Urusan Klia Dah Macam Tahun 1950an Saiful Nang
                                                                                        Muhammad Azizul Osman LIHAT VIDEO DI SINI
      KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikatakan beroperasi seperti pada tahun 1950-an.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Rarecation Travel Sdn. Bhd,  Saiful Nang, semua proses di KLIA dijalankan secara manual disebabkan  oleh gangguan sistem operasi yang berlaku sejak semalam.
“Apa yang berlaku sistem tergendala dan menyebabkan KLIA berfungsi seperti pada tahun 1950-an dahulu.
“Kalau kita lihat situasi kat sini macam kenduri, turun sahaja  daripada kapal terbang, semuanya dibuat secara manual sampai ke semua  peringkat. Sistem imbas pasport tidak boleh guna, kena guna proses  manual dengan cop.
“Boleh bayangkan betapa rumitnya proses untuk mendapatkan bagasi,  bayangkan sistem di KLIA antara yang mendapat anugerah namun hari ini  kena guna proses manual,” katanya di Facebook rasmi, Rarecation Travel.

Rarecation Sdn BhdSaiful yang baru tiba daripada Auckland, New Zealand berkata, proses untuk mendapatkan bagasi juga mengalami masalah sama.
Ini kerana setiap bagasi yang dibawa turun daripada pesawat akan  menjalani proses manual kerana sistem pengimbasan tidak dapat dilakukan  buat masa ini.
“Boleh bayangkan betapa rumitnya proses untuk mendapatkan bagasi,  bayangkan sistem di KLIA antara yang mendapat anugerah namun hari ini  kena guna proses manual.
“Bayangkan KLIA berfungsi pada tahun 1950 dengan setiap beg yang  masuk daripada kapal terbang kena tulis setiap nombor tag dia secara  manual.
“Lebih teruk penerbangan transit, mesti akan berlaku penangguhan dan  semua beg terpaksa dibawa turun dan direkodkan secara manual dan dibawa  naik semula untuk pemeriksaan,” jelas beliau lagi.
Sejak semalam, sebanyak 20 penerbangan yang dilaporkan ditangguh di  terminal utama KLIA termasuklah ke Narita, Jepun; Perth, Sydney dan  Melbourne, Australia; Jakarta, Indonesia; London dan Hong Kong. –  MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/urusan-klia-dah-macam-tahun-1950an.html