Apakah Pas Ada Konspirasi Main Kayu Tiga Puad Soal Takiyuddin


FMT Reporters
-December 27, 2020 12:56 PM
Puad Zarkashi menolak dakwaan Takiyuddin Hassan cadangan itu akan membawa kepada perpecahan lebih dahsyat dalam kalangan masyarakat.
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Puad Zarkashi menolak dakwaan PAS, sebarang tindakan UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin akan mengakibatkan perpecahan lebih dahsyat dalam masyarakat.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan sama ada PAS sendiri mempunyai sebarang perancangan “konspirasi” apabila “bermain kayu tiga” dengan menyertai Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) pada masa sama.

“PAS mungkin selesa, kerana dalam PN dan MN tiada Amanah (seteru PAS). Tiada siapa kacau.

“Justeru, yang perlu Takiyuddin jawab ialah apakah main kayu tiga bukan konspirasi?,” soal Puad, merujuk kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Puad tegas mempertahankan desakannya, wakil rakyat UMNO menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kerana kegagalan kerajaan menunaikan janji kepada rakyat.

Beliau menolak dakwaan Takiyuddin, cadangan itu akan membawa kepada perpecahan lebih dahsyat dalam masyarakat.

“Saya tidak fikir cadangan tarik balik sokongan daripada Muhyiddin sebagai perdana menteri membawa kepada perpecahan. Ini untuk rakyat, kerana janji memudahkan rakyat tidak dipenuhi.

“Apabila PAS berkawan dengan DAP, apakah itu perpecahan Melayu? Apabila PAS berpisah dengan DAP, ia juga tidak dianggap sebagai perpecahan masyarakat dan negara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga mengingatkan pemimpin Melayu-Islam supaya melihat kepada peluang penyatuan terbesar yang sudah dipersetujui dari awal antara UMNO dan PAS iaitu MN.

“Peluang penyatuan terbesar ialah apabila UMNO-PAS tandatangan piagam MN. Peluang itu akan terlepas begitu sahaja kerana banyak sangat pakatan, gagasan dan gabungan yang mahu disertai,” katanya.

Puad sebelum ini mendakwa kerajaan PN belum menunaikan janji mengenai penangguhan pinjaman dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat semasa perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat bulan lalu.

Takiyuddin menerusi ciapan di Twitter baru-baru ini menegur Puad supaya mempertahankan penyatuan dan perpaduan dalam masyarakat dan negara.

Menurutnya, legasi paling murni bagi seorang pemimpin sejati adalah merangka dan mempertahankan penyatuan dan perpaduan dalam masyarakat dan negaranya.

“Perpaduan perlu diasas atas kejujuran, jika tidak ia adalah tidak lebih baik daripada satu konspirasi,” katanya.

Puad bersetuju dengan kejujuran politik yang diutarakan Takiyuddin, namun menegaskan pemimpin UMNO dari awal sudah bersikap jujur kerana menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri walaupun Ahli Parlimen Pagoh itu terlibat dalam konspirasi menjatuhkan UMNO pada pilihan raya umum ke-14.

“Bahkan Najib Razak juga secara jujur membuat kenyataan terbuka, jika tiada perubahan dan kerajaan PN terus berdolak dalik selepas satu tempoh yang munasabah, Barisan Nasional masih ada cara untuk bertindak,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/apakah-pas-ada-konspirasi-main-kayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takiyuddin Perlu Jawab Apakah Main Kayu Tiga Bukan Konspirasi

Takiyuddin Perlu Jawab Apakah Main Kayu Tiga Bukan Konspirasi

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 323 hits
CADANGAN agar Barisan Nasional menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak akan membawa perpecahan dalam masyarakat dan negera Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menjawab teguran Setiausaha A...
Keliling Rumah Kayu Semak Dapur Reput Tiga Bulan Bersihkan Hasilnya Superb

Keliling Rumah Kayu Semak Dapur Reput Tiga Bulan Bersihkan Hasilnya Superb

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 312 hits
loading Ramai yang kagum dengan rumah kayu usang di kelilingi semak akhirnya bertukar jadi kemas cantik Malah dihiasi bunga terutama bunga Ati ati kaktus Tentu ramai tertanya tanya cerita di sebaliknya
Jom Bermain Kayu Tiga Janji Kita Dapat Apa Yang Kita Cita Kah

Jom Bermain Kayu Tiga Janji Kita Dapat Apa Yang Kita Cita Kah

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 293 hits
Panas MT Umno persoal Pas main kayu tiga December 27 2020 Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini membalas teguran Datuk Takiyuddin Hassan dengan melontarkan pertanyaan kepada Setiausaha Agung Pas itu apakah main kay...
Takiyuddin Tak Perlu Desak Pas Nak Pilih Mn Atau Tidak

Takiyuddin Tak Perlu Desak Pas Nak Pilih Mn Atau Tidak

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 304 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 8 52 amDikemaskini Hari ini 9 44 amTakiyuddin HassanSetiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menegaskan mana mana pihak tidak perlu meminta parti itu memilih sama ada hendak bersama Muafakat Nasional atau ...
Dr Puad Ingatkan Takiyuddin Umno Jujur Sokong Muhyiddin Tapi

Dr Puad Ingatkan Takiyuddin Umno Jujur Sokong Muhyiddin Tapi

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 304 hits
Takiyuddin bangkitkan isu Legasi paling murni seorang pemimpin sejati Dia merujuk saranan saya supaya MP UMNO tarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai PM Sepatutnya PPBM yang komen tetapi Setiausaha Agung PAS pula yang berbunyi Menurut...
Panas Umno Dakwa Pas Main Dua Kolam

Panas Umno Dakwa Pas Main Dua Kolam

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 296 hits
December 26 2020 Pas perlu membuat keputusan segera sama ada mahu bersama sama dengan Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Ini kerana setakat ini parti itu masih belum pendirian yang jelas mengenai ker...
Tarik Sokongan Takiyuddin Sindir Puad Kini Lebih Umno Daripada Umno

Tarik Sokongan Takiyuddin Sindir Puad Kini Lebih Umno Daripada Umno

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 350 hits
freemalaysiatoday com December 27 2020 11 00 PMSetiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata ahli MKT UMNO Puad Zarkashi lebih UMNO daripada UMNO apabila menyarankan parti itu menarik balik sokongan kepada kerajaan PETALING JAYA Setiausaha...
Kerjasama Umno Pas Demi Ummah Bukan Hanya Gabungan Politik Takiyuddin

Kerjasama Umno Pas Demi Ummah Bukan Hanya Gabungan Politik Takiyuddin

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 382 hits
Oleh Disember 20 2020 5 38pmKerjasama UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional tidak akan terkubur kerana ia bukan semata mata gabungan politik sebaliknya dibentuk sebagai wawasan untuk menyatukan ummah Foto NSTPBALING Kerjasama UMNO dan PAS da...
Betul Ke Pas Main 2 Kolam Ostad

Betul Ke Pas Main 2 Kolam Ostad

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 299 hits
January 2 2021 Maaf ya ostad petang pagi ni dalam santai santai ni nak respond sikit apa yang ostad tulis tu ya 1 Ostad kata sakit benar hati mereka melihat persaudaraan PasUmno Saya kata Maaf ostad bukan sakit benar hati tapi sakit perut t...
Bom Jangka Mula Meledak Krisis Kewangan Jepun Lebih Teruk Daripada Greece

What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Malang Tidak Berbau

Membangun Syaja Ah Dalam Kehidupan

Resepi Sambal Kering Peparu Rangup Pedas Lauk Padu Nasi Lemak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Healing Usia Kita Lain Macam Trip Percutian Sheila Rusly Bersama Bff Ramai Tag Kawan Ajak Plan Sama

Perbedaan Karakteristik Pengguna Media Sosial Instagram Tiktok Twitter Dan Facebook

Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Ni Saja Mampu Harap Cukuplah Buat Kejutan Untuk Isteri Prince Syed Beri Nafkah Bulanan Cash Rm125k

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua