Ppsmi Menyerlahkan Ciri Maharaja Mahathir




Dahulu, ketika 1MDB menjadi isu hangat, Zaid Ibrahim (sekarang Pengerusi DAP Kelantan) pernah melabelkan Najib Razak memimpin negara bak seorang maharaja.

Najib dilabelnya sedemikian kerana dilihat mentadbir negara ini secara berkuasa penuh, tak boleh ditegur dan sesiapa yang menentangnya akan segera dipecat atau disingkirkan.

Daripada satu segi, terutama ketika itu, kata-kata Zaid itu memang ada benarnya.

Itulah juga salah satu sebab mengapa keinginan rakyat menumbangkan BN dan menyingkirkan Najib begitu kuat.

Tetapi, setelah 20 bulan PH menjadi kerajaan dan Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, apa sudah jadi sekarang?

Ciri-ciri maharaja yang sebelumnya ada pada Najib, nampaknya telah mula mencambah dalam diri Perdana Menteri yang bernama Tun Mahathir.

Walaupun sifat maharaja itu sebenarnya telah wujud ketika era 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir sebelum ini, tetapi tentulah tidak disangka setelah maharaja disingkirkan pada PRU14 dengan nafas reformasi dan semangat Malaysia Baru, kini muncul lagi seorang maharaja baru.

Cara Tun Mahathir melaksanakan dasar PPSMI yang diumumkannya semalam betul-betul menampakkan ciri seorang maharaja.

Ini kerana bukan saja perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, malah diumumkan oleh Tun Mahathir yang hanya bertaraf pemangku Menteri Pendidikan.

Lebih daripada itu, mengembalikan dasar PPSMI yang pernah dibatalkan pada 2012 juga bukan sebahagian daripada manifesto PH dalam PRU14 lalu.

Sementara banyak janji manifesto PRU14 belum tertunai, tidak dilaksanakan dan diabaikan begitu saja, melaksanakan PPSMI yang bukan sebahagian janji pilihanraya dan tidak pernah dibincangkan dalam kabinet, tentulah hanya seorang pemimpin yang bersifat maharaja saja mampu melaksanakannya.

Lantaran sifat maharaja itu, maka tidak menghairankan jika yang dijanji adalah pemansuhan tol, namun yang dilaksanakan akhirnya adalah pemanjangan lagi tempoh konsesi selama 20 tahun sehingga tahun 2058.

Dengan ciri-ciri maharaja yang kian menyerlah itu, selagi Tun Mahathir ada di kerusi Perdana Menteri, janganlah diharap terlalu tinggi terhadap janji-janji lalu akan dilaksanakan.

Bukan saja janji tidak dilaksana, malah pembaharuan dalam kerajaan sebagaimana yang dilaung-laungkan sebelum ini, selagi ada Perdana Menterinya bernama Tun Mahathir, hanyalah pemanis kata untuk mendapat sokongan semata-mata.

Dalam diri Tun Mahathir ternampak tiada keinginan sama sekali untuk melaksanakan segala janji dan pembaharuan itu, yang diingininya lebih untuk kembali kepada ciri-ciri PM4 dahulu.

Sebagaimana semasa PM4 dulu beliau banyak berjanji memilih penggantinya, sekarang pun pengganti yang sudah dipersetujui masih kabur lagi untuk menjadi realiti.

Maka, apa lagi yang boleh kita harapkan selagi maharaja ini memimpin negara kita? (ShahbudinHusin 01/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/ppsmi-menyerlahkan-ciri-maharaja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persoalan Ppsmi Kepada Mahathir

Persoalan Ppsmi Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 326 hits
Persoalan PPSMI Kepada Mahathir Saya Hassan Abdul Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan rendah hati ingin mengemukakan beberapa persoalan asas berkenaan pengumuman Dr Mahathir Mohamad mengenai program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan...
Ppsmi Guan Eng Keliru Tentang Rancangan Dr Mahathir

Ppsmi Guan Eng Keliru Tentang Rancangan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 300 hits
Diminta mengulas lanjut perkata tersebut setiausaha agung DAP itu berkata beliau tidak pasti mengenai apa yang sebenarnya dinyatakan Mahathir Rancangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula pelaksanaan pengajaran sa...
Dr Mahathir Ada Sebut Ppsmi Ke Guan Eng

Dr Mahathir Ada Sebut Ppsmi Ke Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 359 hits
Rancangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris terus mendapat kritikan Dan persoalan sama ada ia dibincangkan dalam mesyuarat kabinet bersama jemaah ...
Apakah Melalui Ppsmi Mahathir Mahu Melingkupkan Ph

Apakah Melalui Ppsmi Mahathir Mahu Melingkupkan Ph

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 467 hits
Pengumuman Tun Mahathir Mohamad selaku pemangku Menteri Pendidikan mahu mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mengundang reaksi negatif banyak pihak terhadap keputusan itu Rata rat...
Kaji Dulu Masalah Ppsmi Sebelum Laksana Semula Nutp Beritahu Mahathir

Kaji Dulu Masalah Ppsmi Sebelum Laksana Semula Nutp Beritahu Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 374 hits
Putrajaya perlu meneliti dan mengkaji masalah dihadapi semasa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris bermula 2003 hingga 2012 sebelum melaksanakannya kembali kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Ke...
Ppsmi Dr Mahathir Walasal Balik Asal

Ppsmi Dr Mahathir Walasal Balik Asal

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 399 hits
SUSUPAN SOREDr Mahathir Mohamad yang memangku jawatan Menteri Pendidikan selepas Dr Maszlee Malik diminta berundur mengumumkan bahasa pengantar pembelajaran Sains dan Matematik dikembalikan dalam bahasa Inggeris semula Pengumuman ini secara...
Isu Ppsmi Siti Zainon Anggap Tun Mahathir Hanya Berjenaka

Isu Ppsmi Siti Zainon Anggap Tun Mahathir Hanya Berjenaka

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 332 hits
GOMBAK Penerima Anugerah Sastera Negara ke 14 Profesor Dr Siti Zainon Ismail menyifatkan pengumuman Perdana Menteri yang juga pemangku Menteri Pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains ...
Petronas Dipaksa Beli Tanah Klcc Kroni Mahathir Untung Rm600 Juta

Petronas Dipaksa Beli Tanah Klcc Kroni Mahathir Untung Rm600 Juta

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 262 hits
Suara Keadilan 13 October 2010 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak supaya menjalankan siasatan segera berhubung urusan jualbeli tanah KLCC yang didakwa mengakibatkan Petronas terpaksa membeli tanah tersebut pada harga RM900 juta ...
Fake News Hate Speeches Will Not Be Tolerated Mahathir

Fake News Hate Speeches Will Not Be Tolerated Mahathir

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 282 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said the spread of fake news and hate speeches that cause racial tensions will not be tolerated He said this as authorities moved to take action against those accused of spreading fake news on the spread o...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense