Segera Guna Tulisan Jawi Atau Berdepan Tindakan Tahun Depan


KUANTAN, 2 Nov (Bernama) — Pemilik premis perniagaan dan papan iklan di Pahang yang belum menggunakan tulisan jawi dinasihatkan segera berbuat demikian memandangkan mereka hanya mempunyai dua bulan sahaja sebelum boleh dikenakan tindakan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abd Rahim Muda berkata mulai 1 Jan depan, kegagalan menggunakan tulisan jawi boleh menyebabkan mereka dikenakan kompaun sehingga RM250 bagi satu kesalahan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.
Katanya, ketetapan menggunakan tulisan jawi yang bersaiz sama seperti tulisan rumi dibuat tahun ini, bertujuan memartabatkan semula tulisan jawi yang semakin terpinggir, namun berdasarkan pemerhatian penggunaannya masih belum meluas kecuali di beberapa lokasi  di Kuantan dan Pekan.
“Ada peniaga yang mengatakan mereka tidak menerima arahan tetapi sebenarnya arahan mengenai perkara ini telah diuar-uarkan menerusi media walaupun mungkin kurang agresif.
“Kita harapkan mereka menggunakan tempoh masa yang masih berbaki ini untuk segera berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sayangi Pantai Kita di Pusat Rekreasi Air Balok di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Datuk Hamdan Hussin.
Pada program itu, seramai 370 sukarelawan terdiri daripada syarikat swasta, institusi kewangan dan pelajar institusi pengajian tinggi di sini mengutip 451.5 kilogram sampah sepanjang tiga kilometer pantai dalam tempoh dua jam.
Sementara itu, Hamdan berkata MPK memperuntukkan RM1.9 juta bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan pantai sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 seperti jalan raya dan tandas.
Peruntukkan itu ialah masing-masing RM500,000  bagi Pantai Cherating, Pantai Chendor dan Pantai Sepat sementara Pantai Batu Hitam dan Pantai Kempadang setiap satu menerima RM200,000.
“Kita sedar bahawa pantai di daerah ini perlu bersaing dengan banyak kawasan pelancongan lain termasuk pantai di Terengganu yang bersempadan dengan Kuantan.
“Apabila kemudahan infrastruktur dibangunkan, kita berharap lebih ramai pelancong akan memilih pantai di Kuantan sebagai lokasi percutian mereka,” katanya. — BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/02/segera-guna-tulisan-jawi-atau-berdepan-tindakan-tahun-depan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikabarkan Jadi Menko Kemaritiman Dan Investasi Ini Target Luhut 5 Tahun Ke Depan

Dikabarkan Jadi Menko Kemaritiman Dan Investasi Ini Target Luhut 5 Tahun Ke Depan

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 225 hits
Luhut Binsar Panjaitan dikabarkan akan menduduki jabatan Menteri Koordinator Kemaritiman dan Investasi Dia menjelaskan Presiden Joko Widodo telah memberi berbagai arahan kepada dirinya
Cuti Hujung Tahun Dah Tiba Jalan Jalan Atau Stay Kat Rumah Je

Cuti Hujung Tahun Dah Tiba Jalan Jalan Atau Stay Kat Rumah Je

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 622 hits
Hi semua Cuaca sejuk dan makin hari makin malas Bukan selalu dapat rasa cuaca sejuk macam ni kan Setiap hujung tahun je kita merasa cuaca macam ni Kasi peluang la saya nak berselimut dan bergolek depan tv macam ulat beluncas Hahah Siapa je ...
Ramal Musim Tengkujuh Hingga Tahun Depan Metmalaysia Minta Orang Ramai Waspada Dengan Banjir

Ramal Musim Tengkujuh Hingga Tahun Depan Metmalaysia Minta Orang Ramai Waspada Dengan Banjir

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 372 hits
Jabatan Meteordologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan musim tengkujuh dijangka akan berlaku bermula pada 24 Oktober 2019 hingga Mac 2020 Lima hingga enam episod hujan lebat juga diramal akal berlaku dalam tempoh berkenaan Hujan lebat f...
Jokowi Minta Menteri Kerja Habis Habisan Lima Tahun Ke Depan

Jokowi Minta Menteri Kerja Habis Habisan Lima Tahun Ke Depan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 254 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowi fokus membangun sumber daya manusia pada periode kedua pemerintahannya Guna mendukung pembangunan tersebut Jokowi meminta para menterinya bekerja secara totalitas
Najib Tak Boleh Lagi Guna Pengiring Polis Untuk Urusan Peribadi Atau Parti

Najib Tak Boleh Lagi Guna Pengiring Polis Untuk Urusan Peribadi Atau Parti

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 472 hits
Pihak polis tidak akan lagi memberi perkhidmatan pengiring trafik bermotosikal kepada bekas perdana menteri Najib Razak Ini menurut surat dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pegawai khas Najib Mohd Shahrir Mohd Aripin Ketika dihubungi ...
Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Ctos Sme Biz Day Brings Digital Gameplan To Johor

Warga Pakistan Rasmi Program Sukan Sekolah

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Memohon Cinta Allah Kekasih Nya Dan Amal Terbaik

Kata Kata Nasihat Hari Jumaat

Man City Bergaya Bedal Juventus

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Jumaat 27 Julai 2025 1 Muharam 1447

Pengkhianat Sabah Hukuman Buang Kerakyatan Mungkin Setimpal