Khasiat Bismillah 5 Pendinding Dan Ayat Penyembuh Segala Penyakit
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
1. Menghalang jin dan syaitan2. Terpelihara dari bahaya dan musuh3. Penawar pelbagai racun dan bisa
4. Penawar penyakit gila meroyan
5. Melegakan bengkak dan benjol
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya
Kaedah Merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit
Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk
Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan
Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan
Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit
Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut
Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan
Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit
Amalan Bismillah 5:
Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat
Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat
Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman
Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’
Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Mu0kq4
via IFTTT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2019/10/khasiat-bismillah-5-pendinding-dan-ayat_18.html