Aqil Pergi Dengan Reda Ibu Sumbangan Rm100k Biayai Rawatan Tak Sempat Guna


Masih ingat kisah adik Aqil Arshad yang diuji dengan penyakit sangat rare dan memerlukan perbelanjaan RM100,000 untuk menjalani rawatan. Jika anda mengikuti kisahnya sebelum ini pasti tahu betapa kuatnya Aqil melawan kesakitan tersebut.

Namun ketika kedua ibu bapa adik Aqil dan pakar perubatan berusaha untuk merawat penyakitnya, Allah dah jemput Aqil pulang ke pangkuannya 19 Jun lalu jam 7 petang.

Sebelum ini, Pa&Ma menyiarkan kisah arwah adik Aqil yang ketika itu berusia 3 bulan dan anak kedua kepada pasangan Arifin Idris dan Rina Nursyaza yang memerlukan perbelanjaan RM100,000 untuk membiayai kos rawatan.
ARTIKEL BERKAITAN [Perlu RM100,000 Dalam Masa Seminggu! Tolonglah Cukupkan Dana Ini Demi Aqil]
Selepas diwar-warkan, kos rawatan itu berjaya diperoleh hasil bantuan dan sumbangan rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan bermurah hati. Tetapi perancangan untuk memberi rawatan terbaik pada Aqil tak kesampaian sehingga dia menghembuskan nafas terakhir di sisi ibu ayahnya.

Menerusi perkongsian ibu saudara arwah adik Aqil, Dr Saleha Idris, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Sekamat.
Sebagai wakil kepada ibu ayah adik Aqil, mereka sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman doa yang tak putus untuk anak syurga ini.
Di kesempatan itu juga, ahli keluarga mengharapkan agar terus memberi doa buat pasangan suami isteri tersebut melalui ujian yang Allah takdirkan.
Doakan ketabahan kekuatan buat suami isteri kuat dan hebat ini. Arifin Idris, Rina Nursyaza. Sebelum ni mereka diuji dengan kematian anak pertama secara tiba-tiba, baby Amani.
Hari ni ketika orang lain sambut Hari Bapa, seorang bapa mendukung anaknya dan hantar anak ke syurga. Kali ni baby Aqil pula pergi. Baby Aqil cukup kuat bertarung dengan diri. Akhirnya dia pergi dengan reda ibunya.

Buat pengetahuan semua, penyakit Severe Combined Immuno Dificiency (SCID) bukanlah penyakit biasa-biasa. Penyakit ini membuatkan badan Aqil tak kuat dan mudah sakit.
Sebelum kehadiran Aqil yang memberi sinar kebahagiaan buat kedua ibu bapa, Aqil ada seorang kakak. Tapi umur kakak Aqil, Amani juga tak panjang dan hanya bertahan 3 bulan sahaja selepas dilahirkan.
Ketika pemergian kakak Aqil, doktor tak dapat mengesahkan penyakit kakak Amani sehinggalah Aqil dilahirkan. Ketika kehadiran Aqil baru ibu ayahnya tahu kenapa kakak meninggal. Mungkin hikmah Aqil lahir ke dunia dapat jawab persoalan tersebut.

Antara tanda Aqil menderita sebab SCID ni macam:
1. Susah nak telan susu. Jadi Aqil muntah. Ingat tak Aqil cerita pasal kakak muntah sampai kakak dah tak ada.
2. Selalu cirit.
3. Selalu kena kuman dekat sistem pernafasan.
4. Jadi Aqil selalu demam, selsema tak sihat.
Mungkin sebab macam ni la Aqil tak pernah senyum sejak lahir kat dunia ni. Aqil tak sedap badan.
Sementara itu, Dr Saleha juga mengemaskini status terbaru di Facebooknya dengan memberitahu sumbangan yang diberikan atas nama adik Aqil untuk rawatannya akan diberikan kepada pihak yang memerlukan.
Salam buat semua yang sentiasa sabar menanti berita Aqil. Ini adalah makluman berkaitan Wang sumbangan Aqil.
1. Kami pihak NGO Malaysia Borderless Care Organization (MBCO) yang mendapat mandat amanah untuk mencari dana sumbangan Aqil untuk menjalani rawatan sumsum tulang.
2. Ketetapan Tuhan lebih baik Dan rahsia Kita tidak ketahui. Adik Aqil sudah pergi lebih awal usia 3 bulan 28 Hari. Tidak sempat untuk menjalani rawatan seperti dijanjikan. Pihak MBCO (ahli Lembaga, staf, sukarelawan dan seluruh penyumbang) sangat berduka atas berita ini . Kami ucapkan takziah kepada pihak keluarga Aqil lebih lagi ibuayah nya yang menerima ujian ini sudah Dua kali.
3. Pihak NGO memegang amanah Wang disumbang oleh rakyat Malaysia untuk bantuan baby Aqil.
4. Kami sudah berbincang dengan pihak ibubapa Aqil. Tuan Arifin Idris dan Rina Nursyaza. Mereka bersetuju untuk menyerahkan semuanya kepada NGO. Terpulang pada NGO untuk gunakannya di jalan betul.
5. Pihak NGO sudah berbincang dan menemui kata sepakat. Wang sumbangan rakyat Malaysia yang sangat prihatin adalah untuk selamatkan nyawa Aqil. Maka wang ini akan digunakan dan disalurkan untuk membantu individu yang sangat memerlukan dalam hal perubatan dan pembedahan juga (berkaitan nyawa).
6. Untuk sokong emosi dan Psikologi ibubapa Aqil. Pihak NGO juga bersetuju untuk membantu kos perubatan Aqil, kos kematian ( Mandi, kafan, kebumi dan kubur).
Pihak MBCO juga bersetuju untuk menyerahkan sedikit bantuan kepada ibuayah Aqil atas asbab menjaga Aqil Dan berkorban jiwa, tenaga, Masa Dan Wang buat dirinya. Diharapkan ia menjadi sedikit sumber yang dapat membantu mereka. Antara asbab terikatan jalinan antara Aqil dan MBCO.
7. Kami berharap dengan kenyataan ini jelas dan pihak penyumbang serta orang ramai ambil maklum.
8. Jika ada pihak penyumbang ingin menuntut semula Wang disumbang boleh hubungi kami dan memberikan bukti kukuh.
Sekian terima kasih.
Pihak MBCO.
Kredit: Dr Saleha Idris

 
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
The post “Aqil Pergi Dengan Reda Ibu..” Sumbangan RM100k Biayai Rawatan Tak Sempat Guna appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/aqil-pergi-dengan-reda-ibu-sumbangan-rm100k-biayai-rawatan-tak-sempat-guna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Guna Nama Saya Untuk Sekolah Bila Saya Pergi Tun Mahathir

Jangan Guna Nama Saya Untuk Sekolah Bila Saya Pergi Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 295 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu namanya digunakan pada sesuatu tempat atau jalan sebagai legasi jika ditakdirkan beliau pergi selama lamanya Bekas Perdana Menteri itu berkata sekali pun beliau menjangkau usia itu atau kurang Dr Mahathir ...
Hiburan Ibu Jatuh Sakit Achey Sanggup Jual Motosikal Tampung Kos Rawatan

Hiburan Ibu Jatuh Sakit Achey Sanggup Jual Motosikal Tampung Kos Rawatan

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 192 hits
Pelawak dan pelakon Achey diuji sekali lagi apabila ibunya Ngaisah Hassan dilaporkan telah mengalami masalah kesihatan sehingga menyebabkan berat badannya turun mendadak sehingga 20 kilogram Achey yang sebelum ini telah kehilangan bapanya p...
Ebu Ebu Pergi Mana Sebak Dengar Tangisan Anak Tak Jumpa Ibu 2 Bulan Kerana Pjj

Ebu Ebu Pergi Mana Sebak Dengar Tangisan Anak Tak Jumpa Ibu 2 Bulan Kerana Pjj

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 350 hits
Anak kecil dia tak pandai nak menipu Lagi lagi melibatkan perasaan Sedih gembira semua itu lahir dari hati yang tulus Sebab itu ibu bapa boleh tahu perasaan anak melalui wajah mereka Dalam situasi hari ini disebabkan Covid 19 ramai sebenarn...
Keenganan Guna Ivermectin Sebagai Rawatan Ppim Membuat Laporan Polis Terhadap Kkm

Keenganan Guna Ivermectin Sebagai Rawatan Ppim Membuat Laporan Polis Terhadap Kkm

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia membuat laporan polis semalam terhadap Kementerian Kesihatan susulan keengganan menggunakan Ivermectin sebagai rawatan bagi mencegah penularan pandemik COVID 19 Laporan polis itu dibuat kira ki...
Didakwa Salah Guna Dadah Jenis Propofol Agensi Gain Beg Mohon Maaf

Didakwa Salah Guna Dadah Jenis Propofol Agensi Gain Beg Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 208 hits
Kelmarin kecoh apabila seorang idol wanita terkenal dikhabarkan telah disaman selepas didapati menyalahgunakan dadah jenis propofol Awalnya identiti idola itu dirahsiakan namun tak lama kemudian dia didedahkan sebagai Ga in daripada kumpula...
Amah Ugut Majikan Guna Pisau Curi Barang Kemas Dipenjara 6 Bulan

Amah Ugut Majikan Guna Pisau Curi Barang Kemas Dipenjara 6 Bulan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 319 hits
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara terhadap wanita itu berjalan serentak PETALING JAYA Akibat mencuri barang kemas dan mengugut majikannya menggunakan pisau seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara enam bulan dan denda RM3 000 ole...
Share Sampai 34k Resipi Daging Goreng Rangup Guna Stok Tumisan Bawang Holand Ni Memang Padu

Share Sampai 34k Resipi Daging Goreng Rangup Guna Stok Tumisan Bawang Holand Ni Memang Padu

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 436 hits
Kita jarang mempelbagaikan resipi daging goreng Pun begitu resipi daging goreng rangup perkongsian ini mama kena cuba Resipi ringkas menggunakan karemel dari bawang Holand yang dikemudiannya di masukkan ke dalam tumisan daging dan juga nasi...
Aplikasi Muslim Pro Pelbagai Guna Bukan Sekadar Beritahu Waktu Solat

Aplikasi Muslim Pro Pelbagai Guna Bukan Sekadar Beritahu Waktu Solat

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 433 hits
Aplikasi Muslim Pro Pelbagai GunaDalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini perkembangan dunia telefon pintar semakin maju dan canggih Jika diperhatikan semakin ramai pengguna telefon pintar pada masa kini Sememangnya ia s...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi