Asmak Hair Care Set Penjagaan Rambut Untuk Seisi Keluarga Yang Wajib Ada Dalam Setiap Rumah
Hye semua..
Masa kecil-kecil dulu selalu ramas-ramas daun dan bunga raya lepas tu lendir dia tu buat cuci rambut. Syampo Bunga Raya buatan sendiri katanya. Kebetulan keliling rumah ada banyak pokok bunga raya .Jadi kalau setakat nak petik sampai togel pokok bunga raya tu tak de hal la. Tak de siapa nak marah.
Bila dah tua-tua ni nampak Syampoo Bunga Raya Asmak terus terimbas memori masa kecil-kecil dulu. Agaknya sebab tu la rambut masa sekolah dulu sangat cantik. Tak pernah la kusut masai. Rambut lembut je padahal tak de beli-beli syampoo pun. Maklum la..bukan orang senang. Ada duit lebihkan untuk keperluan lain.
Asmak Hair Cair
Syampoo Bunga Raya adalah satu satu produk dalam set Asmak Hair Care. Kalau sebelum ni MHAM pernah keluarkan Minyak Herba Asmak yang memang sangat mujarab . Sampai sekarang saya masih guna Minyak Herba tu tau.. Kali ni MHAM mengeluarkan Set Asmak Hair Care khas untuk penjagaan rambut untuk lelaki dan wanita.
Set penjagaan rambut ini juga wajib ada dalam setiap rumah dan boleh digunakan seisi keluarga.
Asmak Hair Care terdiri daripada
Syampoo Bunga Raya Sevenis Hair OilHair Moisturizer With Serum
Untuk mendapatkan rambut yang cantik lembab dan sihat lebih elok jika menggunakan ketiga-tiga produk di dalam Asmak hair Care ini. Asmak Hair Care sangat sesuai digunakan seisi keluarga
Syampoo Bunga Raya
Sebagai wanita yang bertudung sangat penting untuk kita jaga rambut. Maklum la, kita ni hari-hari tertutup je kepala ni. Kalau tak dijaga memang rambut akan berbau busuk masam. Pemilihan syampoo sangat penting.
Bagi saya sendiri saya suka Syampoo Bunga Raya ni sebab bau nya sangat wangi dan bau tu tahan lama. Korang yang dah terbiasa dengan syampoo yang banyak buih mungkin akan rasa tak biasa dengan syampoo ni sebab ianya syampoo yang tidak mengandungi buih.
Tak elok kalau menggunakan Syampoo yang banyak buih sebab mudah dapat kelemumur dan kulit kepala kering. Jangan tertipu dengan buih pada syampoo sebab ianya tak membuatkan rambut dan kulit kepala kita sihat.
Selain ekstrak bunga raya , terdapat minyak kelapa, Babassu Oil, Tea Tree Oil dan Jojoba oil di dalam syampoo ini. Patut lah bila di gunakan rambut nampak lembab dan segar.Walaupun beberapa jam lepas mandi rambut masih nampak macam lembab rupanya terdapat kandungan berbagai minyak berkhasiat yang sangat bagus untuk semua jenis rambut termasuk la untuk kegunaan kanak-kanak
Hair Moisturizer With Serum
Istimewa dalam set Hair Care Asmak ni adalah hair moisturizer nya. Saya akui yang sebelum ni tak pernah pun pakai apa-apa hair moisturizer . Biasanya beli conditioner je. Heheh .. Kiranya ni pertama kali saya guna hair moisturizer.
Yang best tentang moisturizer ni ialah ianya disertakan dengan serum.
Warnanya jernih..Tak sama dengan hair conditioner . Bau juga tak kuat sangat. Bila sapu kat rambut, tangan tak rasa melekit atau berminyak macam conditioner.
Hair Moisturizer ni boleh digunakan oleh kanak-kanak. Ianya di reka menggunakan teknologi terkini yang sangat berkesan untuk melicinkan rambut, menjadikan nya lebih mudah diurus , rambut lebih bersinar, lembut dan berkilau.
Mousturizer ni digunakan ketika rambut kering. Hanya picitkan ke tapak tangan kemudian ratakan pada rambut.
Sevenis Hair Oil
Dalam Asmak Hair carn juga disertakan Sevenis Hair oil yang mengandungi lnght mineral oil, Tea tree oil, olive oil, argan Oil, Castor oil. coconut oil, Babassu oil yang juga bahan2 ni ada dalam Syampoo Bunga Raya.
Sebab tu kalau korang perasan bau minyak dan bau Syampoo dalam Asmak Hair Care ni sama. Sebab tu la bau harum ni kekal lama tau. Patut la lepas guna Hair Care ni rambut saya bau segar.
Untuk mudah kan anak-anak menggunakan Sevenis Hair Oil ni saya letak kan minyak ni dalam botol spray.. Jadi tak la tumpah minyak ni. Sama ada boleh sembur terus ke rambut atau ke tapak tangan. Harap-harap lepas ni MHAM boleh naik tarah botol Sevenis Hair Oil ni dalam botol spray suapaya lebih mudah digunakan. Heheh..
Lepas dah ratakan hair oil pada rambut ada sisa-sisa minyak pada tapak tangan tu boleh la gosok kan pada siku supaya dapat elak kan kulit pada siku kering. Sevenis Hair oil ni juga sesuai untuk kegunaan bayi.
Kalau korang berminat nak dapatkan Asmak Hair Care atau salah satu dari Asmak Hair Care ni boleh la dapatkan nya sekarang. Ada banyak pengedar di seluruh Malaysia atau korang boleh dapatkan nya dengan menghubungi:
Website – https://mham.com.myhttps://asmak.com
FB page – Shampoo Bunga Raya HQ
Instagram – asmak.haircare
Hotline – 019-9708897
www.wasap.my/60199708897
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2019/02/asmak-hair-care-set-penjagaan-rambut.html