Apdm Kpm 2021 Cara Kemaskini Pangkalan Data Murid Penjaga
Cara Kemaskini Pangkalan Data Murid di APDM KPMAplikasi Pangkalan Data Murid atau APDM KPM secara amnya
merupakan satu Modul Pengurusan Murid yang diakses oleh guru-guru atau pegawai
yang ditugaskan oleh Pengetua atau Guru Besar untuk memasukkan e-kehadiran dan
segala data berkaitan murid.
Untuk tahun 2021, berikut beberapa maklumat penting yang
perlu anda tahu.
Kepentingan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid
Sistem ini merupakan satu aplikasi atas talian yang
diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertindak sebagai
pangkalan untuk mengisi dan menyimpan maklumat penting berkenaan murid.
Sistem ini sangat praktikal dalam mengendalikan data murid
di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah PPD dan Jabatan Pendidikan
Negeri JPN.
Siapakah Yang Menggunakan APDM Online?
Selain pegawai pentadbir APDM di PPD dan JPN, guru kelas dan
seorang pegawai yang ditugaskan di sekolah merupakan pengguna utama dalam
sistem APDM ini bagi mengendalikan maklumat murid dan sekolah masing-masing.
Antara maklumat murid yang dimaksudkan ini termasuklah,
biodata peribadi murid, kehadiran murid, dan banyak lagi.
Berbeza dengan sistem SAPS
Ibu Bapa, APDM lebih kepada rekod kehadiran murid manaka SAPS untuk semak
keputusan peperiksaan pelajar.
Panduan Penggunaan
1. Layari Laman Web APDM
Untuk memulakan akses ke sistem APDM, layari Aplikasi
Pangkalan Data Murid iaitu, http://apdm.moe.gov.my
2. Login Dengan ID Yang Diberikan
Di bahagian kiri laman sesawang, login APDM dengan
mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan.
ID Pengguna: Kod sekolah
(Gunakan huruf besar yang tiada spacebar. Sebagai contohnya, ABC1234)
Kata Laluan: ******
(Kata laluan adalah default password yang diberikan oleh sistem
kepada Admin sekolah.)
3. Tukar Kata Laluan
Admin sekolah disarankan supaya menukar kata laluan selepas
log masuk APDM buat pertama kali atas sebab keselamatan akaun.
4. Login Semula
Selepas menukar kata laluan, login semula dengan menggunakan
ID pengguna yang baru beserta kata laluan yang telah ditetapkan.
Seterunsya login APDM semula dengan memasukkan ID Pengguna
dan Kata Laluan, tekan butang HANTAR.
Kegunaan APDM KPM
Antara penggunaan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid
adalah seperti berikut:
1. Merekod e-Kehadiran Pelajar
Aplikasi Pangkalan Data Murid ekehadiran ini berfungsi untuk
mencatat kehadiran murid ke sekolah.
Catatan boleh diisi sama ada pelajar hadir, hadir tetapi
lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng.
e-kehadiran ini juga boleh memaparkan laporan kehadiran
murid ke sekolah dengan tepat mengikut bulan dan tahun.
Selain penggunaan desktop untuk mencatat kehadiran murid,
guru boleh mencatat kehadiran murid didalam sistem Aplikasi Pangakalan Data
Murid menggunakan android.
2. Melengkapkan Borang Maklumat Pelajar
Guru boleh memuat turun borang maklumat murid ini dengan
mudah dan efisien dengan menggunakan APDM.
Data ini dikutip pada awal tahun untuk dikemaskini oleh guru
kelas.
Antara maklumat murid yang perlu dilengkapkan termasuklah
seperti nama penuh, nombor MyKid, warganegara, kaum, agama, alamat, jenis
bantuan yang diterima dan banyak lagi.
Selain itu, maklumat penjaga seperti nama penuh, status,
nombor telefon untuk dihubungi, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya juga perlu
diisi.
Data ini sangat berguna untuk digunakan pada masa hadapan
seperti kelayakan menerima bantuan kewangan seperti Bantuan
JKM dan sebagainya.
Berikut dikongsikan secara ringkas cara mendaftar maklumat
murid melalui sistem APDM.
Cara Mendaftar Maklumat Pelajar
Murid boleh didafatarkan melaui guru kelas masing-masing
melalui menu ‘Data Murid’.
Semak sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai
murid kelas tersebut, klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid
boleh dikemaskini.
Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik ‘Daftar
Murid” dan masukkan identiti murid samada no KP, no sijil lahir, no passport
atau tiada dokumen.
Klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini
maklumat.
3. Mengeksport Data
Seperti yang kita tahu data yang terdapat didalam sistem ini
adalah begitu lengkap dan menyeluruh.
Oleh sebab itu, ianya sangat berguna jika dapat di eksport
ke dalam mana-mana sistem kerana semua data sudah ada tersedia.
Bagi memudahkan pengurusan, guru boleh terus login ke dalam
sistem dan mengeksport data murid ini dengan cepat.
Berikut dikongsikan secara ringkas cara muat turun maklumat
data murid sekolah dalam bentuk Excel:
Melawat ke laman sesawang APDM.
Log Masuk sistem APDM dengan memasukkan ID Pengguna, Kata
Laluan dan klik HANTAR.
Klik Data Murid. Maklumat yang dimuat turun adalah
mengikut tingkatan atau tahun.
Klik Muat Turun Excel pada penjuru kanan di
bahagian atas skrin untuk menyimpan ke dalam folder komputer supaya dapat
diakses secara offline.
4. Kemaskini Maklumat Pelajar
Rekod murid boleh dibuang / dipadam dari sistem melalui guru
kelas masing-masing melalui menu ‘ Data Murid’.
Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut,
klik ‘Padam’ di hujung nama murid tersebut.
Pilih sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari
senarai murid kelas anda.
Apabila selesai memilih sebab padam, klik ‘Padam Murid’
untuk memadam rekod tersebut.
5. Kemaskini Data Guru
Jika ingin mendaftar guru kelas yang baru atau menukar
guru kelas sediada, guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator
APDM sekolah supaya mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sedia ada
dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
Lupa Kata Laluan APDM Kehadiran Murid
Jika guru terlupa kata laluan atau mengalami masalah untuk
mengakses sistem portal APDM, hubungi pihak admin sekolah tersebut dan minta
supaya katalaluan guru itu diresetkan.
Admin sekolah perlu menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ dan
klik ‘Reset Katalaluan’ di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan
katalaluan sedia ada kepada default password / kata laluan sementara.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang
sistem ini, e-melkan kepada
[email protected].
SUMBER
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://eryati.blogspot.com/2021/02/cara-kemaskini-pangkalan-data-murid-penjaga.html