pilih tiket berdasarkan katagori beserta bilangan anda sama ada:
Dewasa
Kanak-kanak
OKU
Warga Emas
Pelajar
Setelah selesai klik pada confirm. Kemudian anda boleh membuat pilihan makanan anda inginkan atau anda boleh skip untuk laman seterusnya
Pada laman Summary, pastikan maklumat pembelian anda betul, tick pada terma dan syarat kemudian klik pada Checkout & Pay
Pilih kaedah pembayaran anda inginkan dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai
Status pembelian tiket anda selesai
ARTIKEL LAIN
CARA DAFTAR AKAUN GSC CINEMA (Beli Tiket Wayang & Senarai Movie Terkini)
The post CARA BELI TIKET WAYANG MBO TGV GSC CINEMA ONLINE appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-beli-tiket-wayang.html