Asam Pedas Johor Ikan Kerisi
Kecut perut membaca komen mak cik makcik, adik kakak di Instagram Dato Seri Aliffsyukri dan keluarga serta IG anak angkat beliau Qayyum Aliffshah. Saya tidak mahu komen apa apa berkenaan kes mereka walaupun saya juga terdetik dan menpunyai pendapat sendiri.
Membacanya aduhai, rasa tak percaya dengan bahasa yang digunakan masing masing. Sindir menyindir, maki hamun. Adoi saya yang membacanya juga terasa malu sendiri. Mungkin sebab saya tidak pernah memaki hamun atau menggunakan bahasa kesat pada orang lain.
Seorang wanita, seorang ibu, seorang isteri, seorang anak gadis. Bagaimanakah kita harus membawa diri. Lemah lembut dan sopan santun walaupun saya juga tidaklah terlalu berlemah lembut. Suami dan anak anak saya yang kenal siapa diri saya yang sangat garang dan tegas dengan anak anak dan suami. Orang luar mungkin tidak akan kenal saya yang sebenar. Hahaha.
Apa yang saya ingin nasihatkan adalah jangan lah menulis begitu seolah tiada dosa atau tidak takut dengan dosa. Lagi pulak Qayyum bukanlah darah daging kita. Jadi janganlah kerana simpati dengan Qayyum sanggup menempah dosa. Tidak salah bersimpati tetapi tidak perlulah seolah kita tiada anak anak untuk disayangi dan dirindui.
Saya juga concern dengan dia. Bukan setakat hari ini tetapi masa depan dia kelak. Mudah mudahan dipermudahkan. Jangan lah pulak selepas ini, saya dikecam kerana saya tidak mahu menyebelahi mana mana pihak.
Saya menulis secara ikhlas. Tersenyum saya membaca perihal mak cik adik kakak yang merindui Qayyum. Baik lah masing maisng jaga keluarga masing masing. Jaga anak dan suami. Saya yang merindui cucu pun tidaklah sebegitu parah. Kalau ada banyak masa, cubalah membaca buku buku agama atau mengaji. Tolooong jangan ada yang sentap pulak.
Hari ini saya nak kongsikan resepi Asam Pedas Johor menggunakan ikan kerisi. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Asam Pedas Johor gitu. Kebetulan Qayyum sekarang pun sedang bercuti di Johor dengan ditaja dengan shopping sekali. Alhamdulillah. Rezeki jika milik kita, pasti akan jadi milik kita. Hahaha masih sambung sikit lagi.
Kebelakangan ini, saya cuba menyediakan hidangan yang kurang berlemak dan ala ala menu yang lebih sihat. Kalau nak yang betul betul sihat, guna resepi yang hanya direbus, dicelur atau sup sup. Teringin nak makan ikan kerisi, saya meminta Hubby ke pasar Taman Tun Dr Ismail kerana di sana ikannya lebih segar. Untuk menghasilkan asam pedas yang sedap, ikan wajib menggunakan ikan segar.
Jom layan resepi di bawah ini...
Asam Pedas Johor Ikan KerisiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:4 ekor ikan kerisi1 biji terung5 sudu besar cili kering kisar 1/2 cawan air asam jawa pekat 1 ikat daun kesum - ganti dengan serai1 kuntum bunga kantan1 biji buah tomato - belah 6 600 ml air atau secukupnya 1 sudu besar garam kasar1/2 sudu besar gula
Bahan kisar:2 biji bawang besar4 ulas bawang putih1 1/2 inci halia 1 inci kunyit hidup - atau serbuk kunyitSedikit belacan - opsyenal
Cara cara:Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar, cili kisar dan serbuk kunyit, jika tidak guna kunyit hidup. Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan terbit minyak.
Apabila bahan tumis tadi pecah minyak, masukkan air asam jawa dan masukkan bunga kantan dan daun kesum/serai. Kacau kacau lagi sehingga harum dan naik bau daun kesum dan bunga kantan.
Bila dah naik bau, masukkan garam dan gula atau serbuk perasa.
Masukkan air separas ikan sahaja. Jika tak cukup, boleh ditambah kemudian sedikit demi sedikit supaya kuah asam pedas tidak menjadi cair.
Masak sehingga kuah mendidih, baru dimasukkan ikan supaya ikan tidak hancur.
Masukkan juga terung atau kacang bendi dan buah tomato, mengikut yang disukai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aziekitchen.com/2019/02/asam-pedas-johor-ikan-kerisi.html