Pasangan 13 Tahun Terjun Sungai Untuk Buktikan Cinta Tapi
Masa zaman cinta monyet dulu, memang betul-betul rasa macam cinta sejatilah. Maklumlah, baru-baru kenal apa erti cinta kononnya.
Samalah
kot macam pasangan yang baru berusia 13 tahun dari Thailand ni.
Dikatakan dorang dah bersama selama 8 bulan dan tak ada apa yang boleh
menghalang ‘cinta sejati’ dorang ni.
Sebab tu, bila mak budak perempuan ni halang dorang daripada bercinta, pasangan cilik ni mula buat keputusan untuk terjun ke dalam sungai bagi membuktikan yang cinta mereka ni adalah “cinta sejati”. Alamak geli tekak
Gambar Hiasan
Menurut China Press,
budak lelaki dan budak perempuan ini buat keputusan untuk terjun ke
dalam sungai bersama-sama pada Ahad lepas (18 Ogos) lepas mak perempuan
ni halang dorang untuk hubungi satu sama lain.
Untuk buktikan pada
dunia tentang cinta sejati ni, pasangan ini mula pegang tangan dan
terjun ke dalam sungai sama-sama. Tak pasti apa tujuan dorang terjun
sungai ni, sama ada nak bunuh diri ke apa. Tapi, lepas dorang terjun,
tiba-tiba dorang nampak satu biawak besar tengah syok berenang dalam
sungai.
Budak perempuan yang takut bila nampak biawak tu, terus lepaskan tangan kekasih hati dia dan cuba untuk keluar dari sungai. Malangnya, sebab dia tak tahu nak berenang, budak perempuan ni mula tenggelam.
Gambar Hiasan
Manakala budak lelaki tu pula tengah struggle untuk
terapungkan badan dan mula tenggelam dipukul arus. Sukar nak bernafas,
budak lelaki ni cuba untuk berenang ke darat sebelum seorang pejalan
kaki ternampak dua remaja ini dan segera lompat ke dalam sungai untuk
menyelamatkan dorang.
Budak perempuan tersebut dikatakan hampir mati lemas kini dalam keadaan kritikal selepas diberikan rawatan kecemasan.
Sumber: China Press
Ibu budak lelaki tersebut mengatakan yang dia tahu anaknya
menjalinkan hubungan dengan kekasihnya. Tapi, dia dah nasihatkan dorang
untuk berhenti dan sebaliknya fokus dengan pelajaran.
Ibu ini tak
tahu kenapa anak lelakinya boleh buat perkara macam ni dan telah pun
meminta maaf kepada budak perempuan tersebut dan ibu bapanya atas
kelakuan anaknya.
Haih, budak-budak sekarang ni ekstrem betul. Nasib baiklah biawak tu ada, kalau tak, tak tahu apa jadi dekat dorang ni.
LOBAKMERAH
The post Pasangan 13 Tahun Terjun Sungai Untuk Buktikan Cinta, Tapi… appeared first on Media Serius.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaserius.my/pasangan-13-tahun-terjun-sungai-untuk-buktikan-cinta-tapi/