Asmak Baby Care Set Penjagaan Harian 5 Dalam Satu
Ramai yang bertanya saya, produk jenama apa yang saya guna untuk penjagaan anak-anak saya? Jawab saya Asmak Baby Care, yang mana set lengkap 5 dalam 1 dari penjagaan rambut hingga hujung kaki. Set macam ni memang senang kerja, sebab saya dah tak perlu susah-susah nak beli asing-asing. Semuanya yang kita nak tu ada dalam set ni.
Set lengkap Asmak Baby Care, boleh juga dijadikan hadiah untuk kawan, keluarga dan mereka yang bakal menimang cahayamata
Sebenarnya jenama Asmak ni dah wujud sejak tahun 2016 di Malaysia. Dikenali dengan produk pemakanan, penjagaan diri hinggalah penjagaan bayi. Saya juga dah ada satu set dan gunakan set lengkap Asmak Baby Care ni pada Ammar. Dan memang serasi dan tiada kesan yang merengsakan.
Apa yang saya nak highlight pada ibu-ibu adalah, set penjagaan Asmak Baby Care ni diformulasikan daripada bahan semulajadi. Antaranya ialah minyak aprikot, minyak kayu putih, minyak halia, ekstrak bunga portulaka dan argan oil. Jadi ibu ayah tak perlu risau untuk gunakan produk Asmak pada anak-anak ya.
Set Asmak Baby Care, 5 dalam 1, memang sesuai untuk digunakan seisi keluarga. Baunya wangi, serasi dengan anak2 saya.
Biasalah kulit bayi dan kanak-kanak yang sensitif akan menyebabkan badan jadi gatal atau naik ruam kalau kita gunakan produk yang tidak sesuai dengan mereka. Dan nampaknya produk ni memang serasi dengan anak saya. Sebab apa serasi? Sebab produk Asmak ini memang menggunakan bahan dari ekstrak semulajadi dan extra soft.
Senang cerita ianya bebas bahan kimia, tanpa SLS dan tiada paraben. Selalunya kalau kita nak beli produk baby ni, pertama sekali mesti nak belek botol dan dan bungkusan tu sebab nak tahu apa bahan yang digunakan kan? Ha macam tu jugalah saya buat semasa nak gunakan produk Asmak ni, dan sebab tu saya gunakan pada anak-anak tanpa ragu-ragu.
Asmak Baby Shampoo, wangi baunya. Segar bila disapukan dibadan Ammar. Yang penting mata anak pun tak pedih.
Asmak Baby Wash.
Asmak baby wash 2 in 1 ni, memang memudahkan kerja ibu ayah mandikan bayi. Sebab apa? Sebab ianya adalah gabungan syampu kepala dan sabun badan. Bau dia ya ampun, wangi sangat!! Yang bestnya bahan yang digunakan bebas kimia dan membantu atasi masalah rambut dan kulit kepala.
Selepas gunakan Asmak baby wash ni pada Ammar, rambutnya lebih lembut dan halus. Dan yang bestnya ia juga mengandungi ekstrak minyak kayu putih dan membantu anak-anak yang ada masalah kutu rambut.
Asmak Baby Lotion.
Losen Asmak ni berbau mint. Bila disapu di badan rasa segar je. Memang sesuai disapu selepas anak-anak mandi. Rasa lembap dan tak mengeringkan.
Selepas mandi saya juga sapukan losen pada Ammar. Suka sangat dia kene urutan selepas mandi. Losen ni bertindak melembabkan dan menjaga kulit bayi untuk kekal sihat dan halus. Saya suka bagi Ammar guna time dia lepas mandi, untuk bantu kulit jadi lembab lama. So dah takde dah masalah kulit kering bahagian lengan dan perut kalau berpeluh.
Asmak Baby Essential Oil.
Best sangat essential oil ni. Memang menyegarkan, berbau harum. Dan korang boleh gunakan kat diffuser. Sure harum seluruh rumah.
Saya juga sapukan Baby Essential oil pada Ammar. Minyak ini menenangkan dan membantu Ammar untuk tidur lebih lena. Terutama kalau Ammar selsema dan batuk.
Cara nak guna sangat mudah, titiskan beberapa titik minyak pada tapak tangan si ibu, dan urutkan di dada, belakang badan dan tapak kaki anak. Dan Essential Oil juga boleh digunakan untuk ibu menyusu yang alami masalah kurang susu.
Asmak Baby Powder
Bedak asmak, tepek-tepek kat badan. Alhamdulillah tiada rashes dan ruam.
Ha ni selepas dah pakaikan losen dan essential oil, saya tepekkan pula bedak Asmak. Bedak ni ada kandungan lavender essential oil yang boleh membantu mengurangkan kegatalan pada kulit. Kita kan memang suka anak sentiasa wangi dan nak cium selalu. Hmm sapukan bedak ni, sure memang bau segar pada Ammar sepanjang masa.
Asmak Sevenis Hair Oil.
Selepas syampu, boleh sapukan minyak sevenis ni. Lembut dan rambut rapi tersisir :).
Saya adalah sejenis yang suka merapikan rambut anak dengan minyak. Gabungan 7 jenis minyak di dalam minyak Asmak ni dapat membantu melembut, melebat, menguatkan rambut dan ianya berbau wangi. Emm memang suka sangat dengan minyak ni.
Lepas pakai syampu Asmak, wajib sapukan pula minyak rambut Asmak ni pula. Siapa yang tak suka cium anak kan, dengan bau masyamnya, tambah pula bau minyak rambut Asmak, berkali-kali tak jemu menciumnya.
Set yang ibu wajib beli dan simpan untuk kegunaan seisi keluarga. Sure tak menyesal dan berbaloi untuk kegunaan harian.
Kalau tanya saya, memang saya syorkan ibu ayah wajib ada set Asmak Baby Care ni di rumah. Bukan anak-anak je boleh guna, tapi ibu ayah malahan seluruh ahli keluarga boleh gunakan set Asmak Baby Care. Boleh dipakai untuk kegunaan harian mahupun untuk travel. Masuk je dalam handbag atau bag bayi, mudah kerja
.
Kalau nak jadikan cenderahati untuk kawan, sedara mara pun boleh. Harapnya ibu ayah bolehlah dapatkan produk ni untuk anak-anak anda. Nak tahu lebih lanjut tentang Asmak Baby Care, boleh terus klik link di bawah:-
Website : https://mham.com.my/
Facebook : Asmak by Mhamsb
IG : Asmak.Babycare
Whatsapp : 0199708897
(37)
The post Asmak Baby Care set penjagaan harian 5 dalam satu appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ajumohit.com/2019/02/asmak-baby-care-set-penjagaan-harian-5-dalam-satu.html