Apmm Patuh Rules Sebelum Lepas Tembakan Terhadap Nelayan Vietnam


PUTRAJAYA – Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mematuhi ‘Rules of Engagement’ penggunaan senjata api sebelum melepaskan tembakan ke arah bot nelayan Vietnam dalam kejadian kira-kira 180 kilometer dari Muara Tok Bali, Kelantan, semalam, kata Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.
Beliau berkata, ini termasuk melepaskan tembakan amaran ke udara dalam usaha mempertahankan diri, nyawa dan aset kerajaan selepas bot nelayan berkenaan bertindak lebih agresif dengan merempuh Bot Penyelamat 7.
Malah, katanya, siasatan ke atas bot nelayan Vietnam itu turut menemukan beberapa senjata berbahaya yang disimpan bersama sejumlah bungkusan plastik bom diesel di dalam beberapa kotak penyimpanan ikan menunjukkan seolah-olah mereka telah membuat persiapan awal untuk melakukan tindakan ofensif apabila ditahan oleh agensi penguat kuasa Malaysia.
“Saya mengesahkan kejadian berlaku di luar Laut Wilayah (melepasi 12 batu nautika daripada garis pangkal) tetapi masih berada di dalam Zon Maritim Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan mengulas insiden berkenaan.
Beliau mengulas tindakan APMM Kelantan terpaksa melepaskan tembakan ke arah satu daripada dua bot nelayan Vietnam menceroboh perairan negara selepas pasukan keselamatan dibaling bom diesel serta dilanggar oleh bot asing itu yang meragut nyawa seorang nelayan Vietnam kira-kira 11.40 malam tadi.
Mengulas lanjut, Mohd Zubil berkata, dalam kejadian itu nelayan berkenaan menyerang dengan membaling bom diesel dan senjata keras seperti batang besi, bongkah kayu besar dan spanar terhadap Bot Penyelamat 7 yang mengancam nyawa penguat kuasa dan harta kerajaan.
ARTIKEL BERKAITAN Bot APMM dirempuh, dilempar bom oleh nelayan asing
Bot nelayan terbabit bertindak lebih agresif apabila merempuh Bot Penyelamat 7 mengakibatkan bahagian hadapan kanan bot berkenaan remuk, selain badan dan tingkap cermin bot pecah akibat dilempar dengan beberapa senjata tajam.
Mohd Zubil berkata, APMM akan menggunakan kuasanya yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7 (3) Akta APMM 2004, untuk menyiasat kejadian menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh kepada penguat kuasa dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Bagi isu pencerobohan bot nelayan asing pula, Mohd Zubil berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 serta Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/1963.
“Siasatan telus akan dilakukan sewajarnya ke atas kejadian ini dan APMM akan terus melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengawal perairan negara daripada dicerobohi nelayan asing.
“APMM mengambil perhatian serius akan tindakan ganas dan melampau nelayan-nelayan Vietnam yang boleh memudaratkan nyawa penguat kuasa dan harta kerajaan Malaysia,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Zubil berkata, menerusi Ops Kuda Laut sejak 24 Jun lepas, sebanyak 43 bot asing telah ditahan dengan jumlah kru nelayan Vietnam yang ditangkap adalah 487 orang. – Bernama
The post APMM patuh ‘rules’ sebelum lepas tembakan terhadap nelayan Vietnam appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/18/apmm-patuh-rules-sebelum-lepas-tembakan-terhadap-nelayan-vietnam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nelayan Vietnam Ceroboh Lakukan Provokasi Maut Terkena Tembakan Anggota Apmm

Nelayan Vietnam Ceroboh Lakukan Provokasi Maut Terkena Tembakan Anggota Apmm

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 329 hits
Nelayan Vietnam ceroboh lakukan provokasi maut terkena tembakan anggota APMMSeorang nelayan warga Vietnam maut terkena tembakan dari anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata keja...
Nelayan Vietnam Tenggelamkan Bot Demi Elak Ditahan Kata Apmm

Nelayan Vietnam Tenggelamkan Bot Demi Elak Ditahan Kata Apmm

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 627 hits
Dua daripada 8 bot nelayan Vietnam yang dirampas APMM menerusi Op Kuda Laut di Pengkalan Maritim Kemaman semalam CHUKAI Nelayan Vietnam sanggup menenggelamkan bot mereka bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selepas d...
Apmm Tahan 3 Kapal Bekal Minyak Kepada Nelayan Asing

Apmm Tahan 3 Kapal Bekal Minyak Kepada Nelayan Asing

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 243 hits
Jalan aktiviti tangkap ikan secara haram di perairan Malaysia CHUKAI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu menahan tiga kapal tangki minyak dipercayai menjadi feeder kepada bot bot nelayan asing Vietnam di Laut China Selatan ber...
Situasi Laut China Selatan Menegangkan Malaysia Tembak Mati Nelayan Vietnam

Situasi Laut China Selatan Menegangkan Malaysia Tembak Mati Nelayan Vietnam

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 352 hits
Situasi di kawasan Laut China Selatan tegang setelah aparat maritim Malaysia menembak mati seorang nelayan Vietnam pada Minggu malam Hanoi menuntut jawaban dari Kuala Lumpur atas insiden itu Pihak Kuala Lumpur mengklaim insiden penembakan t...
Sebelum Mandi Lepas Bersalin Kena Tahu Beberapa Perkara Penting Ni Dulu

Sebelum Mandi Lepas Bersalin Kena Tahu Beberapa Perkara Penting Ni Dulu

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 483 hits
Selesai proses kelahiran anak pastinya ibu ibu mahukan keselesaan Tetapi boleh ke mandi selepas bersalin Penjagaan ibu selepas melahirkan anak Sesudah selesai proses melahirkan anak pastinya para ibu mahu berasa selesa Apatah lagi ibu ibu p...
Kadar Kompaun Yang Dikenakan Terhadap Khairuddin Adalah Had Maksimum Berasingan Daripada Siasatan Pdrm

Kadar Kompaun Yang Dikenakan Terhadap Khairuddin Adalah Had Maksimum Berasingan Daripada Siasatan Pdrm

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 357 hits
Ramai yang tidak berpuas hati dengan kadar kompaun yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didapati melanggar perintah kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari luar n...
Sugu Pavithra Nak Tarik Balik Laporan Terhadap Suami Tapi Mengejutkan Bila Mahkamah Ada Minta Sesuatu Ini

Sugu Pavithra Nak Tarik Balik Laporan Terhadap Suami Tapi Mengejutkan Bila Mahkamah Ada Minta Sesuatu Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 367 hits
Hampir sebulan yang lalu kisah membabitkan suami S Pavithra di tahn poIis selepas berlaku perbalahan di tempat letak kereta Hospital Raja Bainun Ipoh menarik perhatian ramai M Sugu dikatakan berada dalam keadaan tidak sedar kerana minum ket...
Pdrm Nafi Dakwaan Terhadap Dcp Mior Faridalathrash

Pdrm Nafi Dakwaan Terhadap Dcp Mior Faridalathrash

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 288 hits
522 total views 499 views today KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menafikan dakwaan Timbalan Pengarah JSJ DCP Mior Faridalathrash Wahid adalah bapa saudara kepada Pengerusi PKR Farhash Wafa Salvavador Pengarah JSJ Bukit Aman ...
Polis Sudah Membuka Kertas Siasatan Kes Terhadap Menteri Langgar Kuarantin Wajib

Polis Sudah Membuka Kertas Siasatan Kes Terhadap Menteri Langgar Kuarantin Wajib

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Bukit Aman sudah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lepas Tim...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


The Helical Pearl House By A3 Projects In Ipoh Malaysia

Cops Tracking Down Duo Involved In Pasir Mas Shooting

Issue Warning Not Rm250 000 Fine For First Time No Palm Oil Label Offences Urges Mydin Boss

There Are Many Types Of Indians

Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit