Aplikasi Muslim Pro Pelbagai Guna Bukan Sekadar Beritahu Waktu Solat


Aplikasi Muslim Pro Pelbagai Guna

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, perkembangan dunia telefon pintar semakin maju dan canggih. Jika diperhatikan, semakin ramai pengguna telefon pintar pada masa kini. Sememangnya ia seperti sudah menjadi satu benda penting yang perlu ada dalam kehidupan seharian. Sudah tentu telefon pintar mempunyai banyak kelebihan dan manfaatnya kepada manusia. Tetapi awas, jangan salah gunanya sehingga masa terbazir begitu sahaja kerananya. Terdapat pelbagai cara untuk kita manfaatkan penggunaan telefon pintar khususnya umat Islam, seperti membaca al-quran pada waktu lapang. Bagi Mai, yang terbaik setakat ini adalah aplikasi Muslim Pro pelbagai guna, bukan sekadar beritahu waktu solat. 


Telefon Mai sendiri sudah lama dipasang aplikasi ini. Daripada pengalaman Mai sendiri menggunakan aplikasi Muslim Pro, waktu solat pada aplikasi ini boleh dikatakan tepat mengikut tempat. Pada telefon Mai, ia menunjukkan waktu solat dirujuk dari JAKIM - Kuala Kangsar, PRK. Jadi, ia dipercayai dan sama seperti azan di masjid berdekatan. Begitu juga dengan arah qiblat yang tepat boleh dikesan menggunakan aplikasi ini. Suara muazzin juga boleh dipilih mengikut kegemaran masing-masing. 


Sebagaimana tajuk entri ini iaitu aplikasi Muslim Pro bukan sekadar memberitahu waktu solat, benar.. terdapat pelbagai ciri-ciri menarik yang lain lagi yang ada pada aplikasi ini. Antaranya seperti Quran, Duas, Halal, Mosques, Hajj & Umrah, Hajj Journey, Calendar, Zakat Calculator, Makkah Live Stream, Inspiration, Tracker dan Tasbih. Kesemuanya memberi manfaat yang besar kepada penggunanya



Selain daripada memberitahu waktu solat, Mai suka aplikasi Muslim Pro kerana kita boleh membaca ayat suci al-quran di mana sahaja dengan telefon pintar. Jika ada masa lapang, ketika menunggu kenderaan awam tiba di tempat menunggu contohnya, elakkan masa pergi begitu sahaja. Buka aplikasi ini dan baca al-quran. Hanya klik imej Quran pada menu bar di bawahnya, kemudian kelihatan Sura (Surah), Juz, Playlist dan My Quran. Untuk membaca mengikut surah, pilih saja surah pilihan masing-masing. Ayat terakhir yang dibaca juga diberitahu di situ, jadi ia memudahkan kita untuk menyambung bacaan seterusnya pada masa lain.  

Pada aplikasi Muslim Pro juga, kita boleh merancang tempoh untuk khatam dengan membuka terus ciri Khatam. Menariknya, kita dapat membentuk kumpulan tadarus. Setiap pencapaian hasil bacaan al-quran juga akan dianugerahkan dengan pelbagai lencana. Aktiviti tadabbur dan tadarus al-quran menjadi lebih efisyen dengan lebih 40 terjemahan yang disediakan mengikut bahasa pilihan sendiri, memudahkan kita untuk memahami setiap ayat. Tajwid juga ada ditandakan dalam ayat dengan beberapa warna supaya kita lebih mengambil perhatian tentangnya

Beralih pula pada ciri kegemaran Mai yang lain, iaitu Duas atau doa. Terdapat lebih daripada 100 doa harian dihimpunkan di sini. Apabila sering melihat ayat dan membaca doa di aplikasi Muslim Pro, secara tidak langsung membuatkan kita mudah hafal sesuatu doa. Jadi, doa-doa yang bagus ini dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Atau jika terlupa mana-mana doa, buka saja aplikasi ini dan baca. Doa-doa ini juga boleh dikongsikan dari aplikasi terus ke pelbagai media sosial



Seterusnya, ciri Halal Food Places. Mai tertarik dengan ciri ini kerana ia memudahkan pengguna untuk mencari restoran atau kedai makan halal berhampiran. Kalau kita berada di tempat orang, sudah tentu kita tidak arif dengan tempat tersebut. Lebih-lebih lagi ketika mencari tempat untuk menjamu selera. Apa yang perlu dibuat adalah, on location kemudian klik pada ikon Halal dalam aplikasi Muslim Pro dan set yang mana perlu seperti Sort by, Price atau Include non-halal certified venues. Untuk lebih mudah, taip sahaja nama tempat pada ruangan carian di situ. Selepas itu akan keluar senarai restoran halal berhampiran. 


Setelah selesai makan, jika sudah masuk waktu solat dan kedengaran azan berkumandang, pasti masjid akan dicari untuk menunaikan solat. Tidak tahu di mana masjid berdekatan? Guna sahaja ciri Mosques pada aplikasi Muslim Pro untuk mencari lokasi masjid. Kemudian akan muncul senarai nama masjid serta jarak dari tempat kita berada. Seterusnya, klik nama masjid dan akan keluar Google Map menunjukkan arah ke masjid tersebut. Mudah bukan



Di samping itu, ilmu berkaitan haji dan umrah jangan pula dilupakan. Pada aplikasi Muslim Pro, terdapat perkongsian ilmu tentangnya dalam ciri Hajj & Umrah dan Hajj Journey. Ilmu asas ini seperti mengingatkan kita kepada pelajaran berkaitan haji dan umrah ketika mempelajarinya di sekolah menengah dahulu. Maksud, sejarah, panduan haji dan umrah secara cara memakai ihram ada dikongsikan dalam ciri Hajj & Umrah. Hajj Journey pula menunjukkan perjalanan haji yang lengkap. Jika terlupa tentang ilmu haji dan umrah, buka sahaja aplikasi ini dan ulang kaji



Ciri-ciri lain seperti Zakat Calculator untuk mengira zakat, 99 Asma Al-husna beserta maksudnya, Inspiration dan lain-lain juga memberi banyak kepentingan kepada kita. Pendek kata, aplikasi Muslim Pro memang berguna dan patut dipasang pada telefon pintar kerana manfaat daripadanya yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Aplikasi ini boleh dimuatturun di Google App Store untuk pengguna Android dan Apple App Store untuk pengguna Iphone

Secara keseluruhan, aplikasi Muslim Pro memberi pelbagai manfaat kepada pengguna khususnya umat Islam. Ingat, ilmu agama jangan diremehkan. Bawa ia ke mana sahaja, tidak mengira masa di mana kita berada




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2021/06/aplikasi-muslim-pro-pelbagai-guna-bukan-sekadar-beritahu-waktu-solat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.co

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayar Bil Air Sarawak Guna Aplikasi Sarawak Pay 2021

Bayar Bil Air Sarawak Guna Aplikasi Sarawak Pay 2021

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 335 hits
Bayar Bil Air Sarawak Tahukah anda bahawa anda boleh membuat pembayaran bil air dengan menggunakan aplikasi Sarawak Pay Secara ringkasnya SarawakPay adalah satu sistem yang mengaplikasikan konsep cashless seperti eWallet dimana anda boleh m...
Puan Maharani Harap Ppkm Darurat Tak Sekadar Kebijakan Di Atas Kertas

Puan Maharani Harap Ppkm Darurat Tak Sekadar Kebijakan Di Atas Kertas

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 265 hits
Ketua DPR RI Puan Maharani meminta masyarakat tidak perlu panik dengan penerapan PPKM Darurat Puan menilai kesuksesan PPKM ditentukan partisipasi masyarakat Ia yakin kondisi dan penanganan Covid 19 akan membaik jika pemerintah konsisten dan...
Tolong Sekadar Manis Dimulut Atau Perbuatan

Tolong Sekadar Manis Dimulut Atau Perbuatan

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 152 hits
TOLONG SEKADAR MANIS DIMULUT ATAU PERBUATAN Assalammualaikum wbt Nanti saya tolong ya Jangan risaulah pertolongan saya siaga bila bila masa diperlukan Tolong Saling mahu membantu Saling tolong menolong Ada banyak jenis perangai orang Banyak...
Kerjasama Ph Umno Bakal Jadi Kenyataan Atau Sekadar Angan Angan

Kerjasama Ph Umno Bakal Jadi Kenyataan Atau Sekadar Angan Angan

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 176 hits
BAHA M ISAPerseteruan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang dipimpin Umno adalah amat jelas sebelum ini Kedua dua gabungan politik itu boleh dianggap sebagai dua musuh tradisi Kemuncaknya pada Pilihan Raya Umum Ke 14 yang berlang...
Trend Ke Guna Retinol Eh Jap Apa Itu Retinol

Trend Ke Guna Retinol Eh Jap Apa Itu Retinol

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 664 hits
K fiezz sekarang ni duk ralit melayan Tik Tok Kadang tak sedar sampai sejam lebih tengok Tik Tok Paling suka tengok video video Tik Tok yang share pasal misteri bangunan tempat penjagaan kulit muka kesihatan kesuburan Sebenarnya banyak lagi...
Jangan Guna Nama Saya Untuk Sekolah Bila Saya Pergi Tun Mahathir

Jangan Guna Nama Saya Untuk Sekolah Bila Saya Pergi Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 259 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu namanya digunakan pada sesuatu tempat atau jalan sebagai legasi jika ditakdirkan beliau pergi selama lamanya Bekas Perdana Menteri itu berkata sekali pun beliau menjangkau usia itu atau kurang Dr Mahathir ...
5715 Suami Tak Guna Bagi Bini Makan Duit Haram Tv Ppim 15 06 2021

5715 Suami Tak Guna Bagi Bini Makan Duit Haram Tv Ppim 15 06 2021

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 261 hits
BONGKAK Suami Nak Kaya Tapi Isteri Merana Bila dah lockdown ni janganlah nak berlagak kaya Ada yang sampai sanggup meminjam dengan AHLONG semata mata nak nampak mewah Tak nak hidup susah rancanglah kewangan anda sebaiknya dan jauhi pinjaman...
Bahaya Apabila Alamat Email Dan No Hp Di Salah Guna

Bahaya Apabila Alamat Email Dan No Hp Di Salah Guna

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum Hi korangHari ni SA nak share malam tadi masa SA nak tido sebelum lelap mata SA saje la check email kat yahoo sekali nampak banyak notifications website dating yang kelakarnya ntah bila plak SA join cuba unsubscribe tak bole...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Duit Dalam Akaun Bank Arwah Hilang Sebelum Tuntutan Pusaka Selesai

Makanan Kucing Terbaik Kenapa Kucing Perlukannya

Al Ikhsan Sports Spend And Win

Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston