Maut Di Tangan Ibu Bayi 3 Bulan Lemah Di Sisi Ibu Selepas Bapa Pulang Hantar Makanan


Maut di tangan ibu sendiri! Siapa sangka seorang bayi perempuan berumur tiga bulan yang ditinggalkan pada ibunya dirumah maut dipercayai akibat didera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Cheneh Baru Kemaman, semalam.
Berdasarkan laporan Utusan, mangsa sebelum itu ditemukan dalam keadaan lemah di sisi ibu kandungnya dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bandar Ceneh Baru.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah beralamat Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru Kemaman kira-kira pukul 10 pagi.
Ketua Polis Daerah ini, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian disedari bapa bayi berkenaan ketika pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya.
Menurutnya, pada masa itu bapa mangsa bertanyakan isterinya sama ada mahu makan atau sebaliknya namun wanita itu menjawab bahawa dia telah menghantar anaknya itu ke syurga.
Jelasnya, terkejut dengan jawapan isterinya yang merupakan seorang suri rumah, bapa bayi tersebut melihat anaknya itu dalam keadaan lemah di sisinya isterinya sebelum mengesyaki sesuatu berlaku ke atas mangsa.
“Bapa mangsa yang juga seorang guru telah bertindak membawa bayinya itu ke Klinik Kesihatan Bandar Cheneh Baru untuk mendapatkan rawatan dan pihak paramedik telah berusaha memberi bantuan kecemasan kepada bayi berkenaan.
Kredit gambar: Metro “Bagaimanapun bayi berkenaan telah disahkan meninggal dunia sejurus selepas menerima rawatan oleh pegawai perubatan yang memeriksa bayi berkenaan, ” katanya.
Hanyan berkata, mangsa dipercayai mati didera berdasarkan pemeriksaan awal yang dijalankan oleh pegawai perubatan klinik berkenaan.
Sementara itu, menurut laporan Berita Harian salah seorang ahli keluarga terdekat mangsa memberitahu, selepas melahirkan bayi sulung itu, ibu mangsa pulang berpantang di rumah ibunya di Besut dan suaminya berusia 27 tahun membawa pulang anaknya itu untuk dijaga di Cheneh.
“Saya beberapa kali melawat ibu dan bayi itu ketika dalam pantang tetapi tidak nampak apa yang pelik termasuk meroyan,” katanya.

Menurutnya, bayi tersebut sering kali dibawa pulang ke Besut untuk bertemu dengan ibunya sepanjang dua bulan lebih berada bawah jagaan bapanya.
“Ketika bekerja, bapanya akan menghantar anaknya ke rumah pengasuh untuk dijaga, namun, sejak dua minggu lalu ibu bayi berkenaan di bawa pulang ke rumah mereka di Cheneh.
“Saya difahamkan sejak dua hari sebelum kejadian, ibunya tidak mahu anak dihantar ke rumah pengasuh dan saya tidak sangka perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
Berikut 11 tanda ibu alami meroyan yang orang sekeliling kerap pandang remeh yang dikongsikan oleh Pakar Psikiatri, Dr Kasmini Kassim.
3 KATEGORI IBU YANG BERISIKO ALAMI MEROYAN Ibu yang melahirkan anak pertama Ibu yang mempunyai komplikasi semasa melahirkan seperti kelahiran pramatang, kelahiran songsang atau melahirkan secara pembedahan caesarean Bayi yang lahir bermasalah seperti cacat. 11 TANDA MEROYAN YANG SERING DIALAMI IBU #1. Gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang
#2. Sering merasa keletihan kerana kurang rehat atau kurang tidur. Walau pun bayi dapat tidur lena.
#3. Mengalami kesukaran dalam sesuatu hal tetapi tidak mendapatkan bantuan orang lain.
#4. Memencilkan diri atau bersendirian.
#5. Tidak suka bercakap dan banyak memendamkan perasaan.

#6. Perasaan yang tidak stabil dan berubah-ubah seperti kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. .
#7. Ciri psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras.
#8. Mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.
#9. Mempunyai anggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anaknya, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.
#10. Mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan diri ibu, menyuruh ibu membunuh bayi dan sebagainya.
#11. Ibu tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi mereka sendiri.
Sumber: Utusan & Berita Harian
 
The post Maut Di Tangan Ibu! Bayi 3 Bulan Lemah Di Sisi Ibu Selepas Bapa Pulang Hantar Makanan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/maut-di-tangan-ibu-bayi-3-bulan-lemah-di-sisi-ibu-selepas-bapa-pulang-hantar-makanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Antara Maut Kes Denggi Ibu Bapa Ambil Tindakan Sebelum Terlambat

Bayi Antara Maut Kes Denggi Ibu Bapa Ambil Tindakan Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 462 hits
Perkara yang ibu bapa sering utamakan untuk anak anak ialah kesihatan mereka Menjadi kebimbangan buat ibu bapa bila anak yang ceria menjadi lemah gara gara kesihatan yang mendatang Mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun ini hingga b...
Bahana Jerebu Toksik Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sesak Nafas

Bahana Jerebu Toksik Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 479 hits
Jika di Malaysia tahap jerebu sudah pun membimbangkan inikan pula di Indonesia tempat berpuncanya jerebu selepas kebakaran hutan berlaku Terbaru seorang bayi yang berusia empat bulan telah menjadi mangsa pertama yang maut disebabkan oleh ge...
Bosch Hadir Dengan Kereta Sorong Bayi Elektronik Untuk Memudahkan Ibu Bapa

Bosch Hadir Dengan Kereta Sorong Bayi Elektronik Untuk Memudahkan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 350 hits
Bagi para ibu bapa hari ini terdapat pelbagai pilihan kereta sorong bayi dalam memudahkan ibu bapa membawa anak mereka ke mana mana Dalam usaha memudahkan lagi kini Bosch turut memperlihatkan kereta sorong bayi elektronik mereka Dinamakan s...
Ngaku Dapat Bisikan Gaib Ini Ibu Bunuh Bayi 3 Bulan Di Rumah Mertua Pisau Dapur Jadi Barang Bukti

Ngaku Dapat Bisikan Gaib Ini Ibu Bunuh Bayi 3 Bulan Di Rumah Mertua Pisau Dapur Jadi Barang Bukti

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1025 hits
Mengaku mendapat bisikan gaib seorang ibu di Bandung tega menghabisi nyawa bayinya sendiri Kejadian tersebut terjadi di Kelurahan Cigadung Kecamatan Cibeunying Kaler Kota Bandung Minggu kemarin Ibu berinisial FM itu menusukkan pisau dapur k...
Asap Jerebu Dipercayai Punca Kematian Bayi 4 Bulan Selepas Alami Masalah Pernafasan

Asap Jerebu Dipercayai Punca Kematian Bayi 4 Bulan Selepas Alami Masalah Pernafasan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 496 hits
Seorang bayi berusia empat bulan di Palembang Indonesia meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan Mangsa Elsa Pitaloka mengalami masalah pernafasan pada Sabtu lalu di mana kampung yang didiami keluarganya di...
Bayi 3 Bulan Maut Dipercayai Didera Oleh Ibunya Yang Meroyan

Bayi 3 Bulan Maut Dipercayai Didera Oleh Ibunya Yang Meroyan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 307 hits
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut disyaki didera ibunya di Bandar Cheneh Baru di Kemaman pagi tadi Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira kira 11 30 pagi itu bayi itu Median Sandra Mohd Saddle...
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm