Mengapa Segelintir Warga Malaysia Jauhi Vaksin Astrazeneca


Farhira Farudin Mereka bukan sekadar bimbang tentang risiko darah beku yang dilaporkan berhubung vaksin tersebut.
Ramai yang ragu-ragu dengan vaksin AstraZeneca kerana wujud laporan kesan sampingan walaupun dibuktikan berkesan dan efektif. Ketika lebih 260,000 orang mendaftarkan diri bagi menerima suntikan vaksin AstraZeneca pada Ahad lalu di bawah program pilihan sukarela bagi suntikan tersebut, ramai yang masih tidak selesa dan ragu – namun tidak semua ragu-ragu dengan risiko darah beku berpunca daripada vaksin tersebut sehingga menyebabkan syarikat farmaseutikal besar itu terpaksa melawan publisiti buruk di seluruh dunia.
Sebahagian yang bercakap kepada MalaysiaNow mengenai alasan untuk tidak mengambil vaksin itu mempunyai alasan berbeza, sekurang-kurangnya pada ketika ini.
Bagi Azwan, 43, keputusan beliau tidak ada kena mengena dengan risiko kesihatan.
Apa yang menjadi kerisauan beliau adalah program tersebut mengikut prosedur “siapa cepat, dia dapat” dalam memperuntukkan temu janji.
“Saya tolak kerana terdapat had lot bagi vaksin AstraZeneca, ia dipisahkan daripada program vaksinasi kebangsaan,” katanya
“Ia turut menambahkan kesukaran kepada perkara yang sudah sedia sukar.”
Menurutnya, jika perlu ada program pilihan suntikan sukarela AstraZeneca, sistem yang sedia ada sudah cukup bagus.
Dia turut mengkritik tindakan memperuntukkan vaksin tersebut hanya kepada yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur, menyatakan pendekatan kebangsaan berbanding kenegerian “lebih sesuai dengan saya”.
Vaksin AstraZeneca ketika ini menjadi vaksin utama dalam skim Covax, sebuah inisiatif Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dengan beberapa negara penderma untuk memastikan negara-negara miskin boleh mengakses vaksin Covid-19.
Ia juga digelar sebagai “game-changer” pada Januari lalu ketika diumumkan sebagai vaksin pertama yang mampu milik selain tidak memerlukan tempat penyimpanan suhu dingin seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna.
Bagaimanapun, AstraZeneca menghadapi publisiti buruk berikutan kes darah beku yang dilaporkan di beberapa negara termasuk UK dan Eropah yang menyaksikan beberapa pesakit yang disuntik vaksin tersebut telah meninggal dunia.
Agensi kesihatan dan pengawalseliaan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) telah berulang kali mengatakan bahawa faedah vaksin AstraZeneca melebihi risiko, termasuk dijangkiti Covid-19.
EMA juga berkata bahawa pembekuan darah disebabkan suntikan tersebut harus disenaraikan sebagai kesan sampingan yang “sangat jarang” berlaku, mendorong banyak negara menggunakannya.
Namun keraguan sebahagian rakyat Malaysia terhadap vaksin itu jelas wujud ketika Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa 8,000 orang yang pada awalnya mendaftar untuk vaksinasi tersebut melalui aplikasi MySejahtera telah keluar daripada program tersebut setelah pengumuman kerajaan bahawa AstraZeneca turut dimasukkan dalam portfolio suntikan vaksinnya.
Khairy, yang juga menteri sains, teknologi dan inovasi, berkata bahawa 80% orang telah mendaftar semula untuk janji vaksinasi mereka selepas suntikan AstraZeneca dijadikan sebagai vaksin pilihan sukarela.
Farahin Rahim, 28, sebelum ini mahu mendaftar untuk mengikuti program sukarela tersebut namun mengubah fikirannya kerana bimbang tentang kemungkinan kesan sampingan yang berkaitan dengan vaksin AstraZeneca.
Namun, dia kemudiannya melakukan kajian sendiri, hasil kajian sendiri itu ternyata meredakan kebimbangannya.
Farahin berkata dia akan mendaftar suntikan vaksin itu setelah kumpulan kedua vaksin AstraZeneca tiba.
“Saya ingin mendaftar pada awalnya tetapi saya sedang berusaha untuk hamil, jadi saya putuskan untuk abaikan dan dapatkan pendapat profesional.
“Saya mempunyai keraguan tetapi rakan saya yang merupakan doktor di UK mengesyorkan vaksin AstraZeneca. Sekarang setelah saya mendapatkan pendapat profesional, saya pasti akan mendaftar ketika kumpulan vaksin kedua tiba,” katanya.
Kamal Nizam, 24, berkata dia teruja untuk mendaftar vaksin AstraZeneca sebelum ini.
Namun, setelah dia mendaftarkan diri, ramai warga media sosial yang terlibat dalam memberikan “ketakutan” kepadanya mengenai suntikan tersebut sehingga menyebabkan dia meragui keputusannya sendiri.
Dia pernah membaca catatan Facebook mengenai orang yang menolak vaksin tersebut kerana wujud kemungkinan pembekuan darah walaupun terdapat penjelasan saintifik mengenai perkara tersebut.
Apa yang menjadi kebimbangannya sebelum ini adalah keselamatan dirinya sendiri, namun kini dia yakin manfaat vaksin tersebut melebihi risiko yang ia bawa.
“Saya memang risau tetapi saya lebih takut bahawa kita tidak capai imuniti kelompok,” katanya.
“Saya tidak mahu wabak ini menjadi lebih teruk kerana boleh mempengaruhi keluarga saya.”
Kamal menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan apa yang dihantar ke media sosial mengenai suntikan vaksin.
“Saya tidak kisah jika orang lain hendak menentang vaksin, tetapi saya rasa tidak betul sebarkan ketakutan dan mempengaruhi orang lain agar tidak mendapat suntikan juga,” katanya.
“Ia tidak beretika.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/mengapa-segelintir-warga-malaysia-jauhi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Janji Temu Vaksin Astrazeneca Pada 15 16 Mei Dijadual Semula

Janji Temu Vaksin Astrazeneca Pada 15 16 Mei Dijadual Semula

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 216 hits
MALAYSIAKINI Sebanyak 2 800 janji temu yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mei ini di Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dipinda ke tarikh antara 17 hingga 23 Mei ini kata Menteri Penyelaras Program Imunisas...
Vietnam Lapor Kematian Pertama Penerima Vaksin Astrazeneca Akibat Reaksi Alahan Anafilaksis

Vietnam Lapor Kematian Pertama Penerima Vaksin Astrazeneca Akibat Reaksi Alahan Anafilaksis

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 308 hits
Kementerian Kesihatan melaporkan seorang pekerja kesihatan wanita berusia 35 tahun maut selepas menerima vaksin AstraZeneca kematian pertama dikaitkan dengan vaksin itu di Vietnam Wanita berasal dari wilayah Selatan An Giang itu meninggal d...
Hiburan Elfira Loy Terima Vaksin Astrazeneca Akan Kongsi Pengalaman Bersama Peminat

Hiburan Elfira Loy Terima Vaksin Astrazeneca Akan Kongsi Pengalaman Bersama Peminat

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 401 hits
Pelakon Elfira Loy khabarnya antara barisan selebriti yang telah menerima vaksin COVID 19 jenis AstraZeneca Perkara tersebut dihebahkan Elfira menerusi sebuah hantaran di Instagramnya sambil memaparkan foto dia memegang papan tanda Saya Sud...
Komnas Kipi Diminta Gerak Cepat Selidiki Pemuda Meninggal Usai Vaksin Astrazeneca

Komnas Kipi Diminta Gerak Cepat Selidiki Pemuda Meninggal Usai Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 254 hits
Mengapa saya mendorong cepat melakukan penyelidikan agar tidak berkembang luas dengan asumsi di masyarakat serta menimbulkan keresahan dengan segera mengetahui penyebab utama yang bersangkutan meninggal dunia kata Anggota Komisi IX DPR RI R...
Astrazeneca Vaccines Arrive In Malaysia

Astrazeneca Vaccines Arrive In Malaysia

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 610 hits
The AstraZeneca vaccine has arrived in Malaysia two months ahead of schedule This was confirmed by Health Minister Dr Adham Baba who said 268 800 doses of the vaccines arrived last night AstraZeneca is the third Covid 19 vaccine to arrive i...
Mufti Kelantan Nasihat Warga Emas Jangan Risau Terima Suntikan Vaksin

Mufti Kelantan Nasihat Warga Emas Jangan Risau Terima Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 227 hits
Tak sakit kalau ada pun mungkin lenguh lenguh sedikit pada bahu KOTA BHARU Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata pengalamannya dijangkiti COVID 19 tahun lepas sehingga terpaksa dirawat 16 hari di hospital menyedarkan beliau be...
Malaysia Terima 3 52 Juta Dos Vaksin Bulan Ini Kata Menteri

Malaysia Terima 3 52 Juta Dos Vaksin Bulan Ini Kata Menteri

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 239 hits
Malaysia terima 3 52 juta dos vaksin bulan ini kata menteri nbsp Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 May 202
Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin Astrazeneca

Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 325 hits
PUTRAJAYA Sakit kepala luar biasa dan kesan lebam pada kulit antara gejala yang perlu diberi perhatian para penerima vaksin AstraZeneca dalam tempoh antara empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksin Covid 19 tersebut Menteri Kes...
Ibadah Umrah Haji Arab Saudi Hanya Iktiraf Suntikan Vaksin Pfizer Dan Astrazeneca Sahaja

Ibadah Umrah Haji Arab Saudi Hanya Iktiraf Suntikan Vaksin Pfizer Dan Astrazeneca Sahaja

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 307 hits
Semua pihak sedia maklum kerajaan Arab Saudi kini telah menetapkan antara kriteria perjalanan jemaah haji pada tahun ini adalah memperolehi suntikan vaksin COVID 19 Susulan itu menerusi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities