Apakah Nama Anda Tercatat Dalam Pendaftaran Milik Allah
Apakah Nama Anda Tercatat Dalam Pendaftaran Milik Allah? | Assalammualaikum wbt. Tersentapkah bila kita membacanya?
Perkongsian tazkirah dari grup WA family ni sungguh menusuk kalbu dan terasa malu sekali dan jom muhasabah diri dan perbaiki diri dan amalan kita
Apakah Nama Anda Tercatat Dalam Pendaftaran Milik Allah?
Kisah seorang persara bermusykil seorang Ustaz:
"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat untuk mendapatkannya?"
Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."
"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"
Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.
Dicari diantara kumpulan solat Dhuha, TIADA.Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud, TIADA.Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga, TIADADicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga TIADAditemui.Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga TIADA disana.Dicari diantara kumpulan orang yang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun TIADA.Dicari diantara orang-orang yang khusyuk solatnya, TIADADicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat, TIADADicari diantara yang menuntut ilmu agama, TIADA
Allah SWT nak mencari tuan dimana? Cuba tuan beritahu?
Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.
Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.
Pastikan nama kita sentiasa tertulis dalam daftar yang disebut.
Selamat berjuang saudaraku.
InshaaAllah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.
Penawat Dalam IslamSering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.Wajah gelap = solat Tahajjud.Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.Gelisah = perbanyakan berdoa.Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah".Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.
Semoga perkongsian ini memberi manafaat buat pembaca dan tidak berlengah mengerjakan ibadat supaya nama anda tercatat dalam pendaftaran milik Allah. Wallahuallam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2020/11/apakah-nama-anda-tercatat-dalam.html