Apabila Wakil Rakyat Jahil Erti Kesopanan Dan Kesusilaan


WAKIL rakyat merupakan mereka yang dipilih sebagai wakil kepada sebilangan rakyat di kawasan setempat sama ada untuk mewakili rakyat ke Parlimen, Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri menerusi sistem pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.
2. Apakah harapan rakyat terhadap para perwakilan rakyat ini? Secara umumnya terdapat tiga fungsi utama wakil rakyat. Pertamanya, sebagai mekanisme bagi menyampai pendapat, pandangan, dan kehendak rakyat termasuk keluhan dan tuntutannya sekali.
Kedua, sebagai pembuat atau penggubal undang-undang termasuk menghapuskan mana-mana perkara dalam Perlembagaan itu yang didapati tidak releven lagi dan ketiga, sebagai mekanisme semak dan imbang ke atas kuasa-kuasa eksekutif terutamanya dalam perkara korupsi seperti rasuah, nepotisme, kronisme dan salah guna kuasa.
3. Wakil rakyat itu bukan sahaja sebagai ‘wakil kepada rakyat’ tapi ia juga adalah wakil kepada parti yang diwakilinya.
4. Sidang Dewan Rakyat hari ini disiarkan secara langsung kepada orang ramai daripada pelbagai peringkat, pelbagai mata yang melihatnya, sama ada dalam negara atau luar negara. Sama ada negara sahabat atau musuh.
5. Amat mendukacitakan apabila setiap hari bersidang, seringkali akhlak buruk dipaparkan bagai mengalahkan siamang di dalam hutan. Terjerit-jerit tanpa segan-silu seolah-olah menggambarkan beginilah akhlak seorang wakil rakyat!
Sedar ataupun tidak, setiap patah perkataan yang dilafazkan di dalam Dewan diteliti oleh setiap orang. Setiap peringkat orang menjadi hakim untuk menilai seorang wakil rakyat yang baik atau buruk, menunaikan amanah rakyat atau sebaliknya dan bukannya sekadar ‘melalak’ di dalam Dewan tanpa ada sebarang perbahasan bermanfaat yang boleh diambil iktibar.
6. Di Dewan Rakyat, setiap perkataan yang dilafazkan di dalamnya dicatat untuk menjadi bahan bukti kenapa sesuatu undang-undang atau sesuatu keputusan itu dibuat. Sekali gus ia menjadi bahan sejarah untuk rujukan bagi generasi akan datang. Berbaloikah kita apabila dicatatkan suatu yang buruk mengenai diri kita di dalam buku besar itu?
7. Islam menyediakan panduan terbaik dalam berinteraksi sesama manusia sebagaimana tersebut dalam al-Quran mengenai Adab Dalam Berbahas;
a. Untuk berbahas atau berbicara dengan orang bawahan, maka yang dipakai adalah ‘Qaulan Layyinan’ (kata-kata yang lemah-lembut) yang ada di dalam Surah Taha ayat 44: “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.
b. Cara berbicara terakhir adalah ‘Qaulan Ma‘rufan’ yang ada dalam Surah Al-Baqarah ayat 235, An-Nisa ayat 5 dan 8, dan Al-Ahzab ayat 32. Qaulan Ma‘rufan adalah berbicara dengan baik dan tidak menyakiti ketika berhadapan dengan musuh. Qaulan Ma’rufan digunakan juga saat Nabi Musa AS bertemu dengan Firaun, perkataannya lembut dan tidak kasar.
8. Diharapkan wakil-wakil rakyat juga mampu mengamalkan empat adab berbicara dalam Islam. Sebab Islam melarang umatnya untuk berkata tidak baik dan merendahkan orang lain.
Tidak menghina pihak yang diajak berbincang, apatah lagi merendahkan, mengejek dan mentertawakan dirinya. Biar dia berasa yakin dan selamat bahawa tujuan perbahasan bukan untuk mencari kemenangan dalam berhujah, sebaliknya mencari kebenaran yang wajar difahami demi maslahat ramai.
9. Matlamat perbincangan bukan menaikkan nama seseorang individu dan menjatuhkan nama yang lain. Sebaliknya, menyerlahkan kebenaran yang sudah sedia menjadi fitrah manusia. Kebenaran itu tetap disanjung meskipun terbit daripada mulut lawan.
10. Dalam perbahasan tidak perlu menimbulkan rasa kalah atau menang antara semua pihak yang terbabit. Sepatutnya, ia menimbulkan rasa manfaat yang tidak ternilai hasil perbincangan itu. Perlu untuk menjaga hati pihak lawan serta tidak mengejek pandangan mereka. Juga, saling bermaafan dan berdamai sehingga pihak lawan tidak berasa tercabar. Akhirnya, perlu memasang niat untuk mengakhiri perbahasan tanpa pergaduhan dan perbalahan.
11. Pimpinan harus menjadi contoh dan suri teladan terbaik kepada anak buah masing-masing seperti mana yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun: “Orang ramai mengikut agama pemimpin-pemimpin mereka.”
12. Bidalan ini menepati realiti kemasyarakatan dan inilah yang berlaku dalam kebanyakan kehidupan manusia. Justeru, dengan baiknya pemimpin, maka sudah tentu akan memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat dan orang bawahannya.
13. Ketahuilah, kalian akan dipersoalkan tanggungjawab ini di akhirat kelak. Maka, berkatalah yang baik-baik seperti firman Allah SWT: “…katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik..” (Surah Al-Baqarah: 83).
Kredit: Muhamad Asri Hj Abdullah
Salinan dan ubah suai oleh Hj Rashidi Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA
The post Apabila wakil rakyat jahil erti kesopanan dan kesusilaan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/24/apabila-wakil-rakyat-jahil-erti-kesopanan-dan-kesusilaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putrajaya Perlu Jelaskan Erti Norma Baru Kepada Rakyat Kata Rafidah

Putrajaya Perlu Jelaskan Erti Norma Baru Kepada Rakyat Kata Rafidah

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 422 hits
Bekas menteri itu berkata apabila melibatkan isu pentadbiran dalam kerajaan tugas seorang menteri bukan sekadar mengeluarkan kenyataan semata mata sebaliknya perlu melihat isu dengan lebih mendalam
Rakyat Menangis Mahu Bantuan Kamu Sibuk Beli Wakil Rakyat

Rakyat Menangis Mahu Bantuan Kamu Sibuk Beli Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 240 hits
Syafie ApdalSaya diberitahu ada sesetengah pemimpin Perikatan Nasional yang kononnya mempertahankan Titah Diraja untuk tidak lagi mengheret rakyat ke dalam kemelut politik namun realiti yang berlaku adalah sangat bercanggah Perkara itu amat...
Shafie Mahu Laporan Cubaan Beli Wakil Rakyat Sabah Disiasat

Shafie Mahu Laporan Cubaan Beli Wakil Rakyat Sabah Disiasat

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 269 hits
Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal hari ini menggesa pihak berkuasa menyiasat laporan tentang cubaan ejen politik membeli wakil rakyat negeri itu Ahli Parlimen Semporna itu berkata sebilangan wakil rakyat membuat laporan polis mendakwa mereka...
Pujuk Wakil Rakyat Yakini Parti Lain Tidak Salah Kata Bung Moktar

Pujuk Wakil Rakyat Yakini Parti Lain Tidak Salah Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 264 hits
Umno Sabah berkata perbuatan memujuk atau menyakinkan wakil rakyat supaya menyokong mana mana parti bukanlah suatu kesalahan Pengerusi Umno negeri itu Bung Moktar Radin berkata kaedah sama turut digunakan ketika kempen pilihan raya bagi men...
Chean Chung Pkr Tuntut Wakil Rakyat Keluar Parti Rm10 Juta Seorang

Chean Chung Pkr Tuntut Wakil Rakyat Keluar Parti Rm10 Juta Seorang

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta seorang terhadap 20 wakil rakyat keluar parti termasuk daripada bekas Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presidennya Zuraida Kama...
Tawaran Duit Jawatan Kepada Wakil Rakyat Warisan Cerita Dongeng Kata Jeffrey

Tawaran Duit Jawatan Kepada Wakil Rakyat Warisan Cerita Dongeng Kata Jeffrey

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 327 hits
Presiden parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan menyindir pemimpin Warisan dan DAP Sabah kerana mendakwa sesetengah wakil rakyat mereka ditawarkan wang dan jawatan supaya menyertai pembangkang Beliau menggesa pemimpin terbabit supaya...
Apabila Mereka Bergelar Pemimpin Jahil Murakab

Apabila Mereka Bergelar Pemimpin Jahil Murakab

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 324 hits
BELUM pernah saya terbaca kajian dan buku mengatakan bahawa status Rasulullah adalah seorang pelarian Inilah kali pertama mendengar daripada mulut seorang yang mengaku beragama dan beramal dengan Islam jahil sejahilnya meletakkan martabat R...
Pilihanraya Pbt Wakil Rakyat Pn Tidak Menikus Dan Membisu

Pilihanraya Pbt Wakil Rakyat Pn Tidak Menikus Dan Membisu

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 205 hits
ISU Pilihan Raya PBT dihidupkan kembali di Parlimen semalam Respon Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selasa lepas bahawa kementeriannya sedang menyediakan kertas Kabinet bagi membuka laluan pelaksanaan pilihan raya ini telah mendapat ...
Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20