Jeti Tanjung Dawai.Kami tiba di Jeti Tanjung Dawai sekitar pukul 11.20 pagi. Turun dari bot dan hulur bayaran RM3/orang kepada pemandu bot
Arked Tanjung DawaiOh, rupanya inilah bangunan Arked Tanjung Dawai. Tingkat atas menempatkan kedai menjual produk hasil laut. Manakala tingkat bawah pula menempatkan kedai makan dan ada juga kedai pakaian. Tandas awam berbayar terletak di tingkat bawah, di hujung bangunan. Ada sebuah lagi tandas awam berbayar di luar bangunan arked ni
Laksa bihun.Disebabkan perut kami sudah rasa lapar, kami terus ke tingkat bawah arked untuk makan. Selepas berjalan melewati semua kedai makan yang ada, barulah kami masuk ke sebuah kedai makan pilihan
Tingkat atas.Perut dah kenyang, marilah kita naik ke tingkat atas bangunan Arked Tanjung Dawai ni. Beginilah rupa di bahagian atas (lihat gambar). Dari hujung ke hujung semuanya kedai menjual produk hasil laut. Laluan sempit sebab masing-masing memperagakan produk jualan mereka di luar kedai. Mujur juga kami datang masih awal, jadinya masih belum ramai pengunjung di sini. Itu pun sesekali hampir berlaga bahu juga bila kita melewati kedai yang sedang ada pelanggan
Pelbagai pilihan ikan masin.Boleh dikatakan produk jualan setiap kedai lebih kurang sama saja - pelbagai pilihan ikan masin, ikan bilis, belacan dan produk lain. Ada juga produk yang dijual di kedai sini, tak dijual di kedai sana. Jadinya memang eloklah kita berjalan melihat-lihat dari satu kedai ke satu kedai. Berkenaan harga, semuanya lebih kurang saja. Kalau berbeza harga pun disebabkan saiz pek yang berbeza
Pelbagai pilihan ikan bilis.Eh, ada ikan bilis mata biru. Saya pernah membeli ikan bilis mata biru di Lumut, rupanya di sini pun ada juga. Banyak sungguh pilihan ikan masin dan ikan bilis, rambang mata kami memilih
Produk siap pek.Asam jawa kepal pun ada. Menarik, tapi saya tak beli sebab dah biasa guna pes asam jawa Adabi
Pekan Tanjung Dawai.Pandangan sekitar pekan Tanjung Dawai dari tingkat atas arked
Hasil membeli di Arked Tanjung Dawai - ada beberapa jenis ikan masin, sotong kering cumi, gula melaka bentuk bulat (orang tempatan panggil gula gerek) dan ikan bilis siap kopek. Harga semuanya sekitar RM60. Padahal ahli rumah cuma berdua, tapi sebab rambang mata jadinya itu nak ini pun mahu…haha! Insya Allah lain kali bolehlah kami membeli lagi di sini sebagai ole-ole bila balik kampung di Johor
Meriah dengan para pengunjung
Ada yang siap berkhemah. Boleh bersantai seharian di sini
Kedai makan sudah beroperasi. Ramai juga yang sedang menikmati hidangan di bahagian dalam sana. Perut kami masih kenyang makan di Tanjung Dawai. Insya Allah lain kali boleh cuba makan di sini|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |