Bayi Malang Meninggal Dunia Akibat Masalah Pernafasan Dipercayai Berpunca Daripada Jerebu


Palembang, Indonesia – Seorang bayi yang berusia empat bulan telah dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan saluran pernafasan di Palembang, Sumatra Selatan, semalam (15/9). Kebakaran hutan yang telah membuatkan asap jerebu membelenggu seluruh rantau Asia Tenggara itu dipercayai merupakan punca kepada kematian bayi tersebut.
Bayi yang bernama Elsa Pitaloka itu difahamkan mengalami sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di hospital Rumah Sakit Ar-Rasyid Palembang.
Elsa telah mengalami sesak nafas sejak sabtu lalu. Ketika keadaan kesihatannya makin menyusut, ibu dan bapa Elsa telah membawanya ke bidan. Namun begitu, bidan tersebut menyuruh mereka membawa anaknya itu terus ke hospital bagi mendapatkan bantuan pakar.
Menurut Agus, Elsa adalah anak kepada Ngadirun (34) dan Ita Septiana (27) yang tinggal di Desa Talang Buluh, sebuah perkampungan yang terletak di daerah Banyuasin, Sumatera Selatan.
“Kira-kira pukul 11.30, Elsa telah dibawa ke rumah sakit Ar-Rasyid untuk mendapatkan bantuan. Doktor yang memeriksa Elsa telah memberitahu bahawa Elsa telah terkena jangkitan pada saluran pernafasannya,” ujar Agus.
Doktor merujuk Elsa ke Rumah Sakit Mohammad Hoesin (RSMH) yang juga terletak di Palembang kerana Rumah Sakit Ar-Rasyid tidak mempunyai alatan yang mencukupi. Namun apabila dia dihantar ke RSMH, Agus memaklumkan bahawa, wad rawatan sementara sedang penuh, dan Elsa disuruh untuk menunggu.
“Sementara menunggu wad kosong, Elsa telah diberi rawatan awal di Ar-Rasyid. Jam hampir masuk ke waktu maghrib, doktor menyuruh kami menguruskan segala persiapan pendaftaran kerana Elsa sudah boleh dimasukkan ke wad untuk diberikan rawatan selanjutnya. Akan tetapi, semasa segala persiapan dibuat, kesihatan Elsa mula merosot dan doktor telah memaklumkan bahawa Elsa telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 18.35,” kata salah seorang daripada ahli keluarga Elsa.
Agus menyatakan bahawa, pihak keluarga tidak mengetahui punca yang telah menggadaikan nyawa Elsa kerana tidak ada alatan yang boleh memeriksa tentang apa punca sebenarnya perkara itu terjadi. Namun sesak nafas yang dialami oleh bayi empat bulan tersebut tidak bertambah baik sehinggakan Elsa menghembuskan nafas terakhirnya.
“Doktor pakar menyatakan bahawa Elsa berkemungkinan mengalami jangkitan bakteria di dalam saluran pernafasannya, namun ianya tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana tiada alatan yang boleh mengesahkan tentang perkara itu disini. Elsa lahir dalam keadaan yang normal dan sihat, tidak mungkin ada apa-apa penyakit yang berkaitan dengan pernafasan tiba-tiba terjadi kepada seseorang itu,” katanya.
Dia turut mengatakan bahawa terdapat sekitar 800 keluarga yang tinggal di kampung tersebut dan kesemua rumah mereka dilitupi dengan asap yang tebal.
“Terlalu tebal asapnya. Setiap kali musim kemarau, pasti kejadian ini sering terjadi. Sama juga seperti di tempat lain,” ujarnya lagi.
Ketika ini, pihaknya sedang menguruskan majlis pengebumian Elsa yang akan dikebumikan di tanah perkuburan umum yang terdekat.
Sementara itu Kepala Dinas Kesehatan Kabupaten Banyuasin M. Hakim berujar, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas RS Ar-Rasyid mengenai bayi yang bernama Elsa tersebut.
“Dari hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai kesihatan Banyuasin ke RS Ar-Rasyid, memang benar ada pesakit iaitu bayi berumur empat bulan didiagnos mengalami pneumonia dan meninggal. Pesakit tersebut telah dibawa pulang ke rumah,” ujar Hakim
Dia turut menjelaskan bahawa pneumonia merupakan jangkitan yang menimbulkan radangan pada saluran udara yang menyebabkan terjadinya cairan di paru-paru. Jangkitan tersebut boleh terjadi akibat daripada menghidu udara yang tidak sihat dan tercemar.
“Orang awam digalakkan memakai topeng muka bagi melindungi diri daripada menghidu udara yang tidak sihat serta tercemar,” ujarnya.
Sumber: CNN Indonesia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/16/bayi-malang-meninggal-dunia-akibat-masalah-pernafasan-dipercayai-berpunca-daripada-jerebu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asap Jerebu Dipercayai Punca Kematian Bayi 4 Bulan Selepas Alami Masalah Pernafasan

Asap Jerebu Dipercayai Punca Kematian Bayi 4 Bulan Selepas Alami Masalah Pernafasan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 478 hits
Seorang bayi berusia empat bulan di Palembang Indonesia meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan Mangsa Elsa Pitaloka mengalami masalah pernafasan pada Sabtu lalu di mana kampung yang didiami keluarganya di...
Bahana Jerebu Toksik Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sesak Nafas

Bahana Jerebu Toksik Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 458 hits
Jika di Malaysia tahap jerebu sudah pun membimbangkan inikan pula di Indonesia tempat berpuncanya jerebu selepas kebakaran hutan berlaku Terbaru seorang bayi yang berusia empat bulan telah menjadi mangsa pertama yang maut disebabkan oleh ge...
Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Angkara Jerebu

Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Angkara Jerebu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 264 hits
SEORANG bayi berusia empat bulan di Palembang Indonesia meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan Mangsa Elsa Pitaloka mengalami masalah pernafasan pada Sabtu lalu di mana kampung yang didiami keluarganya di...
Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Kerana Jerebu

Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Kerana Jerebu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 318 hits
Seorang bayi berusia empat bulan di Palembang Indonesia meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan Bayi 4 bulan meninggal dunia kerana jerebu
Pelajar Ini Tidak Meninggal Dia Hanya Pengsan Dipercayai Akibat Tak Makan Sarapan

Pelajar Ini Tidak Meninggal Dia Hanya Pengsan Dipercayai Akibat Tak Makan Sarapan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 432 hits
Tular sejak beberapa hari lalu satu klip video dipercayai dari Indonesia dengan kapsyen yang mendakwa seorang pelajar dilihat secara tiba tiba mengalami kekejangan Dalam video yang sama si penyebar turut mendakwa bahawa pelajar tersebut men...
66 Jemaah Haji Embarkasi Solo Meninggal Dunia

66 Jemaah Haji Embarkasi Solo Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 240 hits
Hingga kloter 82 hari ini jumlah jemaah haji Embarkasi Solo yang meninggal sebanyak 66 orang Seorang jemaah meninggal sebelum berangkat ke tanah suci Seorang lagi meninggal di pesawat saat dalam perjalanan ke Arab Saudi Sedangkan 64 jemaah ...
Sheila On 7 Batalkan Persembahan Di Riau Akibat Jerebu

Sheila On 7 Batalkan Persembahan Di Riau Akibat Jerebu

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 216 hits
PEKANBARU Pihak pengurusan Sheila On 7 mengesahkan bahawa kumpulan muzik dari Yogyakarta itu membatalkan persembahan di Do Festival Music 2019 akibat jerebu kebakaran hutan dan tanah gambut di bandar Pekanbaru Riau Ini dimaklumkan oleh peng...
Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa Dukhon

Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa Dukhon

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 670 hits
Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa Dukhon Susulan daripada kebakaran hutan lebih 1000 hektar di Kalimatan Indonesia Negara kita turut mendapat tempiasnya apabila tahap jerebu sudah semakin membimbang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip