Moga Bunda Disayang Allah
Tajuk : MOGA BUNDA DISAYANG ALLAHPenulis : Tere LiyePenerbit : RepublikaTahun terbit : 2006 (cetakan XXXII Nov. 2019)Jumlah muka surat : 306Harga : RM38
Sebuah lagi karya Tere Liye, penulis dari Indonesia yang selesai saya nikmati. Penulisan yang diinspirasikan daripada kisah benar Helen Adams Keller (Alabama, 1880 - 1968) - seorang penulis, aktivis politik dan pensyarah dari Amerika. Helen Keller merupakan orang pekak dan buta yang pertama berjaya menamatkan pengajian di universiti.
Pembacaan saya pada awalnya agak terganggu dek terbayang watak dan babak dalam filem The Miracle Worker (filem berinspirasikan kisah hidup Helen Keller) yang pernah saya tonton sekitar awal tahun ini. Suami isteri dari golongan atasan, anak perempuan yang buta serta pekak dan guru perempuan. Bezanya dalam novel Moga Bunda Disayang Allah ini, penulis meletakkan watak seorang lelaki sebagai guru
Novel ini mengangkat kisah anak kecil bernama Melati yang menjadi pekak dan buta disebabkan satu kemalangan sewaktu percutian keluarga. Bertahun-tahun ibu dan ayah Melati mencari solusi untuk permasalahan Melati, namun semuanya buntu. Sehingga akhirnya Bunda (ibu Melati) meminta pertolongan dari Karang, seorang lelaki dengan sejarah hidup yang menyedihkan namun mempunyai keistimewaan berinteraksi dengan anak kecil
Di sinilah kita dapat menyaksikan kesabaran, kesungguhan dan keikhlasan Karang untuk membantu Melati ‘keluar’ dari dunianya yang gelap dan sepi, disamping dirinya sendiri sedang melawan trauma peristiwa pahit masa lalu yang sering mengganggu. Di sini juga kita dapat merasakan kasih sayang Bunda yang tak pernah berhenti berharap melalui doa-doanya yang tak putus buat Melati
Kisah yang sangat menyentuh hati dan penuh nilai-nilai murni - jangan pernah merasa putus asa, jangan pernah berhenti bermohon kepada Allah, berhentilah merasa kecewa atas sesuatu yang berlaku di luar kawalan kita dan hiduplah dengan rasa syukur.
“Ya Allah, apakah kesabaran itu ada batasnya? Jika ada, maka apa ia tetap bisa dibilang sabar jika sudah tiba dibatasnya? Ya Allah, apakah beban yang kami pikul ada batasnya? Seperti janji-Mu dalam kitab. Jika ‘ya’, kami sungguh tidak mengerti di mana batasnya. Ajarkan kami. Berikan label berapa persen seperti petunjuk speedometer mobil untuk setiap ujian, untuk setiap kesabaran, dengan demikian hati kami pasti lebih kuat” - Bunda (petikan halaman 173)
Dari Novel Ke Layar PerakPada tahun 2013 novel ini telah diangkat ke layar perak di Indonesia. Sehingga catatan ini ditulis, saya masih belum dapat menonton filem Moga Bunda Disayang Allah. Tak jumpa nak tonton di mana
Selain filem The Miracle Worker (1962), filem dari India berjudul Black (2005) juga berinspirasikan kisah hidup Helen Keller. Di penghujung novel ini, penulis menyebut bahawa penulisan beliau adalah berdasarkan filem Black. Barulah saya tahu mengenai filem Black, habis baca novel terus cari filem Black...hehe
The Miracle Worker dan Black saya tonton di YouTube. Bagi saya, sama ada membaca novel ini atau menonton filem-filem tersebut, setiap satunya mempunyai kekuatan tersendiri dan sangat menyentuh hati.
OST Moga Bunda Disayang Allah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2020/11/moga-bunda-disayang-allah.html