Nelayan Vietnam Ceroboh Lakukan Provokasi Maut Terkena Tembakan Anggota Apmm


Nelayan Vietnam ceroboh & lakukan provokasi, maut terkena tembakan anggota APMM



Seorang nelayan warga Vietnam maut terkena tembakan dari anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan.  Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11.40 malam tadi di 81 batu nautika dari perairan Tok Bali, Pasir Puteh. 
Difahamkan pada ketika itu, anggota APMM sedang melakukan rondaan (Op Kuda Laut) dan telah menahan sebuah bot nelayan asing warga Vietnam yang didapati menceroboh perairan negara. 
Ketika ditahan, berlaku provokasi menyebabkan anggota APPM telah melepaskan tembakan dan terkena badan mangsa yang berusia 30-an terbabit. 
Mayat nelayan Vietnam itu kemudian dibawa ke darat dan akan dibedah siasat di Hospital Tengku Anis, hari ini, manakala baki 12 nelayan asing yang berada di bot berkenaan dibawa ke darat untuk siasatan lanjut. 
Menurut Shafien, tembakan yang dilepaskan oleh anggota APMM berkenaan adalah ketika bertugas dan mempunyai peruntukkan undang-undangnya tersendiri. 
Polis sedang menunggu maklumat lengkap berkaitan kes tersebut dari APMM Kelantan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan. 
Sementara itu, APMM Kelantan menegaskan insiden itu berlaku berikutan pasukan keselamatan dibaling bom diesel dan dilanggar oleh bot asing berkenaan. 
Pengarah APMM Kelantan, Kapten Maritim, Muhd Nor Syam Asmawie Yaacob berkata, anggota terbabit terpaksa melepaskan tembakan ke arah satu daripada dua bot nelayan Vietnam yang juga turut membaling getah yang dibakar ke arah bot APMM bagi tujuan membakar bot pihak berkuasa.
"Walaupun pihak APMM telah melepaskan tembakan amaran ke udara, nelayan asing terbabit enggan menyerah diri. Sebaliknya bertindak lebih agresif dengan merempuh bot APMM, mengakibatkan seorang anggota melepaskan tembakan ke arah bot bagi mempertahankan diri," katanya. 
Sebelum kejadian itu, pemantauan radar pihak berkuasa negara mengesan kemasukan dua bot asing itu yang membawa 19 nelayan termasuk tekong untuk menangkap ikan secara haram di perairan negara pada jam 3.30 petang semalam. 
Sepasukan anggota APMM kemudian dihantar bagi mengekori dan menahan dua bot terbabit. Tembakan dilepaskan dan nelayan asing berkenaan menyerah diri. Bot serta hasil tangkapan bernilai kira-kira RM2 juta dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim di Tok Bali untuk disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM6 juta ke atas tekong dan RM600,000 bagi awak-awak. 
Selain itu, mereka juga boleh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 yang membawa kepada denda RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya serta boleh dikenakan sebatan sehingga enam sebatan. 
Kes itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan menghalang tugas penjawat awam. 
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2020/08/nelayan-vietnam-ceroboh-lakukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apmm Patuh Rules Sebelum Lepas Tembakan Terhadap Nelayan Vietnam

Apmm Patuh Rules Sebelum Lepas Tembakan Terhadap Nelayan Vietnam

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 437 hits
PUTRAJAYA Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah mematuhi Rules of Engagement penggunaan senjata api sebelum melepaskan tembakan ke arah bot nelayan Vietnam dalam kejadian kira kira 180 kilometer dari Muara Tok Bali Kelantan s...
Nelayan Vietnam Tenggelamkan Bot Demi Elak Ditahan Kata Apmm

Nelayan Vietnam Tenggelamkan Bot Demi Elak Ditahan Kata Apmm

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 743 hits
Dua daripada 8 bot nelayan Vietnam yang dirampas APMM menerusi Op Kuda Laut di Pengkalan Maritim Kemaman semalam CHUKAI Nelayan Vietnam sanggup menenggelamkan bot mereka bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selepas d...
Apmm Tahan 3 Kapal Bekal Minyak Kepada Nelayan Asing

Apmm Tahan 3 Kapal Bekal Minyak Kepada Nelayan Asing

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 299 hits
Jalan aktiviti tangkap ikan secara haram di perairan Malaysia CHUKAI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu menahan tiga kapal tangki minyak dipercayai menjadi feeder kepada bot bot nelayan asing Vietnam di Laut China Selatan ber...
Lelaki Australia Maut Dirempuh Ikan Seberat 18 Kilogram Yang Terbang Terkena Bahagian Dadanya Ketika Memancing

Lelaki Australia Maut Dirempuh Ikan Seberat 18 Kilogram Yang Terbang Terkena Bahagian Dadanya Ketika Memancing

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 234 hits
Seorang lelaki dari Darwin Australia meninggal dunia mengejut selepas dirempuh ikan yang terbang semasa dia sedang memancing bersama ahli keluarga dan rakan rakan Lelaki itu yang juga seorang nelayan terkena rempuhan ikan seberat 18 kilogra...
Terkena Renjatan Pemanas Air Pemain Gitar Eddy Malmsteen Kakak Maut

Terkena Renjatan Pemanas Air Pemain Gitar Eddy Malmsteen Kakak Maut

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 702 hits
484 total views 71 views today KUALA LUMPUR Gitaris profesional Eddy Wan Othman meninggal dunia tengah malam tadi disebabkan terkena renjatan elektrik Berita mendukacitakan itu dimaklumkan oleh abangnya Wan Razmie Wan Othman menerusi Facebo...
7 Militan Maut 3 Anggota Keselamatan Cedera Dalam 2 Pertempuran Di Pattani

7 Militan Maut 3 Anggota Keselamatan Cedera Dalam 2 Pertempuran Di Pattani

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 369 hits
7 militan maut 3 anggota keselamatan cedera dalam 2 pertempuran di Pattani Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 17
Situasi Laut China Selatan Menegangkan Malaysia Tembak Mati Nelayan Vietnam

Situasi Laut China Selatan Menegangkan Malaysia Tembak Mati Nelayan Vietnam

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 417 hits
Situasi di kawasan Laut China Selatan tegang setelah aparat maritim Malaysia menembak mati seorang nelayan Vietnam pada Minggu malam Hanoi menuntut jawaban dari Kuala Lumpur atas insiden itu Pihak Kuala Lumpur mengklaim insiden penembakan t...
Kalah Duel Dengan Istri Suami Tewas Terkapar Terkena Pisaunya Sendiri Yang Direbut Istri

Kalah Duel Dengan Istri Suami Tewas Terkapar Terkena Pisaunya Sendiri Yang Direbut Istri

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 300 hits
Seorang suami tewas terkapar setelah berduel dengan istrinya Korban yang semula memegang pisau pun kalah ditangan istri sirinya Tak hanya itu Hendra Supenda pun tewas setelah kalah berduel dengan istrinya berinisial RK Peristiwa ini terjadi...
Adakah Sah Solat Jika Pakaian Terkena Darah Nyamuk

Adakah Sah Solat Jika Pakaian Terkena Darah Nyamuk

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 700 hits
Selepas selesai menunaikan solat saya baru perasan nampak ada darah nyamuk pada baju Soalan saya adakah sah solat saya dan kena ulang semula solat itu Adakah Sah Solat Jika Pakaian Terkena Darah Nyamuk Credit Pic JAWAPAN Seorang yang selesa...
Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Simpan Emas 1 Gram Sebulan Tanpa Ganggu Kewangan

Tips Keluarga Bahagia Yang Mudah Diamalkan

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Pilihan Dengan Harga Berbaloi

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Ramadan Ni Karipap Antara Kuih Favorite Mak Mak Untuk Berbuka

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai