Aplikasi Manhajj Penyelesaian Ibadah Umrah Dan Pelancaran Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Hi Korang,
Kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran Aplikasi Manhajj dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua baru-baru ini di IDCC Shah Alam.
Wah nampak macam kecil je event ni tapi bila kak lily sampai mak oi ramai betul VVIP yang turut hadir sekali bagi memeriahkan majlis pelancaran ini. 
Program  realiti televisyen pencarian  mutawiff, Manhajj Mutawwif kembali lagi untuk musim  kedua  dengan  menampilkan elemen segar dan  pembaharuan. 
Penerbitnya,  Abd   Halim  Ikhsan    berkata,   musim   terbaharu   ini   lebih   menarik kerana akan  melibatkan  pertandingan di  kalangan empat buah  negara iaitu  iaitu Malaysia,  Indonesia, Brunei  dan Singapura. 
Beliau   menjelaskan,   para   peserta   akan   mengharungi   cabaran   dan   tugasan sebelum  dinobatkan  sebagai  Mutawwif Terunggul  Manhajj  Mutawwif Nusantara. "Untuk musim  kedua, program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman  serta  panel juri  yang  berkaliber dan berwibawa. 
"Antara  elemen   baharu   lain  diperkenalkan  adalah  'Sketch  Artis'  yang   terdiri daripada   barisan   pelawak   terkenal   tanah    air   dalam   usaha   menarik   minat penonton  bagi memberi  ilmu  pengetahuan  kepada  mereka. "Seperti musim  lalu,  para  peserta  akan  bersaing  dalam  lapan  konsert termasuk final dengan tugasan  yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya,"  katanya. 
Abd Halim  menambah,  program yang  berunsur dakwah  itu terus  komited  untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat. 
"Mutawwif merupakan  satu  pekerjaan  yang  mulia  di sisi  Islam  di  mana  mereka bertindak  sebagai   pemimpin   umat  Islam  ketika   mengerjakan   ibadah   haji  dan umrah. "Tapi  sayangnya  peranan  dan  pengetahuan  masyarakat terhadap  pekerjaan  ini masih   kurang.   Harapan   saya   melalui   rancangan   ini   mutawwif  akan   lebih dikenali," katanya. 
Program  selama satu  jam  setengah  itu  akan  mula  ditayangkan  pada 25 Januari 2019. 

Manhajj    musim    pertama    yang    bersiaran    bermula    Mac   hingga    Mei    lalu menobatkan Ahmad  Syafik Samat sebagai juara yang  berjaya membawa  pulang wang tunai  RM100,000  dan juga  trofi.
Naib juara  menjadi  milik Muhammad  Syafiq Abdul  Rashid  (RMS0,000 dan trofi), tempat  ketiga   dimenangi   Wan  Mohd.  Taufik  Wan  Marzuki   (RM30,000)    dan tempat keempat adalah  Muhammad  Mustakim  Abd. Rahim  (RM10,000  dan trofi). 
Untuk sorotan musim pertama dan musim kedua (akan datang) rancangan Manhajj Mutawwif boleh layari sesawang ini https://manhajjmutawwif.com/
Aplikasi  Manhajj  penyelesaian  ibadah  umrah 
Manhajj  Brothers Sdn  Bhd  (Manhajj Mutawwif) memperkenalkan Aplikasi Manhajj yang merupakan kemudahan dan bimbingan secara   dekat   kepada   umat   Islam   di   negara   ini   dalam   permasalahan   ibadah umrah. 
Ketua   Pegawai   Eksekutifnya,   Abd   Halim   Ikhsan    berkata,   aplikasi   tersebut berperanan  sebagai  satu  pendekatan  baharu  dan  canggih  dalam  perancangan ibadah  umrah  termasuk  pengurusan  pendaftaran,  pembayaran  dan  semakan selain  memastikan  pengguna  menerima  layanan  yang memuaskan  dan efektif. 
Satu majlis perjanjian dan tandatangan memorandum (MoU) diantara Manhajj Mutawwif dan Narsco Travel di sesi pengenalan Manhajj Apps. Kerjasama ini adalah untuk memastikan pengguna aplikasi mendapat perkhimatan yang terbaik terutama dalam membuat pemilihan pakej umrah dan servis yang ditawarkan dari Narsco Travel
Selain   itu  jelas  beliau,   Aplikasi   Manhajj  turut  menghubungkan   di   kalangan pengguna  menerusi  laman  hiburan  yang  bermanfaat  di  telefon  bimbit  dalam usaha   menambah  ilmu  pengetahuan 
"Idea   menghasilkan  Aplikasi   Manhajj   tercetus  apabila   menyedari   kepesatan teknologi  maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalahan  yang timbul. "Ia  merupakan  satu  langkah  atau  pendekatan  yang  dlambll  Manhajj  Mutawwiff bagi  membantu  bakal jemaah untuk  mempersiapkan  diri  menunaikan  umrah. "Aplikasi    Manhajj    ini    bakal    menjadi   tunjang    utama    dalam    menjalankan perniagaan  di  samping   menjadi  medium  pembelajaran  sepanjang  hayat  untuk komuniti  Manhajj,"  katanya. 
Abd   Halim   menambah,   antara   ciri-ciri   pintar   yang   terdapat   dalam   Aplikasi Manhajj  apabila  pengguna  boleh  muat  naik status  menerusi  ikon  Community. 
Jelas  beliau,   gambar-gambar  juga  boleh  dimuat  turun   melalui  Kalam   Manhajj dan  memiliki ciri  senarai  semak  bagi  membantu  persediaan jemaah umrah. 
"Aplikasi  Manhajj  juga  mempunyai 'panic  button'  sekiranya  berlaku  kecemasan di Tanah  Suci Makkah dan  Madinah apabila  kelebihannya dapat menghubungkan antara jemaah  dan  mutawwif sekiranya  berlaku  sebarang  kecemasan   di  Tanah Suci. "Pada   masa  sama,   pengguna   boleh   membuat  pilihan  pakej  dan   pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah serta soalan-soalan beserta jawapan berkaitan  permasalahan  umrah,"  katanya. 
Abd Halim memberitahu, Aplikasi Manhajj turut memiliki kelebihan  apabila menawarkan  Kursus Umrah yang  lengkap secara atas talian dan  paling  istimewa mempunyai senarai  semak  bagi membantu jemaah menunaikan ibadah  umrah. 
Selain  itu  jelas  beliau,   pelbagai   informasi   menarik  turut  dibekalkan   kepada pengguna. 
Beliau   berkata,  Aplikasi   Manhajj  dibangunkan  selama  empat  bulan   termasuk merangka  dan  menyediakan isi  kandungan aplikasi. 

Keterangan lanjut boleh layari:-
Laman Web: www.manhajjmutawwif.com
Facebook Page: https://www.facebook.com/manhajjmutawwif/
Instagram : https://www.instagram.com/manhajjmutawwif/
Ataupun hubungi: 019-7078992
Ermm kenapa masa kak lily pi umrah tak de lagi aplikasi ni ek, kalau ada kan senang. Seronok tau pi umrah, rasanya cam tiap-tiap nak ke sana. Rasa tenang aman damai je hati ini tau...
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://www.ciklilyputih.com/2018/10/aplikasi-manhajj-penyelesaian-ibadah.html