Apakah Maksud Selalu Mimpi Orang Meninggal


Menurut wikipedia, mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, fikiran, perasaan atau pancaindera lainnya.
Bagaimana pula mimpi dari pandangan Islam? Nabi s.a.w telah bersabda:
“Mimpi itu ada 3 jenis. Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk meresahkan anak Adam, mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan manusia ketika terjaga, lalu terbawa ke dalam tidur. Mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian” (Riwayat Ibnu Majah 3907)
Berdasarkan kepada hadis di atas, dapat kita fahami pandangan Islam tentang mimpi. Islam mengajarkan bahawa mimpi yang dialami oleh seseorang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
Mimpi yang merupakan gangguan syaitan yang bertujuan untuk menimbulkan keresahan kepada seseorang.Mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan oleh seseorang ketika terjaga hingga terbawa-bawa ke dalam mimpinya.Mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian. Oleh kerana kerap juga yang bertanyakan kepada saya berkenaan dengan mimpi berjumpa atau melihat orang yang dah meninggal, jadi dalam artikel kali ini saya akan cuba kongsikan pandangan saya tentang isu ini.
Oleh kerana ianya pandangan saya, anda bebas untuk menerima atau menolak pandangan tersebut.
Dan saya juga berharap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca walaupun sedikit.
Bagaimana Menghadapi Mimpi Baik & Buruk? Islam adalah agama fitrah. Oleh kerana ianya agama fitrah, maka tidak ada satu perkara pun yang berkaitan dengan fitrah manusia yang tidak disentuh dalam Islam.
Mimpi adalah satu fitrah yang akan dialami oleh semua manusia. Jadi Islam mengajar bagaimana cara sepatutnya dilakukan apabila kita mengalami mimpi, samada ianya mimpi yang baik, ataupun yang buruk.
Berdasarkan kepada sebuah hadis sahih, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Mimpi yang baik itu dari Allah. Sedangkan mimpi yang buruk itu dari syaitan. Jika salah seorang dari kalian bermimpi yang tidak ia sukai, maka hendaklah dia meniup ke sebelah kiri tiga kali dan membaca taawudz sebanyak tiga kali. Kemudian setelah itu hendaklah dia memalingkan tubuhnya ke arah yang lain. Dengan demikian tidak ada lagi yang membahayakan dan jangan diceritakan kepada sesiapa pun tentang mimpi tersebut”. (Hadis riwayat Bukhari no 6995, Muslim no 2261)
Dalam hadis di atas, Nabi menjelaskan tentang mimpi baik dan mimpi buruk. Jika mendapat mimpi yang baik, tidaklah menjadi masalah kepada kita.
Nabi juga mengatakan bahawa mimpi yang baik itu datangnya daripada Allah. Jadi apabila mendapat mimpi yang baik, ucapkalah “Alhamdulillah”.
Nabi mengajarkan kepada kita apa yang perlu dilakukan jika mendapat mimpi yang buruk, iaitu:
Membaca taawudz.Meniup/meludah ke kiri tiga kali.Memalingkan tubuh ke arah yang lain.Jangan menceritakan kepada sesiapa pun mimpi tersebut. Saya ada menjelaskan lebih terperinci tentang perkara di atas. Boleh baca artikel saya yang bertajuk 6 Langkah Yang Ditunjukkan Nabi Jika Mimpi Buruk.
Apakah Maksud Mimpi Orang Yang Dah Meninggal? Bermimpi orang-orang yang dah meninggal boleh disebabkan beberapa faktor.
Pertama: Anda terlalu rindukan mereka.
Jika orang yang anda mimpikan itu adalah orang yang anda sayang, contohnya ahli keluarga anda, mungkin anda mimpikan mereka disebabkan perasaan rindu.
Seperti yang Nabi beritahu dalam hadis yang saya kongsikan di atas, ada mimpi yang berlaku disebabkan perkara-perkara yang terlalu anda fikirkan ketika jaga.
Jadi perkara tersebut terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi. Disebabkan orang yang anda mimpi itu adalah orang yang anda sayang, dan anda terlalu rindukannya ketika jaga, sebab itulah anda mimpikan orang yang dah meninggal tersebut.
Kedua: Mimpi itu adalah mainan syaitan.
Berdasarkan hadis di atas juga, Nabi telah menjelaskan kepada kita bahawa ada mimpi yang kita alami disebabkan mainan syaitan bertujuan untuk menimbulkan keresahan kepada kita.
Apa yang Nabi sampaikan ini sangat benar (sememangnya Nabi itu benar), kerana ada pesakit yang pernah menceritakan kepada saya bahawa dia ada bermimpi ahli keluarganya yang dah meninggal dalam keadaan yang menakutkan.
Ada juga yang bermimpi ahli keluarga mereka yang telah meninggal itu seakan-akan seperti diseksa.
Mimpi-mimpi begini yang dialami akan menyebabkan orang yang bermimpi itu menjadi resah dan sebagainya. Tambahan pula kerana orang yang datang dalam mimpi itu adalah ahli keluarga yang disayangi dan rapat dengan mereka ketika masih hidup dulu.
Inilah permainan syaitan.
Ketiga: Mungkin anda mengalami gangguan jin.
Mimpi yang menakutkan adalah salah satu tanda yang menunjukkan mereka yang kerap mengalaminya mungkin sedang mengalami gangguan jin.
Jangan salah sangka dengan kenyataan saya ini. Apa yang saya sampaikan adalah dari pengalaman sahaja dan bukanlah saya sedang mentakwil mimpi anda.
Apakah Tindakan Kita? Jika anda mengalami mimpi orang yang sudah meninggal, apakah yang patut dilakukan?
Bergantung pada bagaimana mimpi yang dialami. Jika anda bermimpi yang baik, ucapkanlah Alhamdulillah.
Jika mimpi tersebut menjadikan anda resah dan takut, lakukanlah apa yang diajarkan Nabi apabila anda terjaga dari tidur.
“Mimpi yang baik itu dari Allah. Sedangkan mimpi yang buruk itu dari syaitan. Jika salah seorang dari kalian bermimpi yang tidak ia sukai, maka hendaklah dia meniup ke sebelah kiri tiga kali dan membaca taawudz sebanyak tiga kali. Kemudian setelah itu hendaklah dia memalingkan tubuhnya ke arah yang lain. Dengan demikian tidak ada lagi yang membahayakan dan jangan diceritakan kepada sesiapa pun tentang mimpi tersebut”. (Hadis riwayat Bukhari no 6995, Muslim no 2261)
Dan saranan saya, jika anda kerap mengalami mimpi ahli keluarag yang dah meninggal, dan mimpi tersebut menakutkan, sebaiknya dapatkanlah rawatan dari mana-mana perawat syar’i untuk pastikan apakah ada gangguan jin atau tidak.
Kesimpulan Apabila anda bermimpi orang yang dah meninggal terutamanya jika mereka adalah ahli keluarga anda, jangan mudah meletakkan tanggapan yang negatif.
Contohnya seperti roh arwah tak tenang, arwah ada membela saka dan sebagainya. Sebaiknya lakukanlah amalan-amalan yang dapat membantu mereka di alam kubur seperti sentiasa mendoakan keampunan untuk mereka terutamanya jika yang sudah meninggal itu adalah ibu dan ayah anda.
Ataupun anda melakukan wakaf atas nama arwah. Ataupun menggantikan amalan-amalan arwah seperti ibadah haji dan puasa.
Ini kerana amalan-amalan tersebut telah disepakati ulama akan sampai dan memberikan manfaat kepada orang-orang yang telah mati.
Anda Dapat Sesuatu? Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.
Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.
Sumber rujukan:
Mimpi Orang Soleh Sebagai Peringatan Dari Allah?Ini Yang Dilakukan Ketika Mimpi Buruk


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://perawatislam.com/umum/apakah-maksud-selalu-mimpi-orang-meninggal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Maksud Disebalik Kod Huruf Amp Nombor Ip66 Ip55 Yang Selalu Dinyatakan Pada Peranti

Apakah Maksud Disebalik Kod Huruf Amp Nombor Ip66 Ip55 Yang Selalu Dinyatakan Pada Peranti

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 389 hits
Selalu kita lihat akan penyataan daya tahan peranti seperti IP66 IP77 dan lain 8211 lain akan tetapi tahukah anda maksud disetiap kod perkataan dan nombor yang dinyatakan Adakah ianya ditujukan semata 8211 mata pada rujukan kalis air atau i...
Kenapa Rambut Selalu Gugur Apakah Cara Merawatnya

Kenapa Rambut Selalu Gugur Apakah Cara Merawatnya

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 399 hits
Kenapa Rambut Selalu Gugur Dan Cara Merawatnya Yang Mudah Rambut adalah mahkota wanita Rambut yang cantik pasti meningkatkan keyakinan diri dan yang penting kesihatan diri terpelihara Rambut yang cantik juga menjadikan kita sentiasa nampak ...
Maksud Mimpi Ular Sewaktu Tidur Petanda Jodoh Hampir Tiba Atau Sihir Yang Sedang Menghampiri Rileks Media

Maksud Mimpi Ular Sewaktu Tidur Petanda Jodoh Hampir Tiba Atau Sihir Yang Sedang Menghampiri Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 458 hits
TANDA TANDA SEORANG ITU MEMPUNYA SAKA Video penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus di akhir artikel GEJALA PADA WAKTU TIDUR Susah tidur malam tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas...
70 Ribu Malaikat Akan Doakan Sesiapa Yang Selalu Amalkan Surah Ini Setiap Malam Apabila Meninggal Dunia

70 Ribu Malaikat Akan Doakan Sesiapa Yang Selalu Amalkan Surah Ini Setiap Malam Apabila Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 358 hits
Siapa yang tidak gembira jika ketika meninggal di doakan lebih kurang 70 ribu malaikat Pasti orang yang seperti ini sangat beruntung sekali Sebagai umat Muslim yang taat kita pasti bertanya tanya amalan seperti apa hingga Malaikat Allah SWT...
Artis Senior Robby Tumewu Meninggal Dunia Sahabat Semua Derita Dan Penyakitnya Sudah Diangkat

Artis Senior Robby Tumewu Meninggal Dunia Sahabat Semua Derita Dan Penyakitnya Sudah Diangkat

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 304 hits
Nama Robby Tumewu mulai populer saat bergabung dengan Lenong Rumpi di awal tahun 90 an Kamu pasti kenal
Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Meninggal Dunia

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 369 hits
Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Wira Abdul Rahman Ismail meninggal dunia di Hospital Assunta Petaling Jaya jam 8 pagi tadi Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Bukit dekat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas solat Zohor hari ini ...
Ibu Flush Bayi Dalam Lubang Tandas 5 Kali Bayi Tersangkut Dalam Lubang Hingga Meninggal Dunia

Ibu Flush Bayi Dalam Lubang Tandas 5 Kali Bayi Tersangkut Dalam Lubang Hingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 529 hits
Kejamnya duhai mu ibu Seorang remaja berusia 16 tahun tergamak membunuh bayi yang baru dilahirkannya dengan cara membuang mangsa ke dalam mangkuk tandas Lebih menyayat hati bayi yang dipam berulang kali itu tersekat separuh badan di dalam m...
Bayi Berusia 4 Bulan Meninggal Antara Sebabnya Adalah Pampers Tidak Diganti Selama Seminggu

Bayi Berusia 4 Bulan Meninggal Antara Sebabnya Adalah Pampers Tidak Diganti Selama Seminggu

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 522 hits
14 Januari 2019 Merawat bayi memang bukan perkara yang mudah apalagi untuk mereka yang tidak ada pengalaman Diperlukan kesabaran ketelatenan dan perhatian yang tinggi untuk merawat seorang bayi Sebolehnya bayi harus selalu dalam pemantauan ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak