Apakah Punca Kena Penyakit Diabetes


Apakah punca kena penyakit diabetes -ia kian meningkat cabaran besar terhadap kesihatan awam di Malaysia. Diabetes adalah penyakit kronik yang menjejaskan kira-kira 1.9 juta rakyat Malaysia serta 382 juta manusia seluruh dunia.
 

Sekurang-kurangnya 90 peratus kes diabetes adalah jenis 2 iaitu badan menghasilkan insulin tetapi sama ada mencukupi atau tidak bertindak balas terhadap kesannya (juga dikenali sebagai ketahanan terhadap insulin) mengakibatkan glukosa terkumpul dalam darah.

Antara faktor risiko diabetes jenis 2 adalah badan gemuk, peningkatan usia, sejarah diabetes dalam keluarga, bangsa, glukosa darah tinggi ketika hamil yang menjejaskan anak dalam kandungan, berat badan berlebihan serta kekurangan aktiviti fizikal.

Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey) pada 2011 (NHMS 2011) melaporkan kejadian diabetes di seluruh Malaysia pada kadar 15.2 peratus.

Kadar peningkatan diabetes disabitkan dengan pembandaran yang meluas dan kerap dikaitkan dengan gaya hidup kurang aktif selain peningkatan kegemukan.

Pakar Perunding Endokrinologi Kanan, Prof Chan Siew Pheng berkata, disebabkan Diabetes Melitus jenis 2 (T2DM) adalah penyakit kronik dan progresif, ramai pesakit akhirnya memerlukan pelbagai jenis ubat untuk mengawal gula darah mereka.

“Mencapai kawalan glisemia yang optimum menjadi cabaran pesakit diabetes dan pakar kesihatan. Di Malaysia, audit yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan daripada 1,549 pesakit T2DM, hanya 11.4 peratus mencapai sasaran aras hemoglobin terglikosil (HbA1c)

“Gabungan dos terapi tetap dapat mengurangkan beban pil dan meningkatkan kepatuhan,” katanya ketika majlis pelancaran rasmi Janumet XR di ibu negara, baru-baru ini.

Kelulusan Janumet XR di Malaysia menawarkan pilihan rawatan sekali sehari yang mudah bagi pesakit tertentu menambah baik aras gula darah mereka.

Janumet XR menyasarkan tiga kecacatan utama pada diabetes jenis 2 iaitu kekurangan insulin dari sel beta pankreas, ketahanan insulin serta penghasilan glukosa berlebihan dalam hati.

Ia juga menggabungkan dua ubat iaitu sitagliptin phosphate dan metformin HCI pelepasan lanjut yang setiap satunya terbukti berkesan menambah baik kawalan gula darah tanpa meningkatkan risiko hipoglisemia.

Metaformin bertindak mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati, mengurangkan penyerapan glukosa dalam usus dan menambah kepekaan insulin dengan meningkatkan penyerapan glukosa oleh sel otot daripada darah.

Metformin pelepasan lanjut pula bertindak serupa dengan metformin pelepasan segera tetapi dalam tempoh lebih panjang, dengan itu membolehkan ubat itu diberikan sekali sehari.

Sitagliptin sejenis perencat dipeptidyl peptidase-4 (DPP-4) yang digunakan sekali sehari bertindak meningkatkan sintesis dan pelepasan insulin dari sel beta pankreas di samping mengurangkan penghasilan glukosa berlebihan oleh hati, di mana kesannya bergantung pada aras glukosa.

Kekerapan dos ubat yang lebih rendah iaitu sekali sehari berbanding dengan dua atau tiga kali sehari dilaporkan menghasilkan kepatuhan lebih tinggi dalam kalangan pesakit.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Endokrinologi Kanan Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein menjelaskan, pesakit diabetes akan menghadapi pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung dan strok, hilang penglihatan dan buta, kegagalan ginjal dan amputasi anggota bawah jika tidak dirawat.

“Menguruskan diabetes jenis 2 seperti memilih makanan berkhasiat, bersenam secara tetap, mengambil ubat diabetes mengikut arahan doktor dan mengawasi gula darah adalah langkah penting untuk mengawal aras gula darah pada tahap normal supaya boleh melewatkan atau mencegah komplikasi.

“Kegagalan mengawal aras gula darah boleh mengakibatkan hipoglisemia dan kedua-duanya boleh mengancam nyawa pesakit diabetes,” katanya.

Menurut penemuan terbaru oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (International Diabetes Federation atau IDF) pada 2013, bilangan pesakit diabetes di Rantau Pasifik Barat meningkat daripada 138.2 juta kepada kira-kira 201.8 juta orang dalam masa 20 tahun.

Di Malaysia, kira-kira 24,049 orang berusia antara 20 hingga 79 tahun mati akibat diabetes pada 2013. Jumlah perbelanjaan bagi diabetes di rantau ini dianggarkan sebanyak $88.4 bilion (RM281 bilion) pada 2013.

Menjelang 2035, angka ini dijangka meningkat kepada kira-kira $98.4 bilion setahun (RM296 bilion). Pada keseluruhannya, bilangan pesakit diabetes di dunia diramalkan meningkat pada kadar purata kira-kira dua peratus setahun iaitu hampir dua kali ganda kadar pertambahan bilangan orang dewasa sedunia.


Kelaziman diabetes
- Menurut Persekutuan Diabetes Antarabangsa, kira-kira 387 juta orang di seluruh dunia hidup sebagai penghidap diabetes pada 2014. Bilangan penghidap diabtes dianggarkan meningkat daripada 387 juta kepada 592 pada 2035.

- Kira-kira 77 peratus penghidap diabetes tinggal di negara berpendapatan rendah serta sederhana tinggi. Kebanyakan pesakit diabetes berusia 40 hingga 59 tahun.

- Seramai 175 juta pesakit diabetes tidak didiagnosis. Hampir separuh pesakit diabetes di Asia Tenggara tidak didiagnosis.

- Lebih daripada 21 juta kelahiran hidup terjejas disebabkan diabetes ketika dalam kandungan pada 2013.

- Peningkatan kelaziman berlakunya T2DM dikaitkan dengan perubahan gaya hidup dan sosial yang pesat, penuaan populasi, pembandaran yang meningkat, perubahan pemakanan, kekurangan gerak kerja jasmani serta gaya hidup tidak sihat.

Kadar kematian
- Menurut edisi keenam IDF Diabetes Atlas, 4.9 juta kematian berlaku pada 2014. Seorang manusia meninggal dunia akibat diabetes setiap tujuh saat. Di Malaysia, dianggarkan 34,422 orang maut disebabkan komplikasi yang berkait dengan diabetes.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan, diabetes akan menjadi punca kematian ketujuh tertinggi menjelang 2030.

- Lebihan kadar kematian global yang berpunca daripada diabetes pada 2000 dianggarkan sebanyak 2.9 juta kematian bersamaan dengan 5.2 peratus daripada semua kematian. Lebihan kadar kematian berpunca daripada diabetes ialah dua hingga tiga peratus kematian di negara miskin dan lebih daripada lapan peratus di Amerika Syarikat, Kanada dan Asia Barat. Dalam lingkungan usia 35 hingga 64 tahun kematian berpunca daripada diabetes adalah enam hingga 27 peratus. - hmetro

------------------

BACA JUGA : Cara Paling Cepat nak Kurus...
Berkesan Buang Lemak Degil & Berat Badan Turun cepat
Berkesan Sepantas 7 Hari sesuai untuk wanita & Lelaki

KETAHUI LEBIH LANJUT KLIK >> SINI <<

------------------ 
Artikel

Oops! Make sure JavaScript is enabled in your browser.Visit: Wansite
Kredit

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wansite.blogspot.com/2015/03/apakah-punca-kena-penyakit-diabetes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Evali Penyakit Baru Disebabkan Vape Punca 35 Maut Ribuan Menderita Penyakit Paru Paru

Evali Penyakit Baru Disebabkan Vape Punca 35 Maut Ribuan Menderita Penyakit Paru Paru

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 583 hits
Washington Amerika Penyakit yang meragut 35 nyawa dan menyebabkan lebih kurang 1 600 yang lain dimasukkan ke hospital dipercayai berkait amalan menghisap vape kini telah mendapat nama EVALI atau e cigarette or vaping product use associated ...
Kerap Betul Si Kecil Ni Demam Mama Kena Cari Punca Untuk Elak Penyakit Berulang

Kerap Betul Si Kecil Ni Demam Mama Kena Cari Punca Untuk Elak Penyakit Berulang

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 418 hits
Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka Jadi sekiranya kanak kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema sungguhpun mencapai sehingga 5 6 kali seta...
Rimas Waktu Tidur Badan Kerap Berpeluh 10 Perkara Ini Termasuk Penyakit Tumor Mungkin Jadi Puncanya

Rimas Waktu Tidur Badan Kerap Berpeluh 10 Perkara Ini Termasuk Penyakit Tumor Mungkin Jadi Puncanya

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 307 hits
Ramai saja diluar sana yang mengalami masalah berpeluh ketika tidur Masalah ini sedikit sebanyak telah mengganggu tidur seseorang kerana tidak selesa dengan peluh yang banyak sehingga kerap terjaga dari tidur Gangguan tidur seperti ini akan...
Amalkan Makan Pucuk Paku Mampu Rawat Penyakit Gout Amp Kolestrol Dalam Badan

Amalkan Makan Pucuk Paku Mampu Rawat Penyakit Gout Amp Kolestrol Dalam Badan

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 373 hits
Pucuk paku adalah sejenis tumbuhan yang tidak asing lagi dikalangan manusia Sebut saja sayur pucuk paku pasti tahu nak dimasak dengan apa atau rebus saja untuk dijadikan ulam ulaman Terdapat pelbagai jenis resepi masakan yang menggunakan pu...
Amalkan Ayat Al Quran Ini Segala Penyakit Insyaallah Akan Dimuntahkan Ustaz Sharhan

Amalkan Ayat Al Quran Ini Segala Penyakit Insyaallah Akan Dimuntahkan Ustaz Sharhan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 2140 hits
AL FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit pesakit misteri gangguan jin syaitan Bagaimana hendak mengubati sakit yang misteri Perubatan moden tidak dapat mengenal pas...
Perlindungan Risiko Penyakit Berjangkit Petugas Pusat Tahanan Di Beri Vaksin

Perlindungan Risiko Penyakit Berjangkit Petugas Pusat Tahanan Di Beri Vaksin

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 248 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
5 Penyakit Jelang Musim Hujan Yang Baiknya Nggak Dianggap Remeh Yuk Waspadai Dari Sekarang

5 Penyakit Jelang Musim Hujan Yang Baiknya Nggak Dianggap Remeh Yuk Waspadai Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 221 hits
Kalau tahu risiko dan jenis jenis penyakitnya kan kita bisa bersiap siap lebih baik menyambut musim penghujan tahun ini
Khasiat Bismillah 5 Pendinding Dan Ayat Penyembuh Segala Penyakit

Khasiat Bismillah 5 Pendinding Dan Ayat Penyembuh Segala Penyakit

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 722 hits
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian Kelebihan dan kebaikan Bismillah 5 adalah seperti berikut 1 Menghalang jin dan syaitan2 Terpelihara dari ...
Cerita Ashanty Idap Penyakit Autoimun Saya Tidak Takut Mati

Cerita Ashanty Idap Penyakit Autoimun Saya Tidak Takut Mati

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 354 hits
Ashanty belum lama ini divonis mengidap penyakit Autoimun Penyakit itu diketahui setelah Ashanty melakukan check up di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias