Ppsmi Dr Mahathir Walasal Balik Asal


SUSUPAN SORE

Dr Mahathir Mohamad yang memangku jawatan Menteri Pendidikan selepas Dr Maszlee Malik diminta berundur mengumumkan bahasa pengantar pembelajaran Sains dan Matematik dikembalikan dalam bahasa Inggeris semula.

Pengumuman ini secara tidak langsung mendedahkan sebab musabab sebenar kenapa beliau meminta Maszlee berundur awal bulan lalu, rupa-rupanya beliau ingin meneruskan dasar pendidikan yang diyakininya.

Program pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPMSI) apabila ia dilaksanakan telah dibantah oleh "para pejuang bahasa Melayu" sebelum ini dengan alasan ia sebagai tidak bersemangat Melayu dan mengagungkan bahasa asing di samping pelaksanaan dasar itu tidak menghormati apa yang telah dilakukan. Mereka juga mendakwa program itu tidak patriotik dan memingkirkan bahasa Melayu.

Satu demonstrasi di awal tahun 20an juga pernah diadakan, dan kesan penentangan itu menyebabkan dasar itu tidak diteruskan.

Penentangan terhadap dasar berkenaan diterima oleh pembangkang ketika itu yang kini merupakan parti komponen PH kecuali Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Apabila program pendidikan yang ditentang itu diterima semula hari ini menampakkan sesuatu yang songsang sedang berlaku dalam kerajaan hari ini. Kerajaan hari ini bolehlah dinamakan kerajaan "Chok chok kendong", atau kerajaan "walhasil balik asal".

Dr Mahathir ketika mengumumkan pengembalian semula dasar itu mengakui tindakan itu bakal tidak disetujui umum. Katanya pendapatnya sering tidak popular tetapi ia lakukan juga kerana kononnya untuk kepentingan bangsa Melayu. Baginya peningkatan kebolehan orang Melayu dalam mata pelajaran berkenaan akan bertambah jiwa program PPSMI dikembalikan semula. 
Walaupun beliau tahu dan sedar pendapatnya sering tidak popular bahkan ditolak, tetapi kenapa beliau "rewel" (bersikeras) untuk meneruskan juga. Ini menunjukkan sifat dan ciri-cirinya diktator yang ada kepada dirinya masih kekal dan belum berubah. 
Dr Mahathir boleh buat sadin dengan cemuhan itu tetapi beliau perlu sedar ianya menyumbang kepada kebimbangan umum yang beliau tidak akan patuh kepada konsensus untuk melepaskan jawatan kepada Anwar. Sudah pasti langkah terbaru itu akan dituduh beliau tidak akan akur dengan kehendak yang diputuskan sebelum ini.

Memang beliau tidak perlu merujuk kepada kabinet untuk membuat keputusan itu, kerana beliau boleh menggunakan kuasa prerogetif, tetapi beliau sepatutnya sedar bahawa kerajaan yang dipanggungi sekarang ini bukan kerajaan di era BN dimana ia mempunyai majoriti dua pertiga. 
Macam manakah kerajaan hari ini hendak menjustifikasikan tindakan mereka menentang dasar PPSMI sebelum ini tetapi hari ini ia diterima kembali. Tidakkah keadaan ini menyusahkan kerajaan sendiri dan ia akan dituduh oleh rakyat sebagai kerajaan tidak ada prinsip atau kerajaan menjadi pondan dan pandir bila berhadapan dengan Mahathir?

Dari sudut lain, kian ketara kenapa Dr Mahathir meminta Maszlee berundur baru-baru ini, antaranya ialah kerana beliau ingin melaksanakan apa yang dikehendakinya secara peribadi itu dan langsung tidak mendengar pandangan pihak lain. 
Apakah itu satu tindakan secara kolektif atau pun ia bersifat diktator? Tentu ianya atas kehendak nalurinya sahaja. Maaflah saya sudah lama melihat dalam diri Dr Mahathir ada apa dinamakan "virus" diktator demokrasi. Trims. [wm.kl. 4:08 pm 31/01/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/01/ppsmi-dr-mahathir-wal-asal-balik-asil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaji Dulu Masalah Ppsmi Sebelum Laksana Semula Nutp Beritahu Mahathir

Kaji Dulu Masalah Ppsmi Sebelum Laksana Semula Nutp Beritahu Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 386 hits
Putrajaya perlu meneliti dan mengkaji masalah dihadapi semasa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris bermula 2003 hingga 2012 sebelum melaksanakannya kembali kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Ke...
Dr Mahathir Ada Sebut Ppsmi Ke Guan Eng

Dr Mahathir Ada Sebut Ppsmi Ke Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 369 hits
Rancangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris terus mendapat kritikan Dan persoalan sama ada ia dibincangkan dalam mesyuarat kabinet bersama jemaah ...
Ppsmi Guan Eng Keliru Tentang Rancangan Dr Mahathir

Ppsmi Guan Eng Keliru Tentang Rancangan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 308 hits
Diminta mengulas lanjut perkata tersebut setiausaha agung DAP itu berkata beliau tidak pasti mengenai apa yang sebenarnya dinyatakan Mahathir Rancangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula pelaksanaan pengajaran sa...
Isu Ppsmi Siti Zainon Anggap Tun Mahathir Hanya Berjenaka

Isu Ppsmi Siti Zainon Anggap Tun Mahathir Hanya Berjenaka

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 341 hits
GOMBAK Penerima Anugerah Sastera Negara ke 14 Profesor Dr Siti Zainon Ismail menyifatkan pengumuman Perdana Menteri yang juga pemangku Menteri Pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains ...
Apakah Melalui Ppsmi Mahathir Mahu Melingkupkan Ph

Apakah Melalui Ppsmi Mahathir Mahu Melingkupkan Ph

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 478 hits
Pengumuman Tun Mahathir Mohamad selaku pemangku Menteri Pendidikan mahu mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mengundang reaksi negatif banyak pihak terhadap keputusan itu Rata rat...
Koronavirus 14 Warga Hubei China Cuba Masuk Malaysia Dihantar Balik Ke Negara Asal

Koronavirus 14 Warga Hubei China Cuba Masuk Malaysia Dihantar Balik Ke Negara Asal

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 383 hits
KUALA LUMPUR Seramai 14 pengunjung dari wilayah Hubei China yang cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjaya dikesan dan dihalang oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Selasa lalu ujar Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muh...
Persoalan Ppsmi Kepada Mahathir

Persoalan Ppsmi Kepada Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 365 hits
Persoalan PPSMI Kepada Mahathir Saya Hassan Abdul Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan rendah hati ingin mengemukakan beberapa persoalan asas berkenaan pengumuman Dr Mahathir Mohamad mengenai program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan...
Ppsmi Menyerlahkan Ciri Maharaja Mahathir

Ppsmi Menyerlahkan Ciri Maharaja Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 274 hits
Dahulu ketika 1MDB menjadi isu hangat Zaid Ibrahim pernah melabelkan Najib Razak memimpin negara bak seorang maharaja Najib dilabelnya sedemikian kerana dilihat mentadbir negara ini secara berkuasa penuh tak boleh ditegur dan sesiapa yang m...
Filipina Dilaporkan Hantar Pulang Ratusan Pelancong China Balik Ke Wuhan

Filipina Dilaporkan Hantar Pulang Ratusan Pelancong China Balik Ke Wuhan

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 523 hits
Pegawai penerbangan Filipina pada semalam menyatakan bahawa kira kira 500 pelancong China dari Wuhan yang mendarat di Kalibo Aklan akan dihantar pulang ke tempat asal mereka lapor CNN Pengarah Eksekutif Lembaga Penerbangan Awam Carmelo Arci...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Bayi 4 Bulan Maut Di Taska Ibu Kecewa Pengurusan Taska Tak Ambil Peduli

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Tips Bagaimana Menerangkan Tentang Allah Kepada Anak

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Liverpool Kecundang