Apa Tujuan Hilman Berjumpa Haziq
ISTILAH TERKINI:SEMBURITSIAPA YANG MENJADI PENCATURNYA PERLU DICARI, PENCATUR TENTUNYA SEDANG SAKIT PERUT SEKARANG, PELUH KUNING MULA KELUAR. APABILA SAMA-SAMA SATU PARTI BERSELISIH, BERMAKNA ADA SUATU KERETAKAN SERIUS BERLAKU, ERTINYA PKR MEMANG PARTI BERMASALAH.PUNCANYA SUDAHPUN TERBAYANG MENGAPA PERKARA INI BERLAKU, SEPATUTNYA HILMAN TAK USAH JUMPA HAZIQ.APABILA MEREKA BERJUMPA MAKA TERBAYANGLAH SUATU KEBODOHAN, DAN DISINILAH PUNCA CERITA KLIP VIDEO ITU MENJADI PANAS DAN PARTI DI DALAM KEHANCURAN.RAKYAT SEDANG MENILAI ATAS KEBODOHAN ATAU SUATU TAKDIR SUDAH TIDAK DAPAT DIELAKAN. Haziq digantung tugas serta-merta
Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa terlibat dalam aksi lucah bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali telah digantung tugas-tugasnya sebagai setiausaha sulit kanan kepada timbalan menteri industri utama berkuatkuasa serta merta.
Sandakan bukan kali pertama - Haziq
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengulangi dakwaannya bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.
Hari ini, dia sekali lagi tampil di laman Facebook dan mendakwa rakaman video yang disebarkan sebelum ini bukan kali pertama mereka bersama.
“Pertama kali di Grand Continental Kuching, tiga tahun lalu, kemudian di Pullman Kuching semasa Pemilihan Parti (PKR) pada Oktober tahun lalu.
“Kami sekali lagi melakukannya di Hotel Grand Hyatt KL semasa tugasan kamu selaku Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada Mac tahun ini dan bulan lalu di Fourpoint Sandakan,” katanya.-Pak Karamu- Hilman akui ada jumpa HaziqNews | Diterbitkan Hari ini 12:48 tengahari | Dikemaskini Hari ini 12:48 tengahari
Hilman Idham, setiausaha politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, hari ini mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz sebelum Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama menteri itu.
"Betul," kata Hilman kepada pemberita di Putrajaya ketika disoal mengenai dakwaan Haziq bahawa mereka berjumpa di sebuah restoran di Marriot Putrajaya, sebelum video pengakuan bersumpah dikeluarkan semalam.
Bagaimanapun, Hilman enggan mengulas apabila ditanya mengenai dakwaan Haziq bahawa beliau memintanya untuk menafikan bahawa Azmin terbabit dalam video tersebut.
“Tak apa, saya dah serahkan semua kepada pihak polis.“Kita biar polis siasat,” katanya.
Hilman yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) diminta mengulas dakwaan Haziq di Facebook hari ini yang mendakwa Azmin mengarahkan mereka berjumpa di sebuah restoran di Putrajaya.
“Dia paksa saya untuk menafikan bahawa diri saya dalam video yang tular itu dan meminta saya berbohong untuk dirinya.
“Saya mohon lebih masa untuk merujuk kepada ibu bapa saya dan ini menimbulkan kemarahannya.
“Selepas saya menolaknya, dia membuat ugutan dan berkata 'ini' akan berakhir dalam 48 jam dengan atau tanpa bantuan saya untuk berbohong,” kata Haziq.
Hilman sebelum itu membuat laporan qazaf berkaitan isu penyebaran video lucah itu di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Putrajaya dan juga laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
Katanya, PKR akan memberi kerjasama sewajarnya kepada polis dan JAWI atas segala siasatan yang dilakukan.
“Insya-Allah saya yakin dan tegaskan pendirian saya bahawa keyakinan kami, ia tuduhan palsu dan fitnah jahat diadakan untuk menjejas reputasi dan keperibadian Azmin.
“Saya tegaskan lagi bahawa fitnah ini merupakan suatu konspirasi jahat untuk menyekat kemaraan Azmin dalam politik,” katanya.
Azmin, semalam menafikan bahawa dirinya terbabit dalam video lucah yang sedang beredar di media sosial dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk menamatkan kerjaya politiknya.
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menolak video berkenaan sebagai palsu, dan mendakwa bahawa mereka di sebaliknya mempunyai motif politik.
Semalam, Haziq yang mendakwa terlibat sama dalam video terbabit tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi atas ranjang bersama Azmin yang juga timbalan presiden PKR.
Haziq turut mengulangi tuduhannya hari ini dan mendakwa ini bukan kali pertama mereka bersama.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://abnnasution.blogspot.com/2019/06/apa-tujuan-hilman-berjumpa-haziq.html