Astrazeneca Vaksin Kelas Kambing Untuk Rakyat Bukan Kayangan


AstraZeneca nasibnya tak sama seperti Pfizer. Sebanyak 280,000 dos AstraZeneca sampai ke Malaysia tidak disambut macam selebriti seperti ketika Pfizer sampai di KLIA. Ada liputan khas secara langsung di televisyen.


Dua menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM) hadir menyambutPfizer. Kemudian Pfizer dibawa dari lapangan terbang dengan outrider polis. Hebat layanan kepada Vaksin kelas bangsawan ini.

Manakala ketibaan AstraZeneca bukan sahaja tidak disambut oleh VIP tetapi ketibaannya di bumi Malaysia ini disangsikan.

Sekarang dunia tanpa sempadan. Berita beberapa negara di dunia menolak AstraZeneca untuk rakyat mereka dapat dibaca oleh rakyat Malaysia melalui internet.

Malangnya, inilah salah satu contoh kes dalam masyarakat Malaysia berkelas-kelas yang mengamalkan sistem dua darjat.

Dalam hal ini, saya angkat tabik hormat kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (Pick), Khairy Jamaluddin yang peka terhadap kebimbangan rakyat terhadap tahap keselamatan AstraZeneca kepada penerima vaksin itu.

Kata-kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bahawa kemungkinan risiko AstraZeneca adalah kecil berbanding manfaatnya tidak mudah diterima oleh rakyat.

Anak-anak Malaysia bangkit dan bangun mencabar. Mereka tidak akan benarkan ibu bapa mereka, datuk nenek mereka yang tua berumur lebih 60 tahun disuntik dengan vaksin AstraZeneca.

Akhirnya kedua-dua menteri yang bertanggungjawab dalam program vaksinasi kebangsaan iaitu Khairy dan Dr Adham terpaksa tunduk dan mengalah.

Mereka akhirnya bersetuju bahawa vaksin AstraZeneca itu tidak dimasukkan dalam program vaksinisasi kebangsaan.

Syabas kepada Khairy dan Dr Adham kerana sedia mendengar protes rakyat. Jika berdegil dan keras kepala mungkin padahnya besar dalam pilihan raya tak lama lagi yang akan tiba.

Tetapi kenyataan Khairy yang menyatakan dia tidak mahu AstraZeneca itu membazir sahaja kerana telah dibeli maka dicipta satu program yang bernama "first come, first serve".

Maksudnya kerajaan menjemput rakyat yang sanggup tampil ke depan untuk menerima vaksin AstraZeneca itu secara sukarela.

Sekali pandang agak munasabah pendekatan menteri Khairy ini, tetapi jika ditimbang-timbang dan dibuat dua kali pandang, cadangan Khairy ini semacam memperjudikan nyawa rakyat secara sukarela.

Ada persamaan seperti perjudian nyawa tembak pistol di kepala sendiri secara "Russian Roullette."

Tidakkah menteri Khairy menyedari bahawa terdapat Perkara5(1) di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk hidup kepada rakyatnya? "Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya kecuali mengikut undang-undang."

Saya menghormati sikap berjimat cermat Khairy yang tidak mahu 280,000 dos vaksin AstraZeneca itu terbuang membazir begitu sahaja. Vaksin itu dibeli dengan duit rakyat.

Mungkin dari RM5 bilion yang diambil dari tabung Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang menjadi kontroversi.

Kerajaan sekarang sanggup membatalkan projek keretapi laju HSR dengan Singapura dan telah membayar sebanyak RM320 juta sebagai pampasan kepada republik itu.

Bayaran pampasan itu juga satu jenis pembaziran. Projek HSR tidak dapat tetapi negara rugi RM320 juta.

Tetapi, tidak ada nyawa yang jadi pertaruhan dalam kes pembatalan projek HSR itu.

Tidak sama dengan vaksin AstraZeneca ini. Negara Denmark di Eropah tetap dengan keputusannya menolak vaksin AstraZeneca untuk rakyatnya.

Akhir kalam, AstraZeneca ini benar-benar menggambarkan cerminan masyarakat berkelas di Malaysia yang masih feudal. Vaksin pun ada kelas bangsawan dan kelas marhaen.

Vaksin Pfizer adalah untuk kelas bangsawan dan AstraZeneca vaksin kelas marhaen. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamarataan kepada semua rakyatnya tidak terpakai dalam program vaksinasi melawan Covid-19.

Falsafah Charles Darwin yang mengkaji teori evolusi dengan memperkenalkan konsep "natural selection" dan "survival for the fittest" nampaknya digunapakai dalam program vaksinasi di Malaysia.

Dr Adham dengan cepat sebelum ini menyatakan vaksin AstraZeneca akan disuntik kepada golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Kenyataan menteri itu mengundang tafsiran bahawa rakyat golongan tua yang telah bersara dan tidak produktif lagi dari segi ekonomi akan disuntik dengan vaksin yang berisiko.

Tetapi menteri itu lupa, rakyat Malaysia apabila ditekan-tekan mereka akan bangkit.

Kini mereka bersuara lantang dan garang. Mereka menyatakan dengan jelas bahawa mereka akan menentang keputusan menteri kesihatan itu.

Mereka tidak mahu ibubapa, nenek dan datuk mereka yang tua itu, yang mereka sayang dan kasihi dijadikan tikus makmal atau guinea-pig untuk disuntik dengan vaksin AstraZeneca yang jelas mampu menyebabkan rakyat bawahan mati katak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Fakta Apa itu Vaksin Dan Hukumnya Dalam IslamVaksin Pfizer Covid-19 Berkesan 95 Peratus!
sumber: malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2021/05/bahaya-vaksin-astrazeneca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 8 Juta Dosis Vaksin Astrazeneca Tiba Di Indonesia

3 8 Juta Dosis Vaksin Astrazeneca Tiba Di Indonesia

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 222 hits
Dengan kedatangan batch kedua ini kata Retno maka Indonesia telah menerima vaksin sebesar 4 965 600 dosis vaksin jadi secara gratis
Langgar Sop Apa Beza Rakyat Biasa Dengan Level Kayangan

Langgar Sop Apa Beza Rakyat Biasa Dengan Level Kayangan

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 481 hits
Sumber Facebook Kita kutuk berjemaah insta famous langgar SOP kita serang selebriti langgar SOP kita maki politikus langgar SOP tetapi akhirnya kita sendiri yang langgar SOP tanpa segan dan silu Yang paling memalukan dan terkini media di In...
Jemaah Haji Akan Diberi Vaksin Pfizer Astrazeneca

Jemaah Haji Akan Diberi Vaksin Pfizer Astrazeneca

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 270 hits
Arab Saudi hanya mengiktiraf vaksin Covid 19 jenama Pfizer BioNTech dan AstraZeneca Malaysia ketika ini memiliki 31 600 kuota rasmi haji dari Arab Saudi Gambar AFP Jemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diberika...
Orang Kayangan Bila Dikesan Langgar Sop Oleh Awam Rakyat Marhien Tak Perlu Bimbang

Orang Kayangan Bila Dikesan Langgar Sop Oleh Awam Rakyat Marhien Tak Perlu Bimbang

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 361 hits
Jawapan dan alasan anda semua A Kalau PDRM nak siasat pun ulang alik kertas siasatan kepada AG akan ambil masa 15 30 hari Beri perhatian jawapan secara tenang dan rasional APA alasan dia terlepas ke KL Suka atau tidak integriti nya sudah te...
Permohonan 260000 Slot Janji Temu Vaksin Astrazeneca Penuh Selepas 3 Jam Setengah Dibuka

Permohonan 260000 Slot Janji Temu Vaksin Astrazeneca Penuh Selepas 3 Jam Setengah Dibuka

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 341 hits
Permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca ditutup kira kira jam 3 20 petang tadi selepas semua tarikh janji temu ditempah Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin ketika mengumumkan perkara it...
Tempahan Sukarela Vaksin Astrazeneca Dibuka Tengah Hari Esok

Tempahan Sukarela Vaksin Astrazeneca Dibuka Tengah Hari Esok

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 333 hits
Oleh Gambar hiasan Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca secara suka rela akan dibuka kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari esok Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy J...
Jokowi Rakyat Displin Prokes Dan Pemerintah Upayakan Vaksin Kita Ikhtiar Akhiri Covid

Jokowi Rakyat Displin Prokes Dan Pemerintah Upayakan Vaksin Kita Ikhtiar Akhiri Covid

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 334 hits
Pemerintah sendiri telah mendatangkan 1 389 juta dosis vaksin Covid 19 siap pakai AstraZeneca dari Covax Facility ke Indonesia Sabtu 8 Mei 2021 Jokowi menyebut hingga kini Indonesia telah mengamankan 75 91 juta dosis vaksin dari Sinovac Ast...
Vaksin Astrazeneca Diberikan Kepada Orang Ramai Secara Sukarela Kata Khairy

Vaksin Astrazeneca Diberikan Kepada Orang Ramai Secara Sukarela Kata Khairy

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 249 hits
Vaksin AstraZeneca hanya akan disediakan kepada orang ramai yang mendaftar untuk janji temu di pusat pemberian vaksin khas Kerajaan bersetuju vaksin AstraZeneca akan diberi kepada orang ramai secara sukarela melalui pusat pemberian vaksin k...
Mengapa Segelintir Warga Malaysia Jauhi Vaksin Astrazeneca

Mengapa Segelintir Warga Malaysia Jauhi Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 220 hits
Mereka bukan sekadar bimbang tentang risiko darah beku yang dilaporkan berhubung vaksin tersebut Ramai yang ragu ragu dengan vaksin AstraZeneca kerana wujud laporan kesan sampingan walaupun dibuktikan berkesan dan efektif Ketika lebih 260 0...
Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi