Apabila Mereka Bergelar Pemimpin Jahil Murakab




BELUM pernah saya terbaca kajian dan buku, mengatakan bahawa status Rasulullah ﷺ adalah seorang pelarian.
Inilah kali pertama mendengar daripada mulut seorang yang mengaku beragama dan beramal dengan Islam, jahil sejahilnya, meletakkan martabat Rasulullah ﷺ sebegitu rendah, sebagai pelarian, istilah yang digunakan hari ini, yang dikatakan sama dengan istilah penghijrah.
Ini satu kejahilan hingga ke tahap murakab. Jika tidak tahu, bertanya, jangan jadi jahil. Mengucaplah.
Kajian demi kajian dibuat oleh sarjana barat dan orientalis, yang terbit daripada mulut mereka, tetap perkara yang baik-baik mengenai Rasulullah ﷺ, kecuali musuh-musuh Islam.
Hatta, Michael Hart, dalam buku 100 orang yang paling berpengaruh di dunia, tetap meletakkan Baginda Rasulullah ﷺ di tempat yang pertama, meskipun kajian turut dilakukan ke atas Nabi Musa A.S dan Nabi Isa A.S.
Turut dibandingkan dengan orang orang hebat yang lain seperti Einstein, Galileo, dan lain-lain.
Begitu juga kajian-kajian lain seperti Bernard Shaw, Zuwaimer, seorang Orientalis Kanada, Bretly Hiler, seorang Orientalis Jerman, Bernardesho, seorang penulis dan pengkritik British, Snersten Elasogi, Professor Bahasa Aramaic, Senex, seorang orientalis Amerika Syarikat, Lev Tolstoy, seorang sastrawan Russia, Shaberk, cendiakawan Austria, Thomas Carlyle, seorang Ahli Falsafah Inggeris – Pemenang Hadiah Nobel, Gotah, seorang sasterawan Jerman dan lain-lain.
Semua memuji Nabi ﷺ , langsung tidak ada istilah negatif atau istilah pelarian muncul.
Tiba-tiba semalam, terbit perkataan Nabi Muhammad ﷺ juga seorang pelarian. Selepas ini, ultra kiasu dan musuh-musuh Islam akan menggunakan istilah Melayu juga pelarian daripada Tanah Jawa ke Tanah Melayu.
Si jahil ini langsung tidak dapat memahami istilah ini daripada sudut ilmu dan epistimologinya.
Istilah pelarian digunakan sewenang-wenang, tanpa dibahaskan dahulu istilah negara dan negara bangsa.
Adakah dahulu wujud istilah sempadan kepada sesebuah negara berbanding hari ini, yang telah dimuktamadkan, bahawa setiap negara perlu ada kerajaan yang berkuasa, sempadan yang berdaulat, dan sebagainya.
Dahulu, mana ada istilah-istilah ini negara dan negara bangsa.
Siapa kuat mereka yang berkuasa. Empayar bertukar empayar, dinasti bertukar dinasti. Begitulah pusingannnya.
Mereka akan berhijrah ke mana sahaja yang mereka sukai dalam kalangan mereka.
Misalnya, pergerakan orang orang Arab dalam negara-negara Arab atau Timur Tengah.
Begitu pergerakan atau penghijrahan orang Melayu dalam kepulauan Melayu. Adakah Melayu layak digelar pelarian atau pendatang?
Sesama bangsa, bergerak dalam kawasan persekitaran mereka. Itu bukan pelarian.
Berbanding dengan bangsa asing yang mendatangi sesuatu kawasan asing. Amat berbeza.
Misalnya, bangsa Cina mendatangi alam Melayu dan tinggal di Tanah Melayu.
Begitu juga bangsa India mendatangi Tanah Melayu. Adakah mereka layak digelar sebagai pelarian atau pendatang mengikut sejarah?
Jawapannya, ya. Mereka pelarian dan juga pendatang. Namun, disebabkan oleh sikap teramat baik, tolak ansur bangsa Melayu, bangsa lain diterima sebagai warganegara setelah terbentuknya negara bangsa.
Tetapi ia tidak berlaku dalam konteks, Arab sesama Arab, atau Melayu sesama Melayu, atau Cina sesama Cina, India sesama India.
Sebab mereka bergerak dalam lingkungan sesama mereka di kawasan mereka. Mereka bukan pelarian.
Ini belum lagi dibahaskan istilah-istilah yang lebih rumit hari ini contohnya seperti:
Pertama, negara bersifat satu bangsa satu negara (one state one nation). Satu bangsa satu negara merujuk kepada negara sebangsa iaitu negara bersifat homogeneous.

Keadaan ini merujuk kepada asal-usul sesuatu bangsa yang tidak dihijrahi oleh bangsa lain.
Nama sesebuah bangsa, membentuk nama negaranya. Contoh, bangsa Jepun membentuk negara Jepun, bangsa Jerman membentuk negara Jerman, bangsa Cina membentuk negara China, bangsa India membentuk negara Islam.
Jika adapun bangsa lain yang berhijrah, bilangannya sangat minoriti.
Bangsa tanpa negara (nation without state) merujuk kepada sesuatu bangsa, tetapi tidak mempunyai negara.
Bangsa ini akan bertindak menuntut autonomi untuk hidup bernegara. Tindakan menuntut autonomi ini biasanya tidak disenangi oleh bangsa yang mempunyai negara. Misalnya, bangsa Melayu Patani di Selatan Thailand. Bangsa Melayu Pattani tidak mempunyai negara sendiri, kerana negara dimiliki oleh bangsa Siam (Thai). 
Begitu juga dengan bangsa Moro di Selatan Filipina. Tindakan menuntut autonomi tidak disenangi oleh kerajaan Filipina.
Keadaan yang sama dialami oleh bangsa Kurdis yang mendiami utara Iraq.
Bangsa Kurdis berjaya membentuk wilayah autonomi Kurdistan, namun negara Kurdistan tidak diiktiraf sebagai sebuah negara oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Begitu juga dengan umat Islam Islam di Palestin, sehingga kini masih tidak mempunyai negara, tidak diiktiraf oleh PBB.
Kedua, negara tanpa bangsa (state without nation). Keadaan ini dapat dilihat dalam sesebuah negara yang diperakui kedaulatannya, tetapi tidak jelas dari segi identiti bangsa yang dibina.
Dalam konteks ini, negara Malaysia dirujuk sebagai negara tanpa bangsa, walaupun asal usul Malaysia adalah daripada Tanah Melayu, sebuah negara yang dihuni sepenuhnya oleh bangsa Melayu.
Orang Cina yang mendatang dapat menjadi warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang.
Melalui proses kewarganegaraan yang dikatakan sebagai ‘stroke of a pen’, demografi negara berubah serta-merta.
Hampir 40 peratus daripada warganegaranya adalah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum.
Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia.
Pendek kata, setiap negara bangsa memiliki kumpulan bangsa asal yang membina dinasti, empayar dan negara bangsa mereka sendiri.
Namun, disebabkan oleh interaksi, penghijrahan, penjajahan, pelarian, perkembangan kapitalisme, geo-politik dan lanskap politik negara telah mengalami perubahan melalui perjanjian dan penaklukan semenjak abad ke-16.
Ketiga, istilah negara bangsa tamu, negara bangsa tamu merujuk kepada negara-negara seperti negara Jerman, United Kingdom, Perancis, China, India, Thailand, Indonesia, Myanmar, Sri Lanka, Brunei, Filipina, Malaysia dan lain-lain.
Kawasan atau wilayah negara ini diduduki oleh kumpulan etnik asal (Karolewski dan Suszycki 2011).
Dalam kata lain, bangsa Siam, membentuk negara Siam (Thailand). Bangsa Cina membentuk negara China. Bangsa Indonesia membentuk negara Indonesia. Begitulah juga proses seterusnya, negara-negara lain.
Pendek kata, hegemoni politik terdiri daripada anak watan.
Semua ini telah diiktiraf, diperakui dan diterima dunia.
Negara-negara ini menerima kedatangan imigran, mereka akan bernaung di bawah payung anak watan di situ.
Kita dapati berlaku proses asimilasi yang begitu ketara. Misalnya, imigran Cina di Thailand dan Indonesia tidak lagi menampakkan lagi identiti bangsanya kerana telah diserapkan ke dalam bangsa majoriti.
Keempat, negara bangsa ‘settler’. Negara bangsa ‘settler’ merujuk kepada sebuah negara bangsa ‘settler’ seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Singapura dan sebagainya.
Imigran-imigran yang menduduki negara itu mendominasi negara yang dimigrasi, meminggirkan anak watan, meletak di tanah-tanah rezab dan ada yang menghapuskan anak-anak watan asalnya (Delora 1998, Wolfe 2006).
Melalui pemilikan tanah, penguasaan ekonomi dan politik oleh imigran ‘settler’ ini, kedudukan anak watan tidak diperakui dan diterima.
Hegemoni politik diganti dengan kumpulan etnik yang menguasai ekonomi dan politik seperti WASP, Anglo-Celtic, Perancis, Cina dan sebagainya.
Adakah si jahil ini tahu istilah-istilah ini sebelum label pelarian diletakkan kepada baginda Rasulullah ﷺ ?
Amat malang sekali dalam sejarah negara ini, apabila seorang pemimpin beragama Islam, berucap di Parlimen, tanpa melihat semua fakta, asal usul negara dan negara bangsa dan pengkelasan jenis-jenis negara.
Inilah akibatnya apabila mendapat pemimpin jahil. Sebab itu, bila dah jahil bertanya, jangan sedap bercakap.
Lebih-lebih lagi jika percakapan kita boleh merosakkan imej Islam sehingga musuh mengambil kesempatan. Bertaubatlah, wahai saudaraku. Pendapat yang saudara keluarkan teramat jahil.
Saya melihat, semua isu ini dibangkitkan untuk menutup isu-isu yang lebih besar hari ini, seperti Tabung Haji.
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/apabila-mereka-bergelar-pemimpin-jahil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Ppbm Dakwa Ahli Parlimen Umno Bersama Mereka

Pemimpin Ppbm Dakwa Ahli Parlimen Umno Bersama Mereka

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 300 hits
Seorang pemimpin atasan PPBM tidak memandang penting pengumuman presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa parti itu tidak akan menyertai Perikatan Nasional dengan berkata kebanyakan ahli Parlimen parti itu adalah bersama kita Pemimpi...
Apabila Wakil Rakyat Jahil Erti Kesopanan Dan Kesusilaan

Apabila Wakil Rakyat Jahil Erti Kesopanan Dan Kesusilaan

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 287 hits
WAKIL rakyat merupakan mereka yang dipilih sebagai wakil kepada sebilangan rakyat di kawasan setempat sama ada untuk mewakili rakyat ke Parlimen Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri menerusi sistem pilihan raya yang diadakan lima tahun s...
Miera Leyana Sah Bergelar Isteri Sekali Profil Suaminya Jadi Buah Mulut Ramai

Miera Leyana Sah Bergelar Isteri Sekali Profil Suaminya Jadi Buah Mulut Ramai

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 1045 hits
Rasanya baru beberapa hari lepas keluar berita tentang pelakon ini yang mengaku sedang rapat dengan seseorang Siapa sangka hari dah berkahwin Dengan sekali lafaz pelakon Miera Leyana 27 selamat diijabkabulkan dengan usahawan Rosland Othman ...
Hiburan Lelaki Umur 40 An Jadi Pilihan Miera Leyana Kini Bergelar Isteri

Hiburan Lelaki Umur 40 An Jadi Pilihan Miera Leyana Kini Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 517 hits
Pelakon Miera Leyana kini sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan Roslan Othman 40 an Miera 27 yang selamat menamatkan zaman bujangnya malam tadi telah bernikah dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala...
Walau Bergelar Anak Menteri Amp Isteri Designer Datin Nina Selesa Urus Bisnes Sendiri

Walau Bergelar Anak Menteri Amp Isteri Designer Datin Nina Selesa Urus Bisnes Sendiri

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 346 hits
DATIN NINA SABRINA DATUK SERI ISMAIL SABRI Pertama kali mengenali wanita cantik ini adalah ketika sesi fotografi kira kira tujuh tahun lalu Disifatkan seorang yang mudah mesra dan manja Datin Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri cukup berun...
Hiburan Bergelar Usahawan Berjaya Shuib Sepahtu Elak Digoda Wanita Gold Digger

Hiburan Bergelar Usahawan Berjaya Shuib Sepahtu Elak Digoda Wanita Gold Digger

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 263 hits
Mendedahkan seboleh bolehnya cuba mengelakkan diri dari terjerumus dengan wanita yang suka mempergunakan lelaki kaya sebagai lubuk emas usahawan dan pelawak Shuib Sepahtu akui sedar akan kewujudan golongan wanita yang gemar mengambil kesemp...
Merancang Hidup Setelah Bergelar Isteri

Merancang Hidup Setelah Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 310 hits
Pernah suatu ketika suami saya berkata Dulu abang pernah bercita cita nak jadi doktor Seketika kemudian beliau berkata lagi Tapi naik darjah dua abang tukar nak jadi polis Saya tersenyum sendiri Saya pun begitu dan saya yakin semua manusia ...
Bertuah Bergelar Ibu Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Tengok Anak Hilang Stres

Bertuah Bergelar Ibu Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Tengok Anak Hilang Stres

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 354 hits
Untuk menghindari masalah kesihatan kita perlu menjaga aspek pemakanan atau bersenam Tapi 1 perkara yang ramai tidak tahu menjadi ibu juga sebenarnya dapat memperbaiki tahap kesihatan Kelebihan menjadi ibu Pastinya anda tidak percaya bahawa...
Kudeta Sabah Gagal Pengajaran Buat Pemimpin Katak

Kudeta Sabah Gagal Pengajaran Buat Pemimpin Katak

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 605 hits
Ahli Jawatakuasa Pusat DAP Liew Chin Tong hari ini berkata kegagalan menumbangkan Kerajaan Sabah akan menjadi satu pengajaran kepada pemimpin pemimpin politik lain yang berhasrat untuk melompat ke parti lain demi meraih keuntungan peribadi ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever