Apa Sumbangan Dap 60 Tahun Lalu Selain Perkauman


ainulillia  Khaled tempelak cara pemikiran Kit Siang yang amat songsang
BANGI – “Yang bercakap mengenai Malaysia Baharu, hanyalah YB (Lim Kit Siang), anak YB dan konco-konco YB. Seolah-olah YB adalah pejuang pembebasan yang terpenjara berpuluh tahun dan akhirnya setelah dibebaskan berjaya menumbang kerajaan yang zalim.” 
Demikian selar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terhadap kenyataan penasihat veteran DAP, Lim Kit Siang berhubung objektif ‘Malaysia Baharu’ sehingga memberi bayangan beliau akan bersara.
Kit Siang dalam blog rasminya beberapa hari lalu melontarkan pertanyaan sama ada beliau perlu melupakan impian Malaysia Baharu dan bersara selepas lebih lima dekad bergelumang dalam politik, ekoran keyakinan dalam kalangan penyokong yang dikatakan semakin menurun.
Menyebut berkenaan dekad perjuangan dan pengorbanannya, Kit Siang berjanji bahawa DAP tidak akan memungkiri keyakinan rakyat atau mengetepikan prinsipnya serta harapan dan objektif Malaysia Baharu.
Membidas perkara itu, Khaled mengingatkan Kit Siang bahawa yang baru tidak semestinya baik dan yang lama tidak semestinya jelik. 
Malah, beliau menyifatkan cara pemikiran yang dibawa oleh Kit Siang sebagai amat songsang dan juga keanak-anakan.
“Apa YB lupa, BN telah membina negara ini dengan jayanya. Jika tidak, masakan peralihan kuasa berlaku dengan aman dan baik. Jika tidak, masakan kerajaan dapat berfungsi seusai pilihan raya. Jika tidak, masakan wujud generasi yang sangat waras dan tegas menentang apa yang mereka anggap korupsi dan kejahatan. 
“Jika benar BN dan orang Melayu yang mendukung UMNO ini terlalu jahat, tidak akan pernah wujud ruang peralihan kuasa dan pemugaran demokrasi di negara ini.
“Setelah BN tumbang, tidak ada satu pun tunjuk rasa yang UMNO dan PAS anjurkan. Kami sangat menghormati pilihan rakyat dan kami menerimanya dengan berlapang dada,” katanya dalam satu kenyataan.
Malangnya, jelas Khaled, setelah lebih setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah dengan kualiti pentadbiran yang gagal, maka cara paling mudah untuk mengalih ketidakpuasan hati rakyat ialah mencari kambing hitam. 
“YB enggan menerima hakikat bahawa yang menggantikan kleptokrasi adalah kakistokrasi. Malah kini, pelbagai episod video seks, jenayah seksual dan rujukan bahan lucah dilakukan oleh anggota Kerajaan. Seolah-olah, kakistokrasi kini berubah pula menjadi pornokrasi.
“Maka timbul tuduhan bahawa ada pihak tertentu yang bermain sentimen kaum dan agama. Malah, rakan-rakan YB sehingga ke hari ini masih bercakap tentang ‘kartel’ dan ‘deep state’ yang tidak ada siapa pun faham maksudnya. 
“Barangkali, para jemaah menteri yang bersijil palsu dengan kelayakan luar negara yang ditipu boleh memberikan pencerahan kepada kami yang hanya belajar dengan jujur di universiti tempatan,” katanya.
Mengulas lanjut, Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor turut mengajukan persoalan bagi mengetahui, selain perkauman, apa yang sebenarnya telah Kit Siang atau DAP bantu bagi menjayakan tanah air selama 60 tahun ini.
“Jika DAP bukan perkauman, masakan setelah 60 tahun, ia terus gagal meyakinkan orang Melayu untuk mendukung perjuangannya. Jika DAP bukan perkauman, mengapa ia menjadi cacing kepanasan apabila Perdana Menteri menyelar Dong Zong sebagai rasis? Jika DAP bukan perkauman, mengapa penyatuan orang Melayu Islam disamakan dengan gerakan pengganas?
“Setelah 60 tahun, satu-satunya ‘jasa’ DAP adalah memastikan orang Cina hanya menyokong agenda rasis DAP. Sebab itu, sejak 6 dekad sehinggalah setelah membentuk kerajaan, tiada Melayu atau India atau Iban atau Kadazan atau orang Asli yang berbondong-bondong menyertai DAP.
“Sebabnya mudah. Impian DAP tentang Malaysian Malaysia yang tidak beragama rasmi itu sangat terpisah dari realiti Malaysia,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/apa-sumbangan-dap-60-tahun-lalu-selain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Boikot Perkauman Sebelum Pru 13 Lagi

Dap Boikot Perkauman Sebelum Pru 13 Lagi

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 246 hits
DAP melakukan amalan BOIKOT berunsur perkauman sebelum PRU 13 lagi1 min readSecara am dan demi kebaikan keseluruhan ekonomi negara saya setuju dengan pendapat Mufti Perlis bahawa umat Islam boleh mengetengahkan kempen untuk membantu ekonomi...
Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar Kali Ke 48 Tahun 2019

Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar Kali Ke 48 Tahun 2019

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 496 hits
SERAMAI 12 graduan cemerlang terpilih menerima Anugerah Khas Industri tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar Ke 48 tahun ini
Gaikindo Usul Impor Komponen Kendaraan Listrik Hanya Boleh 2 Tahun

Gaikindo Usul Impor Komponen Kendaraan Listrik Hanya Boleh 2 Tahun

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 307 hits
Anjuran itu diberikannya lantaran dia tak mau pasar kendaraan listrik dalam negeri terlalu dikuasai hasil impor
Bocah Perempuan 11 Tahun Di Malaysia Ajak Anak Laki Laki Berhubungan Intim

Bocah Perempuan 11 Tahun Di Malaysia Ajak Anak Laki Laki Berhubungan Intim

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 518 hits
Seorang anak perempuan berusia 11 tahun asal Malaysia menulis sebuah surat pengakuan kepada anak laki laki berusia 12 tahun yang belum dikenalnya meminta dia untuk berhubungan badan dengan dirinya
Hanya Kerana Gula Gula Getah Perkahwinan 15 Tahun Berakhir Dengan Talak Tiga

Hanya Kerana Gula Gula Getah Perkahwinan 15 Tahun Berakhir Dengan Talak Tiga

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 300 hits
Hanya kerana enggan menerima gula gula getah yang diberikan oleh suami seorang wanita diceraikan dengan talak tiga di kawasan pekarangan sebuah mahkamah sivil di India Kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu apabila Simmi 30 bersama denga...
Pasangan 13 Tahun Terjun Sungai Untuk Buktikan Cinta Tapi

Pasangan 13 Tahun Terjun Sungai Untuk Buktikan Cinta Tapi

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 773 hits
Masa zaman cinta monyet dulu memang betul betul rasa macam cinta sejatilah Maklumlah baru baru kenal apa erti cinta kononnya Samalah kot macam pasangan yang baru berusia 13 tahun dari Thailand ni Dikatakan dorang dah bersama selama 8 bulan ...
Nahkoda Km Izhar Terbakar Tewaskan Penumpang Terancam Pidana 10 Tahun Bui

Nahkoda Km Izhar Terbakar Tewaskan Penumpang Terancam Pidana 10 Tahun Bui

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 173 hits
Penetapan SAR sebagai tersangka dan tindakan penahanan selama 20 hari sesuai hukum acara pidana untuk kepentingan proses hukum
Huawei Tidak Akan Melancarkan Telefon Pintar Dengan Harmony Os Tahun Ini

Huawei Tidak Akan Melancarkan Telefon Pintar Dengan Harmony Os Tahun Ini

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 288 hits
Sekatan yang dikenakan ke atas Huawei awal tahun ini memulakan ura ura mereka akan mula menggunakan sistem operasi buatan sendiri dengan kod nama HongMeng OS Tetapi minggu lalu sistem operasi yang diberikan nama rasmi Harmony OS akhirnya di...
Urusan Klia Dah Macam Tahun 1950an Saiful Nang

Urusan Klia Dah Macam Tahun 1950an Saiful Nang

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dikatakan beroperasi seperti pada tahun 1950 an Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Rarecation Travel Sdn Bhd Saiful Nang semua proses di KLIA dijalankan secara manual disebabkan oleh gan...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r