Keenganan Guna Ivermectin Sebagai Rawatan Ppim Membuat Laporan Polis Terhadap Kkm


 

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis semalam terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) susulan keengganan menggunakan Ivermectin sebagai rawatan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.
Laporan polis itu dibuat kira-kira jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
PPIM dalam satu kenyataan memaklumkan laporan itu dibuat sebagai inisiatif inklusif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam memperjuangkan hak kepenggunaan yang dilihat seakan tiada kompromi daripada pihak atasan dalam mempertimbangkan kaedah dan rawatan alternatif sebagai usaha mencegah penularan COVID-19.
Katanya, keengganan KKM dalam mempertimbangkan keberkesanan penggunaan Ivermectin adalah satu kesalahan jenayah.

"Walaupun KKM sudah mendapat nasihat dan surat daripada doktor pakar di Malaysia mengenai Ivermectin, namun keengganan KKM seakan menjadi persoalan kepada seluruh rakyat.
"Sudah banyak kajian klinikal membuktikan keberkesanan Ivermectin dalam mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 88 peratus dan kemampuannya mengurangkan kadar kematian sebanyak 83 peratus.
"Selain itu sudah banyak juga percubaan prophylaxis menunjukkan pengurangan yang menggalakkan penyebaran virus ini," katanya.
Kenyataan itu turut menjelaskan ketika ini jumlah kematian akibat COVID-19 semakin bertambah setiap hari dan jika lebih lambat, ia sudah pasti membimbangkan banyak pihak.
"Kita seharusnya bersikap terbuka dan menerima pandangan daripada pihak lain selagi ia terbukti berkesan bagi mencegah penularan COVID-19 ini," katanya.
Justeru, PPIM menggesa kerajaan dan pihak KKM bersedia untuk membuat kajian lanjut dan menerima kaedah rawatan penggunaan Ivermectin dengan membangunkan protokol rawatan yang selamat secara menyeluruh.
Katanya, ia terbukti berkesan di beberapa negara yang kini berjaya mengurangkan jumlah kes COVID-19 serta varian baharu.
Awal bulan ini, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital bawah kementerian itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).
Ia digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.
Bagaimanapun belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat COVID-19.
Penggunaan 'off-label' Ivermectin meraih perhatian global berikutan ada beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik.
Bagaimanapun FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah COVID0-19 ke atas manusia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, yang mana pesakit perlu dipantau dengan teliti oleh doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/06/enggan-gunakan-ivermectin-ppim-buat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5740 Ppim Buat Laporan Polis Terhadap Kkm Malakat Tribune 23 06 2021

5740 Ppim Buat Laporan Polis Terhadap Kkm Malakat Tribune 23 06 2021

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 366 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia semalam membuat laporan polis terhadap Kementerian Kesihatan Laporan itu susulan keengganan KKM menggunakan Ivermectin sebagai rawatan bagi mencegah penularan pandemik Covid 19 Laporan polis itu d...
Dua Laporan Polis Telah Dibuat Terhadap Sarawak Report

Dua Laporan Polis Telah Dibuat Terhadap Sarawak Report

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 317 hits
Dua laporan polis telah dibuat terhadap Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report berkait dengan fake news atau berita palsu yang telah mereka sebarkan Sarawak Report telah mengfitnah dan membuat macam macam tuduhan terhadap peguam Lim Chee ...
Laporan Polis Seluruh Negara Terhadap Menteri Derhaka

Laporan Polis Seluruh Negara Terhadap Menteri Derhaka

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 283 hits
LAPORAN POLIS TERHADAP KEDERHAKAAN YB TAKIYUDDIN HASSAN Pemuda Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan akan membuat laporan polis terhadap YB Takiyuddin Hassan Menteri Undang Undang kerana derhaka kepada titah Yang Dipertuan Agong pada ketetapa...
Langgar Sop 3 0 Individu Buat Laporan Polis Terhadap Adun Chini Yb Shahrim Md Zain

Langgar Sop 3 0 Individu Buat Laporan Polis Terhadap Adun Chini Yb Shahrim Md Zain

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 448 hits
PEKAN Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang individu terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Chini Shahrim Md Zain yang didakwa telah melanggar SOP Pertintah Kawalan Pergerakan 3 0 baru baru ini Mohd Kamal Yusof dari Felda Chini 3 membua...
Dulu Masa Ph Kau Cakap Pandai Bila Kau Jadi Hapa Pun Tarak Seluruh Negara Buat Laporan Polis Terhadap Takiyuddin

Dulu Masa Ph Kau Cakap Pandai Bila Kau Jadi Hapa Pun Tarak Seluruh Negara Buat Laporan Polis Terhadap Takiyuddin

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 275 hits
June 19 2021 LAPORAN POLIS TERHADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI18 Jun 2021 Kedah Darul Aman Demi mengangkat martabat sistem demokrasi berparlimen serentak 15 AMANAH kawasan di seluruh negeri Kedah telah mengadakan Laporan Polis terha...
Pemuda Amanah Fail Laporan Polis Terhadap Takiyuddin

Pemuda Amanah Fail Laporan Polis Terhadap Takiyuddin

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 233 hits
Malaysiakini Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin telah memfailkan laporan polis terhadap Menteri Undang undang Takiyuddin Yassin berhubung kenyataannya bahawa kabinet bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Yang di Pertuan Ag...
Peguam Cabar Chegu Bard Buat Laporan Sprm Berhubung Yayasan Aman Dan Jaguar Terhadap Anwar

Peguam Cabar Chegu Bard Buat Laporan Sprm Berhubung Yayasan Aman Dan Jaguar Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 324 hits
WAN FAUDZINApabila Chegu Bard menyalak dalam FB beliau bercerita isu Yayasan Aman dan kereta Jaguar hari ini beliau dicabar oleh peguam untuk beliau buat laporan ke SPRM Paling menarik Saiful Izham juga akan berurusah dengan Chegu Bard yang...
World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru