Hilman Akui Ada Jumpa Haziq


News | Diterbitkan Hari ini 12:48 tengahari


Hilman Idham, setiausaha politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, hari ini mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz sebelum Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama menteri itu.

"Betul," kata Hilman kepada pemberita di Putrajaya ketika disoal mengenai dakwaan Haziq bahawa mereka berjumpa di sebuah restoran di Marriot Putrajaya, sebelum video pengakuan bersumpah dikeluarkan semalam.

Bagaimanapun, Hilman enggan mengulas apabila ditanya mengenai dakwaan Haziq bahawa beliau memintanya untuk menafikan bahawa Azmin terbabit dalam video tersebut.
“Tak apa, saya dah serahkan semua kepada pihak polis.

“Kita biar polis siasat,” katanya.

Hilman yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) diminta mengulas dakwaan Haziq di Facebook hari ini yang mendakwa Azmin mengarahkan mereka berjumpa di sebuah restoran di Putrajaya.

“Dia paksa saya untuk menafikan bahawa diri saya dalam video yang tular itu dan meminta saya berbohong untuk dirinya.

“Saya mohon lebih masa untuk merujuk kepada ibu bapa saya dan ini menimbulkan kemarahannya.

“Selepas saya menolaknya, dia membuat ugutan dan berkata 'ini' akan berakhir dalam 48 jam dengan atau tanpa bantuan saya untuk berbohong,” kata Haziq.

Hilman sebelum itu membuat laporan qazaf berkaitan isu penyebaran video lucah itu di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Putrajaya dan juga laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Katanya, PKR akan memberi kerjasama sewajarnya kepada polis dan JAWI atas segala siasatan yang dilakukan.

“Insya-Allah saya yakin dan tegaskan pendirian saya bahawa keyakinan kami, ia tuduhan palsu dan fitnah jahat diadakan untuk menjejas reputasi dan keperibadian Azmin.

“Saya tegaskan lagi bahawa fitnah ini merupakan suatu konspirasi jahat untuk menyekat kemaraan Azmin dalam politik,” katanya.

Azmin, semalam menafikan bahawa dirinya terbabit dalam video lucah yang sedang beredar di media sosial dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk menamatkan kerjaya politiknya.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menolak video berkenaan sebagai palsu, dan mendakwa bahawa mereka di sebaliknya mempunyai motif politik.

Semalam, Haziq yang mendakwa terlibat sama dalam video terbabit tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi atas ranjang bersama Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

Haziq turut mengulangi tuduhannya hari ini dan mendakwa ini bukan kali pertamamereka bersama.

[Baca berita penuh]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/hilman-akui-ada-jumpa-haziq.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hilman Mengaku Jumpa Haziq Di Restoran Zest Marriot Putrajaya

Hilman Mengaku Jumpa Haziq Di Restoran Zest Marriot Putrajaya

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 353 hits
Muhammad Hilman Idham mengaku dia ada bertemu dengan Haziq Abdul Aziz yang membuat pengakuan bersumpah telah bersama seorang lagi individu mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali dalam video intim yang tular sejak awal pagi sel...
Akui Dirinya Dalam Video Semburit Haziq Aziz Jalani Pemeriksaan Di Hkl

Akui Dirinya Dalam Video Semburit Haziq Aziz Jalani Pemeriksaan Di Hkl

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 1495 hits
Selepas ditahan oleh pihak polis di KLIA semalam Haziq Aziz yang mengaku sebagai lelaki dalam satu video lucah dikaitkan dengan Azmin Ali kini sedang menjalankan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur BACA Haziq Aziz Ditahan Polis Mengaku Di ...
Akhirnya Azmin Ali Akui Kenal Haziq

Akhirnya Azmin Ali Akui Kenal Haziq

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1556 hits
Panglima siapa untung jika Azmin jatuh Anwar atau Umno atau Mukhriz Saya kenal Haziq dari jauh AzminMOHAMED AZMIN ALI13 Jun 2019 3 14 PM661SHAH ALAM 13 Jun Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terpalit dengan isu vide...
Keterangan Hilman Tentang Dakwaan Ugut Haziq Sudah Cukup

Keterangan Hilman Tentang Dakwaan Ugut Haziq Sudah Cukup

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 589 hits
SEPANG Setiausaha politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi Hilman Idham hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini sebentar tadi berhubung laporan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa dia diugut oleh Hilman minggu lalu ...
Azmin Kenal Haziq Dari Jauh Hilman Nafi Ugut Haziq Shamsul Pula Kebingungan

Azmin Kenal Haziq Dari Jauh Hilman Nafi Ugut Haziq Shamsul Pula Kebingungan

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 733 hits
The ReporterDalam perkembangan terkini kes skandal hubungan sejenis pemimpin Parti Keadilan Rakyat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali menegaskan dia hanya mengenali Haziq Abdullah Abdul Aziz dari jauh Saya mengenali Haziq dari j...
Apa Tujuan Hilman Berjumpa Haziq

Apa Tujuan Hilman Berjumpa Haziq

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 609 hits
ISTILAH TERKINI SEMBURITSIAPA YANG MENJADI PENCATURNYA PERLU DICARI PENCATUR TENTUNYA SEDANG SAKIT PERUT SEKARANG PELUH KUNING MULA KELUAR APABILA SAMA SAMA SATU PARTI BERSELISIH BERMAKNA ADA SUATU KERETAKAN SERIUS BERLAKU ERTINYA PKR MEMAN...
Video Intim Mirip Menteri Haziq Rapat Dengan Pembangkang Zuraida

Video Intim Mirip Menteri Haziq Rapat Dengan Pembangkang Zuraida

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 503 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menegaskan lelaki yang mendakwa dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip menteri mempunyai hubungan baik dengan pembangkang Menerusi satu kenyataan di...
Haziq Abdullah Ditahan Sebelum Berlepas Ke Manila

Haziq Abdullah Ditahan Sebelum Berlepas Ke Manila

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 520 hits
KUALA LUMPUR Haziq Abdullah Abdul Aziz lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video lucah dengan mengaitkan seorang menteri Kabinet dijadual berlepas ke Manila berdasarkan tiket penerbangannya sebelum ditahan Pengarah Jabatan Siasatan J...
Popcorntambah Terkini Haziq Ditahan Di Klia

Popcorntambah Terkini Haziq Ditahan Di Klia

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 719 hits
Haziq Aziz individu yang mengakui mempunyai hubungan bersemburit bersama individu lain yang didakwa sebagai seorang Menteri atau Azmin Ali telah ditahan di Kuala Lumpur International Airport petang ini Sumber memberitahu tangkapan dibuat pa...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

Gaojing888 To 9 2568 888 Website 888 Gaojing888 Top 69 By Leif

Live22 12 Aug 2568 Live22 Top 41 By Norma Likeslot123 Com

Senarai Semua 17 Jenis Klasifikasi Perkhidmatan Sspa Penjawat Awam Terkini Pekeliling 2024

Sewerage Bills In Malaysia What Are You Really Paying For

Resipi Somtam Betik Muda Pedas Masam Manis Memang Sedap

Kalau Macam Ni Punya Meriah Order 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Huawei Matepad Pro 12 2

Anak Tak Nak Pergi Sekolah Cuba Fahami Dulu Sebelum Nak Melenting

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Bingxue Malaysia Halal

Redefining Intimacy In The Menopausal Years With Gummies That Do More Than Taste Good