Tempahan Sukarela Vaksin Astrazeneca Dibuka Tengah Hari Esok


Oleh Ahmad Suhael Adnan Gambar hiasan. - Foto fail NSTP KUALA LUMPUR: Tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca secara suka rela akan dibuka kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari esok.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, memaklumkan mereka yang mahu mendapatkan vaksin AstraZeneca boleh membuat tempahan melalui laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di pautan www.vaksincovid.gov.my.
"Seperti yang diumumkan sebelum ini, JKJAV menawarkan pilihan secara sukarela kepada orang ramai yang mahu mendapatkan vaksin AstraZeneca.
"Tempahan akan dibuka esok 2 Mei pada jam 12 tengah hari menerusi vaksincovid.gov.my.
"Anda mestilah sudah berdaftar (sebagai penerima vaksin) dan hanya perlu memilih Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan tarikh)," katanya menerusi Twitter, hari ini.
Khairy turut memuat naik poster memaklumkan beberapa syarat kelayakan membuat tempahan untuk menerima vaksin AstraZeneca, yang ditawarkan secara 'siapa cepat, dia dapat'.
Selain mestilah sudah berdaftar sebagai penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), mereka yang mahu mendapatkan vaksin AstraZeneca perlulah berusia 18 tahun ke atas, dan hanya ditawarkan kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.
Pada sidang media Rabu lalu, Khairy memaklumkan vaksin AstraZeneca akan diberikan secara sukarela susulan kegusaran dalam kalangan masyarakat terhadap tahap keselamatan vaksin itu, yang dikaitkan dengan insiden pembekuan darah yang jarang berlaku di beberapa negara.
JKJAV memutuskan vaksin itu hanya ditawarkan kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa ini selepas membuat pertimbangan mengenai bilangan kes di negeri berkenaan yang masih lagi tinggi.
Khamis lalu, Khairy yang juga Menteri Penyelaras PICK menjelaskan, pemohon sukarela tidak perlu membuat pendaftaran baharu dalam MySejahtera, sebaliknya hanya perlu membuat tempahan tarikh dan masa janji temu bagi keperluan urusan logistiknya.
Selain itu, vaksin AstraZeneca juga tidak tertakluk kepada penerima dalam fasa kedua PICK sahaja, sebaliknya terbuka kepada semua, bergantung kepada bekalan dos yang ada.
Setakat ini, Malaysia sudah menerima 268,800 dos vaksin AstraZeneca pada 23 April lalu, dengan penerima memerlukan dua dos vaksin bagi mendapat perlindungan lengkap daripada COVID-19.
Khairy sebelum ini memaklumkan, sela masa pemberian vaksin AstraZeneca adalah selama 12 minggu selepas perbincangan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, selaras saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta yang diamalkan di United Kingdom.
Tempoh itu bagi membolehkan dos pertama diberikan kepada lebih ramai orang, sebelum bekalan tambahan vaksin AstraZeneca yang dijangka tiba bulan ini, diberikan sebagai dos kedua.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/tempahan-sukarela-vaksin-astrazeneca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Astrazeneca Diberikan Kepada Orang Ramai Secara Sukarela Kata Khairy

Vaksin Astrazeneca Diberikan Kepada Orang Ramai Secara Sukarela Kata Khairy

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 246 hits
Vaksin AstraZeneca hanya akan disediakan kepada orang ramai yang mendaftar untuk janji temu di pusat pemberian vaksin khas Kerajaan bersetuju vaksin AstraZeneca akan diberi kepada orang ramai secara sukarela melalui pusat pemberian vaksin k...
Permohonan 260000 Slot Janji Temu Vaksin Astrazeneca Penuh Selepas 3 Jam Setengah Dibuka

Permohonan 260000 Slot Janji Temu Vaksin Astrazeneca Penuh Selepas 3 Jam Setengah Dibuka

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 338 hits
Permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca ditutup kira kira jam 3 20 petang tadi selepas semua tarikh janji temu ditempah Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin ketika mengumumkan perkara it...
Mengapa Segelintir Warga Malaysia Jauhi Vaksin Astrazeneca

Mengapa Segelintir Warga Malaysia Jauhi Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 220 hits
Mereka bukan sekadar bimbang tentang risiko darah beku yang dilaporkan berhubung vaksin tersebut Ramai yang ragu ragu dengan vaksin AstraZeneca kerana wujud laporan kesan sampingan walaupun dibuktikan berkesan dan efektif Ketika lebih 260 0...
Ibadah Umrah Haji Arab Saudi Hanya Iktiraf Suntikan Vaksin Pfizer Dan Astrazeneca Sahaja

Ibadah Umrah Haji Arab Saudi Hanya Iktiraf Suntikan Vaksin Pfizer Dan Astrazeneca Sahaja

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 336 hits
Semua pihak sedia maklum kerajaan Arab Saudi kini telah menetapkan antara kriteria perjalanan jemaah haji pada tahun ini adalah memperolehi suntikan vaksin COVID 19 Susulan itu menerusi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr ...
Jemaah Haji Akan Diberi Vaksin Pfizer Astrazeneca

Jemaah Haji Akan Diberi Vaksin Pfizer Astrazeneca

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 267 hits
Arab Saudi hanya mengiktiraf vaksin Covid 19 jenama Pfizer BioNTech dan AstraZeneca Malaysia ketika ini memiliki 31 600 kuota rasmi haji dari Arab Saudi Gambar AFP Jemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diberika...
Astrazeneca Vaksin Kelas Kambing Untuk Rakyat Bukan Kayangan

Astrazeneca Vaksin Kelas Kambing Untuk Rakyat Bukan Kayangan

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 538 hits
AstraZeneca nasibnya tak sama seperti Pfizer Sebanyak 280 000 dos AstraZeneca sampai ke Malaysia tidak disambut macam selebriti seperti ketika Pfizer sampai di KLIA Ada liputan khas secara langsung di televisyen Dua menteri dan Ketua Pengar...
Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin Astrazeneca

Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 355 hits
PUTRAJAYA Sakit kepala luar biasa dan kesan lebam pada kulit antara gejala yang perlu diberi perhatian para penerima vaksin AstraZeneca dalam tempoh antara empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksin Covid 19 tersebut Menteri Kes...
3 8 Juta Dosis Vaksin Astrazeneca Tiba Di Indonesia

3 8 Juta Dosis Vaksin Astrazeneca Tiba Di Indonesia

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 222 hits
Dengan kedatangan batch kedua ini kata Retno maka Indonesia telah menerima vaksin sebesar 4 965 600 dosis vaksin jadi secara gratis
United Kingdom Lapor 32 Penerima Suntikan Vaksin Covid 19 Astrazeneca Meninggal Dunia

United Kingdom Lapor 32 Penerima Suntikan Vaksin Covid 19 Astrazeneca Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 284 hits
United Kingdom melaporkan 168 penerima suntikan vaksin COVID 19 AstraZeneca mengalami kesan sampingan pembekuan darah termasuk 32 yang maut akibatnya Menurut Agensi Kawal Selia Produk Ubat dan Kesihatan mereka yang mengalami pembekuan darah...
Kek Lapis Penganan Pilah

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Flood Situation In Sabah Worsens

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Memaafkan Seperti Allah Dengan Tetap Melupakan

Benarkah Rasulullah Pernah Mencintai Istri Orang Lain

Naik Kereta Api Ke Dabong

Terima Dua Parcel

Gigi Susu

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang