Kit Siang Gesa Kdn Tarik Balik Pengharaman Komik Inisiatif Jalur Jalan




Lim Kit Siang menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula keputusan mengharamkan komik “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama”, termasuk versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina, diumumkan semalam.
Kata beliau, ini kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerajui pentadbiran atas janji akan memperkenalkan era keterbukaan lebih besar tanpa menjejaskan keselamatan negara.
Malah, dalam Janji 27 manifesto PH, kata beliau, telah secara khusus menyatakan akan memansuhkan undang-undang yang menindas seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Saya tidak nampak KDN telah bertindak dengan betul dalam mendakwa buku komik Hew Kuan Yau mempromosikan komunisme ataupun dia simpati terhadap perjuangan komunis,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Semalam, KDN mewartakan perintah larangan terhadap komik “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama”, termasuk versi kedua-dua bahasa Inggeris dan Cina.
Perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikannya dilarang secara mutlak.
Menurut kementerian itu, terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.
“Kandungan penerbitan ini antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang komunis serta mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis,” katanya.
Menurut KDN, ia juga boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda tentang sejarah Malaysia, seterusnya mempertikaikan usaha serta perjuangan tokoh dan pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara.
“Kandungan penerbitan ini dilihat tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta dibimbangi boleh memecah belahkan keharmonian dan perpaduan masyarakat,” tambahnya.
Dalam kenyataannya Lim yang juga ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata beliau mengenali Hew lebih tiga dekad, sejak tahun-tahun awal dia sebagai seorang “pemuda yang berang” , sehingga boleh bertindak sangat kasar dan mencetuskan situasi tidak senang, tetapi demi keadilan dan keadaan di Malaysia yang lebih baik, dan tindakan terakhir yang dia akan lakukan adalah menjadi komunis atau mempromosikan komunisme.
“Oleh itu, menjadi kejutan kepada saya apabila buku komik diharamkan oleh KDN atas alasan mempromosikan komunisme dan bersimpati kepada perjuangan komunis.
“Saya tidak bersetuju dengan semua pemikiran dan idea Hew, dan saya tidak membaca buku komiknya apabila kontroversi itu tercetus tetapi Hew bukanlah seorang komunis atau seorang yang bersimpati kepada komunis,” kata beliau.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/24/kit-siang-gesa-kdn-tarik-balik-pengharaman-komik-inisiatif-jalur-jalan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Protes Pelajar Kit Siang Gesa Um Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Graduan

Protes Pelajar Kit Siang Gesa Um Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Graduan

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 548 hits
PETALING JAYA Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa Universiti Malaya menarik balik laporan polis terhadap seorang pelajarnya yang mengadakan protes dengan menunjukkan plakad terhadap naib canselornya semasa istiadat konvokesyen unive...
Graduan Biadap Yan Ke Gesa Universiti Malaya Tarik Balik Laporan Polis

Graduan Biadap Yan Ke Gesa Universiti Malaya Tarik Balik Laporan Polis

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 447 hits
SHAH ALAM Graduan kejuruteraan awam Universiti Malaya yang melakukan protes semasa majlis konvokesyen baru baru ini menggesa pihak pengurusan universiti terbabit menarik laporan polis terhadapnya Wong Yan Ke 23 berkata ia sebagai bukti piha...
Gesa Universiti Tarik Balik Ijazah Mahasiswa Biadab

Gesa Universiti Tarik Balik Ijazah Mahasiswa Biadab

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 624 hits
ISMA WEBTindakan Wong Yan Ke memalukan patut dikenakan tindakan tegasBANGI Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya melancarkan satu petisyen khas menuntut universiti menarik balik sijil Ijazah Sarjana Muda milik Wong Yan Ke atas tindakan biad...
Kdn Haram Komik Jalur Dan Jalan

Kdn Haram Komik Jalur Dan Jalan

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 656 hits
PETALING JAYA Kementerian Dalam Negeri hari ini mewartakan perintah larangan terhadap komik Inisiatif Jalur Jalan Meraih Manfaat Bersama termasuk versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina Perintah itu menetapkan pencetakan pengimportan penghasi...
Terima Komik Inisiatif Jalur Bukan Ukuran Kpm Iktiraf Komik Berkenaan

Terima Komik Inisiatif Jalur Bukan Ukuran Kpm Iktiraf Komik Berkenaan

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 448 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Komik Komunis Salahkan Melayu Punca Kit Siang Tak Jadi Pm

Komik Komunis Salahkan Melayu Punca Kit Siang Tak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1026 hits
APABILA isu komik propaganda mengagung agungkan komunis telah viral dan mendapat kecaman daripada rakyat kerajaan DAP negeri Pulau Pinang cuba menafikan penglibatan mereka Komik itu juga menyalahkan kaum Melayu yang menyebabkan Lim Kit Sian...
Kdn Haram Komik Pengerusi Dap Setiausaha Agung Dap Minta Maaf

Kdn Haram Komik Pengerusi Dap Setiausaha Agung Dap Minta Maaf

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 773 hits
Akhirnya Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan komik propaganda DAP pro komunis Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama Mereka yang terlibat dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau did...
Chow Kon Yeow Dakwa Kdn Terlalu Pantas Haramkan Komik Kontroversi

Chow Kon Yeow Dakwa Kdn Terlalu Pantas Haramkan Komik Kontroversi

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 370 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini berpendapat tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan komik Inisiatif Jalur Jalan Meraih Manfaat Bersama terlalu pantas Beliau berkata pihak berkuasa seharusnya perlu meneliti niat sebe...
Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

May 17 2025

Janji Dengan Cikgu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Need And Want

Jodoh Itu Memang Takdir Tetapi Kamu Berhak Memilih Jodoh Terbaikmu

Sahabat Sejati Permata Yang Sukar Dicari Tapi Sentiasa Ada Ketika Diperlukan

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang