Pada waktu ini hanya terdapat lapan rancangan yang boleh distrim oleh pelanggan iaitu The Morning Show, See, For All Mankind, Dickinson, The Elephant Queen, Helpsters, Ghostwriter dan Snoopy in Space. Jumlah kandungan hari pertama adalah amat kecil jika dibandingkan dengan penawaran dari Netflix, iFlix dan Amazon Prime. Malahan The Elephant Queen hanyalah sebuah dokumentari bukannya siri TV.
Apple TV+ boleh digunakan pada iPhone, iPad, iPod Touch, Mac, PC, Apple TV, Roku dan beberapa model televisyen pintar. Pada waktu ini tiada penawaran aplikasi pada peranti Android , Android TV atau konsol permainan video popular. Televisyen pintar yang disokong secara rasmi juga terhad kepada yang dihasilkan oleh Samsung dan LG yang menyokong sistem lontaran AirPlay 2
Kami merasakan Apple seharusnya mewujudkan sebuah tab khusus untuk Apple TV+ sahaja. Oleh itu pelanggan akan dapat terus melompat ke kandungan yang ingin ditonton tanpa perlu menatal beberapa kali bagi mencari kandungan. Ini adalah perlu bagi memudahkan pencarian kandungan di masa hadapan.
Apple TV+ hanya menyokong lontaran (casting) ke peranti yang menyokong AirPlay 2. Tiada sokongan Chromecast yang disokong pada majoriti televisyen pintar. Jumlah televisyen yang menyokong AirPlay 2 pada waktu ini amatlah terhad kepada LG dan Samsung sahaja. Jadi untuk menikmati Apple TV+, anda perlu mengemaskini TV pintar anda atau membeli Apple TV bagi menyokong lontaran kandungan yang ingin ditonton.
Kesemua kandungan siri Apple TV+ ditawarkan dalam resolusi 4K lengkap dengan sokongan HDR Dolby Vision dan audio Dolby Atmos. Sekiranya anda mempunyai TV 4K dan sistem audio yang menyokong kedua-dua format ini anda tidak akan kecewa dengan perkhidmatan Apple. Sungguhpun begitu jumlah kandungan 4K HDR mereka masih lebih kecil berbanding Amazon Prime dan Netflix.
Kesemua kandungan boleh dimuat turun bagi tontonan di luar talian. Sokongan ini diberikan kepada iPhone, iPad, iPod touch, dan Mac sahaja pada waktu ini. Sungguhpun begitu saiz muat turun adalah agak besar. Secara purata saiz satu episod siri TV ialah sekitar 4GB. Anda perlu memastikan terdapat storan yang mencukupi pada peranti. Apple TV+ tidak menawarkan pilihan saiz muat turun seperti pada perkhidmatan penstriman video yang lain.
Apple TV+ amat inklusif kepada pengguna dari golongan OKU pendengaran dan penglihatan. Kesemua kandungan hadir dengan sokongan deskripsi audio dan sari kata dengan closed captioning. Ketika artikel ditulis hanya bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Jepun, Jerman, Portugis, Sepanyol dan Sepanyol Amerika Selatan disokong.
Harga langganan bulanan Apple TV+ ialah RM 19.90 atau RM199.90 selama setahun. Berita baik bagi pengguna tegar produk Apple, anda boleh menerima langganan setahun percuma sekiranya anda membeli produk baharu selepas 1 September. Tetapi jika anda tidak menerima langganan percuma selama setahun berikut ialah harga langganan bulanan perkhidmatan pestriman video pesaing di Malaysia.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |