Apa Yang Menarik Di Restoran Sana Sini Cyberjaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera

APA YANG MENARIK DI RESTORAN SANA SINI, CYBERJAYA? | Apa khabar semua? Alhamdulillah, semoga anda sihat-sihat belaka. Kali ini aku nak kongsikan dengan anda salah satu lokasi menarik untuk makan, berkumpul bersama rakan-rakan, keluarga, dan juga sebagainya
Baru-baru ini aku berkesempatan ke sebuah shopping centre yang terletak di Cyberjaya, Dpulze Shopping Centre. Tahukah anda bahawa di dalam pusat beli belah ini ada satu restoran yang menawarkan hidangan fusion dan berinspirasikan Hong Kong
Untuk mereka yang meminati hidangan-hidangan sebegini, anda bolehlah ke Restoran Sana Sini. Nama restoran pun dah unik bukan? Sana Sini, macam tajuk lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza, Siti Situ Sana Sini daripada album Transkripsi (2006)

APA YANG MENARIK DI RESTORAN SANA SINI?

Okay, Restoran Sana Sini ini mempunyai ruang untuk pelanggan yang luas, jadi tak perlu risau jika bawa sekeluarga ke sini, pasti akan cukup tempat duduk
Selain itu, dekorasi di dalam restoran ini juga cantik, ada beberapa tempat yang khas untuk bergambar sebagai gambar OOTD dan sebagainya. Jadi bolehlah untuk anda yang gemar bergambar dan upload dilaman sosial untuk bergambar di restoran ini

Lebih menarik apabila ada kemudahan tempat permainan kanak-kanak di dalam restoran ini. Selain itu, ada ruang khas untuk anda menyambut hari lahir atau apa-apa majlis di sini. Boleh dikatakan semuanya serba lengkap.👍
SENARAI HIDANGAN YANG MENARIK
Apa lagi yang menarik? Mestilah hidangan yang tersedia di Restoran Sana Sini. Ada pelbagai hidangan yang sememangnya membuatkan aku terliur. Semuanya sedap-sedap belaka dan 'kena' dengan selera aku.😅
Jadi, jemput untuk lihat senarai hidangan yang ada di Restoran Sana Sini

NASI AYAM 7 ADIK BERADIK

PINEAPPLE SEAFOOD FRIED RICE

SWEET AND SOUR FISH RICE

HOKKAIDO CURRY CHICKEN CHOP WITH OMELETTE

SALTED EGG CHICKEN WING

CLAYPOT BEANCURD WITH VEGETABLE

BUTTER CHICKEN WITH EGG FLOSS RICE

SPICY SZECHUAN CHICKEN RICE

BLACK PEPPER BEEF RICE

SPAGHETTI AGLIO OLIO WITH SEAFOOD

KING PRAWN KWAY TEOW WITH GINGER AND EGG

SALTED EGG YOLK SQUID RICE

FIRE FLAME CAJUN CHICKEN CHOP

SAMBAL PRAWN RICE

CLASSIC CHICKEN CARBONARA

SIZZLING YEE MEE WITH CHICKEN AND MUSHROOM

SIZZLING AYAM BAKAR RICE

PUMPKIN SEAFOOD FRIED RICE

CURRY LAKSA NOODLE

BUTTER MILK CHICKEN
Bagaimana? Terliur tak dengan hidangan yang tersenarai? Kalau ditanya, memang sukar untuk aku pilih mana satu pilihan yang aku suka. Boleh dikatakan semuanya aku suka. Entahlah, memang sangat susah nak buat pilihan. ✌

Ini pula adalah air yang ada di Restoran Sana Sini. Lihatlah saiznya, begitu besar ya! Memang terus hilang haus lepas dapat saiz minumam sebesar ini.

Jadi aku memang sarankan untuk anda semua sekiranya berkelapangan atau teringin nak makan hidangan yang sedap-sedap untuk datang dan rasa hidangan di Restoran Sana Sini. Pasti anda akan berpuas hati dengan saiz hidangan, suasana di restoran dan kemudahan yang tersedia. ✌
JEMPUT TONTON VIDEO 👇
RESTORAN SANA SINI
ALAMAT : LG 01, Dpulze Shopping Centre, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor.
FACEBOOK : https://www.facebook.com/Restoran-sana-sini-205555339936614/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/sanasinirestoran
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2020/07/apa-yang-menarik-di-restoran-sana-sini.html