Sebelum Mandi Lepas Bersalin Kena Tahu Beberapa Perkara Penting Ni Dulu


Selesai proses kelahiran anak, pastinya ibu-ibu mahukan keselesaan. Tetapi boleh ke mandi selepas bersalin?
Penjagaan ibu selepas melahirkan anak Sesudah selesai proses melahirkan anak, pastinya para ibu mahu berasa selesa. Apatah lagi ibu-ibu perlu berdepan dengan darah dan cecair yang keluar semasa dan selepas bersalin.
Pastinya mandi boleh memberikan keselesaan yang ibu inginkan, tetapi adakah dibenarkan mandi selepas bersalin?
Atau terdapat tempoh tertentu yang perlu ditunggu sebelum boleh untuk ibu-ibu membersihkan diri dan mandi?
Bolehkah mandi selepas bersalin? Proses kelahiran secara normal pastinya keadaan yang boleh mewujudkan tekanan dan ketengangan pada faraj, bahkan boleh akibtakan koyakan.
Manakala kaedah melahirkan anak yang lain seperti pembedahan C-section akan menyebabkan luka atau jahitan yang memerlukan ia untuk sembuh dengan sebaiknya.
Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor akan menyarankan untuk ibu-ibu mandi setelah prosedur bersalin kerana ia melibatkan aspek penjagaan ibu selepas bersalin. Kenapa pula?
Ini disebabkan ia turut membantu mendorong badan untuk memulakan proses pemulihan dan penyembuhan dengan segera.
Mandi secara biasa jarang mencetuskan bahaya. Tetapi mandi menggunakan tab mandi adalah sesuatu yang amat perlu dihindari kerana ia meningkatkan risiko jangkitan bakteria.
Bila waktu sesuai mandi selepas bersalin? Bagi ibu yang melalui proseskelahiran normal atau melalui faraj, anda akan disarankan doktor untuk mandi apabila ada masa untuk anda mandi.
Walau bagaimanapun, mandi menggunakan tab masih perlu dielakkan.
Namun, keadaan ini berbeza sedikit jika area perineum perlu dijahit selepas anda selesai melahirkan anak.

Situasi yang sama turut melibatkan wanita yang melalui proses C-section
Keadaan ini berikutan jahitan serta luka pada badan masih belum sembuh sepenuhnya dan doktor tidak mahu mendedahkan ia kepada risiko jangkitan.
Disebabkan itu, anda mungkin perlu mengelakkan diri daripada untuk tempoh selama 4 hingga 6 minggu.
Manfaat mandi selepas bersalin Mandi secara umumnya dapat memberikan kesegaran kepada badan.
Tetapi manfaat mandi selepas bersalin dalam aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak turut melibatkan faktor emosi dan fizikal.
Dapat mandi dengan sempurna memberikan ibu rasa bersih, mengembalikan kesegaran dan lebih bertenaga untuk menjaga anak Mandi pancuran air suam pastinya dapat membantu merangsang peredaran darah di dalam badan Kesakitan dan ketidakselesaan pada faraj sewaktu proses melahirkan anak secara normal dapat diredakan dengan mandi Keletihan dan kesakitan kesan mengandung dapat dikurangkan dengan mandi Bagi kes tertentu, doktor akan menyarankan ibu untuk mandi bagi membersihkan jahitan dengan betul dan menghindari elemen luar yang boleh mengakibatkan jangkitan Bersihkan badan khususnya payudara adalah penting kerana bayi akan menyusu Wanita yang mengalami pembengkakan payudara mendapati mandi air suam dapat mengurangkan kesakitan Mandi: Aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak Untuk pertama kalinya mandi setelah selesai proses kelahiran, pastinya anda perlu berhati-hati. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kecederaan fizikal dan juga jangkitan.
Anda bukan sahaja perlu menjaga diri demi diri sendiri tetapi ia juga adalah untuk kesejahteraan bayi.
Sebaiknya pastikan tempat mandi adalah bersih dan gunakan air dengan suhu yang sesuai, elakkan terlalu sejuk atau terlalu panas.
Anda disyorkan untuk tidak menggunakan sebarang sabun atau bahan dengan pewangi kerana ia boleh memberikan tindak balas kepada kulit atau luka jahitan.
Setelah selesai mandi, pastikan anda mengeringkan badan sebaiknya dan lebih berhati-hati terutamanya pada bahagian jahitan. Ini untuk mengelakkan sebarang kelembapan padanya.
Langkah penjagaan untuk mandi Sebelum mandi, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan bagi menghindari wujudnya sebarang masalah, seperti:
Jangan buat keputusan mandi sendiri. Pastikan anda mendapat persetujuan daripada doktor terlebih dahulu Jika anda sudah mengalami jangkitan pada luka atau sebarang penyakit lain, disarankan untuk menghindari daripada mandi Ketika mandi, pastikan suhu air adalah bersesuaian. Suhu yang berlebihan boleh menyebabkan anda pening. Ini berikutan anda telah kehilangan banyak darah semasa prosedur bersalin. Pastikan anda boleh berdiri dan mandi dengan sebaiknya, jika tidak mungkin anda perlu elakkan daripada mandi Penggunaan tandas duduk atau kerusi semasa mandi bagi wanita yang bersalin C-Sec mungkin pilihan terbaik Mandi apabila selesai bersalin mungkin akan menyebabkan keluarnya keputihan. Ini adalah normal dan tidak perlu dirisaukan Penting untuk pastikan anda telah mengeringkan kulit dengan sebaiknya bagi mengelakkan kelembapan pada jahitan bersalin Utamakan kesihatan Mandi selepas bersalin pastinya dapat memberikan keselesaan dan kesegaran.
Malahan pasti ada ibu yang membayangkan untuk mandi dan berendam di dalam tab mandian, bukan?
Walaupun boleh memberikan ketenangan tetapi ia bukan pilihan yang baik terutamanya dalam aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak. Jadi kena elakkan ya, ibu-ibu?
Keutamaan anda kini adalah untuk memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri dan bayi.
Pastikan anda mendapat persetujuan daripada doktor sebelum anda membuat keputusan mandi setelah selesai prosedur kelahiran.
Sumber: Hello Doktor
The post Sebelum Mandi Lepas Bersalin Kena Tahu Beberapa Perkara Penting Ni Dulu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sebelum-mandi-lepas-bersalin-kena-tahu-beberapa-perkara-penting-ni-dulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Perkara Penting Kenyataan Akhbar Ismail Sabri 11 Ogos 2020

Lima Perkara Penting Kenyataan Akhbar Ismail Sabri 11 Ogos 2020

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia telah menahan 230 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan seramai 13 individu direman manakala 215 individu pula dikenakan kompaun atas beberapa kesalahan Berikut merupakan li...
10 Perkara Wajib Semak Dan Betulkan Sebelum Nak Mulakan Idea Bisnes Kecil Anda 1 Tahap Desakan

10 Perkara Wajib Semak Dan Betulkan Sebelum Nak Mulakan Idea Bisnes Kecil Anda 1 Tahap Desakan

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 332 hits
Panduan 10 perkara wajib anda semak ini dah banyak kali saya ulang kongsikan dalam blog hidupringkas com ini Saya tulis dalam berbagai pendekatan supaya anda yang berkunjung ke blog ini dapat The post appeared first on
Perkara Perkara Penting Bulan Ogos

Perkara Perkara Penting Bulan Ogos

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 533 hits
Kejap je dah masuk bulan 8 yang disebut bulan Ogos Ya semua orang tahu bulan ogos Sajalah nak ingatkan yang kita dah masuk bulan Ogos dah Rasa macam kejap betul bulan Julai berlalu Rasa macam baru je update entry untuk permulaan Julai harit...
Lepas Bersalin Terus Susukan Anak Susu Kolostrum Ibu Nampak Sedikit Tapi Cukup Buat Bayi Baru Lahir

Lepas Bersalin Terus Susukan Anak Susu Kolostrum Ibu Nampak Sedikit Tapi Cukup Buat Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 401 hits
Ibu ibu yang baru melahirkan memang digalakkan untuk membuat penyusuan eksklusif kepada bayi sekurang kurangnya selama 6 bulan pertama Jika boleh diteruskan sehingga usia anak anak 2 tahun itu merupakan satu bonus yang bukan sahaja baik unt...
Mn Umum Perkara Penting Pada 15 Ogos

Mn Umum Perkara Penting Pada 15 Ogos

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 263 hits
Oleh Aziz Hambali MARANG 8 Ogos Muafakat Nasional dijangka akan membuat pengumuman besar pada hari ulang tahun penubuhan gabungan itu 15 Ogos nanti Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara tersebut sudah disepakati
Walau Dah Ada 4 Anak Sari Yanti Tetap Cantik Amp Makin Berseri Lepas Bersalin

Walau Dah Ada 4 Anak Sari Yanti Tetap Cantik Amp Makin Berseri Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 532 hits
Nampaknya selepas bersalin anak keempatnya pada 6 Jun lalu penampilan Sari Yanti makin cantik dan berseri seri Ketika di hujung kehamilannya tempoh hari nampak juga pertambahan berat badannya tapi selepas bersalin tanpa tunggu masa yang lam...
Perkara Perlu Tahu Sebelum Membeli Landas Atau Alas Pemotong

Perkara Perlu Tahu Sebelum Membeli Landas Atau Alas Pemotong

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 235 hits
Keperluan papan pemotong atau landas di dapur merupakan peralatan dapur yang sangat penting Meskipun fungsinya hanya sebagai alas untuk memotong bahan makanan ternyata memilih landas yang tepat perlu dilakukan berhati hati Bagaimanakah memi...
Biarlah Saya Sihat Dulu Sebelum Fikir Soal Rumah Tangga Zamani

Biarlah Saya Sihat Dulu Sebelum Fikir Soal Rumah Tangga Zamani

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 666 hits
Penyanyi legend Zamani mahu memulihkan penyakit Skoliosis iaitu tulang belakang melengkung yang dialami terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kahwin Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata dia ingin segalanya berjalan dengan ba...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew