Tukar Tiub Cara Tukar Tiub Basikal Motorsikal Harga Lokasi
Sekiranya anda merupakan pengguna motorsikal, basikal dan kereta, anda mungkin mempunyai pengalaman perlu ke kedai untuk tukar tiub kenderaan anda kerana tiub tersebut sudah rosak atau koyak.
Bagi kereta, tukar menukar sendiri tiub anda mungkin agak sukar kerana saiz kenderaan dan saiz tayar sendiri yang besar.
Namun, sebenarnya anda boleh tukar tiub tayar basikal dan motorsikal anda sendiri sekiranya anda tahu bagaimana melakukannya.
Sebab tiub tayar cepat bocor
Sekiranya tiub basikal atau motorsikal anda perlu kerap kena tukar, ada berkemungkinan terdapat masalah lain dengan tayar anda.
Berikut merupakan antara 3 sebab utama kenapa tiub tayar anda cepat bocor
1. Tayar rosak – Kebanyakan dari kita sudah mengetahui tiub motosikal kita itu sudah bocor, tapi kita masih hendak bawa/redah juga, ini akan menyebabkan struktur tayar itu rosak. Jadi, jika struktur tayar itu rosak, tukar banyak kali pun, tiub itu tetap akan bocor. Jadi cara penyelesaiannya, pastikan anda tidak menunggang motosikal yang telah bocor untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk terhadap tayar
2. Kualiti tiub – Tiub jenis murah banyak yang tidak berapa berkualiti kerana nipis dan tidak tahan tekanan. Ada juga jenis tiub yang sudah disimpan lama menyebabkan kawasan lipatan tiub itu mudah bocor. Bila tekanan angin dimasukkan ke dalam tiub, tiub ini akan mengembang mengikut kadar tekanan yang dipam. Jadi apabila tiub nipis ini mengalami tekanan yang tinggi, ia akan mudah bocor apabila kita menggunakan motosikal tersebut di jalan raya sebab udara di dalam tiub itu akan mengembang disebabkan kepanasan. Jadi, pilihlah tiub yang agak berkualiti, tidak jauh berbeza pun harganya.
3. Masalah rim – Jika anda nampak rim anda itu sudah berkarat, ini adalah antara punca motor anda mudah bocor. Sebab jika rim sudah berkarat, jejari rim itu akan tertembus ke getah rim dan menyebabkan tercucuk ke tiub. Kes macam ini juga boleh berlaku, jadi sila berhati-hati dengan rim berkarat. Kadang-kadang serpihan karat yang termasuk dalam tayar juga boleh menjadi punca kebocoran kepada tiub anda.
Artikel berkaita: Harga Lesen Memandu Terkini Di Malaysia (2024)
Harga servis tukar tiub
Harga untuk tukar tiub tayar motorsikal sememangnya berbeza antara lokasi bengkel yang dihantar.
Walau bagaimanapun, julat harga untuk servis sebegini dalam lingkungan RM10 – RM20.
Bagi perkhidmatan memanggil pomen untuk datang ke tempat anda untuk menukar tiub yang sudah bocor, harganya pula biasanya bermula daripada RM20 kerana mengambil kira kos masa dan minyak pomen tersebut untuk datang ke tempat anda.
Harga servis sebegini mungkin lebih mahal jika anda memilih untuk membeli tiub yang lebih mahal dan berkualiti daripada bengkel atau pomen.
Cara tukar sendiri tiub
Sebenarnya sekiranya anda mempunyai peralatan dan alat ganti yang betul, anda boleh menukar sendiri tiub tayar anda.
Bagi yang tidak tahu caranya, anda boleh menonton video ringkas di bawah untuk mengetahui cara yang betul untuk menukar sendiri tiub tayar anda.
Cara tukar tiub tayar motorsikal
Cara tukar tiub tayar basikal
Nombor pomen bergerak
Sekiranya tiub anda sudah bocor dan anda mencari perkhidmatan pomen motorsikal bergerak untuk datang ke tempat anda untuk tukar tiub atau kerana masalah lain, sila hubungi nombor-nombor tertera di bawah untuk kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur:
0125333585 WS jinjang
0173917938 WS Shuhaimi K.One Danau Kota
0182777375 WS Along D. Malawati
0196000234 Faris Sg Buluh
0197561055 Aidil Ishak Sg Buluh
0123286760 WS Zubir Gombak
0176807194 ws Nasha Gombak
0179045053 WS Korie Sg pongsu
01111883411 WS Wak Nahar Sepang
0173919278 WS Aan Garage Balakong 01152916078 Es Adeean Damansara
0173275597 Ws Apong 88
0104019999 WS Budiman Sri Andalas
0174349501 WS Che Pa Kajang
01110284679 WS Pokok Ceri Pj
0132702655 WS Key M.Kamal Pj
0194881074 WS Angah Garage Kg Subang
0182777027 WS Paktam Turbo Subang
0194741074 WS Along MGT Subang
0192219598 WS Ijan Puncak Alam
0127247080 WS Mizi Green Zone saujana
0173194653 WS Azam Bukit Beruntung
0193079490 WS Jaz Bukit Jalil
0172653390 Firdaus Pandan Indah
Kredit: Zecky.net
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/tukar-tiub/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tukar-tiub