Apmm Tahan 3 Kapal Bekal Minyak Kepada Nelayan Asing


azrulhakimie Jalan aktiviti tangkap ikan secara haram di perairan Malaysia CHUKAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tiga kapal tangki minyak dipercayai menjadi ‘feeder’ kepada bot-bot nelayan asing Vietnam di Laut China Selatan, bersama rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM7.5 juta.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemua kapal berkenaan ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Langkawi yang berpangkalan di Maritim Negeri Pahang pada jarak 124 hingga 130 batu nautika dari Kuala Kemaman, Khamis lepas ketika melaksanakan Op Kuda Laut.
Katanya, turut ditahan 33 kru warga asing termasuk tekong berumur 19 hingga 56 tahun dan lapan daripada mereka merupakan warga Thailand manakala selebihnya warga Kemboja.
“APMM sebelum ini menerima maklumat terdapat kapal-kapal yang melalui perairan Terengganu bertindak sebagai kapal induk yang membekalkan minyak kepada bot-bot nelayan asing Vietnam yang menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram dalam Zon Perairan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kapal pertama didaftarkan di Thailand dan dikendalikan 15 kru warga Thailand dan Kemboja.
Tambahnya, kapal kedua pula yang berdaftar di Mongolia dikendalikan oleh sembilan kru warga Thailand dan Kemboja serta membawa diesel dianggarkan berjumlah 500,000 liter.
“Turut dijumpai dan dirampas di atas kapal kedua ini ialah buku log atau dokumen transaksi jualan diesel kepada bot nelayan asing Vietnam.
“Kapal ketiga pula tidak mempunyai nama dan nombor pendaftaran tetapi dipercayai didaftarkan di Thailand. Ia dikendalikan oleh dua kru warga Thailand dan tujuh kru warga Kemboja yang membawa kira-kira 3,000 liter diesel. Turut dijumpai di kapal ini sejumlah mata wang Malaysia RM700 dan 9,500 Baht,” katanya.
Menurut Muhammad Suffi, kesemua kapal dan mereka yang ditahan telah dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 361(1) Ordinan Perkapalan Saudagar (MS0) 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM200,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/apmm-tahan-3-kapal-bekal-minyak-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nelayan Vietnam Tenggelamkan Bot Demi Elak Ditahan Kata Apmm

Nelayan Vietnam Tenggelamkan Bot Demi Elak Ditahan Kata Apmm

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 782 hits
Dua daripada 8 bot nelayan Vietnam yang dirampas APMM menerusi Op Kuda Laut di Pengkalan Maritim Kemaman semalam CHUKAI Nelayan Vietnam sanggup menenggelamkan bot mereka bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selepas d...
Satu Nelayan Di Asahan Tewas Usai Kapal Motor Digulung Ombak

Satu Nelayan Di Asahan Tewas Usai Kapal Motor Digulung Ombak

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 316 hits
Korban meninggal dunia diketahui bernama Rizal warga Dusun XI Silo Baru Air Joman Asahan
Nelayan Vietnam Ceroboh Lakukan Provokasi Maut Terkena Tembakan Anggota Apmm

Nelayan Vietnam Ceroboh Lakukan Provokasi Maut Terkena Tembakan Anggota Apmm

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 401 hits
Nelayan Vietnam ceroboh lakukan provokasi maut terkena tembakan anggota APMMSeorang nelayan warga Vietnam maut terkena tembakan dari anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata keja...
Apmm Patuh Rules Sebelum Lepas Tembakan Terhadap Nelayan Vietnam

Apmm Patuh Rules Sebelum Lepas Tembakan Terhadap Nelayan Vietnam

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 472 hits
PUTRAJAYA Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah mematuhi Rules of Engagement penggunaan senjata api sebelum melepaskan tembakan ke arah bot nelayan Vietnam dalam kejadian kira kira 180 kilometer dari Muara Tok Bali Kelantan s...
Minyak Bidara Khalifah Bantu Rawat Gangguan Makhluk Halus Sihir

Minyak Bidara Khalifah Bantu Rawat Gangguan Makhluk Halus Sihir

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 358 hits
Sebagaimana telah disebutkan dalam Al Quran dan hadis tentang pohon bidara kajian kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini terbukti banyak kebaikan dan penawar di dalam daun buah biji kulit sehingga...
Bersenjatakan Tombak Penduduk Asli Peru Serang Permukiman Karyawan Perusahaan Minyak Kanada

Bersenjatakan Tombak Penduduk Asli Peru Serang Permukiman Karyawan Perusahaan Minyak Kanada

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 619 hits
Marah akibat pandemik Covid 19 yang semakin menjadi serta frustasi akibat tumpahan minyak yang merusak tanah mereka penduduk asli Peru dengan bersenjatakan tombak menyerang sebuah permukiman pekerja minyak di pedalaman Amazon Sabtu tengah m...
Harga Minyak Sekitar As 40 Masih Terlalu Rendah

Harga Minyak Sekitar As 40 Masih Terlalu Rendah

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 294 hits
Sebilangan besar ibu negara minyak mengalami situasi yang sukar dan musim panas ini dapat melihat masa depan mereka Sejujurnya OPEC menghidupkan semula minyak setelah turun secara bersejarah pada suku pertama tetapi harga sekitar AS 40 masi...
4 Konglomerat Uni Emirat Arab Yang Bak Raja Dari Negeri Dongeng Tak Semuanya Juragan Minyak

4 Konglomerat Uni Emirat Arab Yang Bak Raja Dari Negeri Dongeng Tak Semuanya Juragan Minyak

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 300 hits
Ternyata banyak pengusaha di Uni Emirat Arab yang juga kaya raya tapi bukan juragan minyak
Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Bihun Goreng Kampung

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak Asean Pm Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kompilasi Lagu Patriotik Malaysia Perpaduan Patriotisme

Empat Lelaki Bangladesh Dicekup Emas Rm160 000 Dirampas

Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

Sultan Ibrahim Harap Lawatan Ke Kazan Perkukuh Hubungan Dengan Tatarstan

Upiak Isil Sado Maha Chord

Budget 2026 To Be Tabled In Parliament On Oct 10 Mof