Apa Nak Buat Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan


AssalamualaikumBismillah

Hari ini merupakan hari kedua bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Sepanjang tempoh ini pasti korang berfikir apalah nak buat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Mari lihat apa yang korang boleh buat selama duduk di rumah sehingga 31 Mac ini.

1. Habiskan Masa Bersama Keluarga
Kalau sebelum ini korang sibuk bekerja. Kini tiba masanya untuk ambil peluang untuk bersama keluarga tersayang dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga ialah :
Berkebun Korang boleh tanam bawang, sayur-sayuran ataupun buah-buahan. Sekarang lagi dengan keadaan kita yang terhad pergerakan. Ada baiknya ambil inisiatif untuk bercucuk tanam

Menonton televisyen/movie bersama keluargaSebelum ini siapa yang takda masa nak habiskan rancangan kegemaran korang seperti Running Man, KDrama, Drama Melayu ke, bolehlah ambil peluang ini untuk menonton televisyen sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Tonton berita semasa tentang Covid-19, ambil tahu berkenaan isu ini. 

Belajar MemasakMemandangkan dah tak boleh makan kat luar, boleh lah belajar memasak. Kalau yang bekerja, untuk lebih menjimatkan bawa ja bekal dari rumah. Kebersihan makanan pun perlu dijaga. 
Baca Sini :Resepi Brownies Kedut Simple Sukatan Cawan 
Bersihkan Rumah Disebabkan jadual bekerja, ada diantara korang yang mungkin tiada masa untuk kemas rumah kan. Jadi masa inilah korang boleh buat aktiviti gotong-royong bersama keluarga. Bersihkan halaman rumah, vacuum, susun atur perabot, dan buang barangan yang tidak digunakan. Dengan cara ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga tetapi juga membantu mengeluarkan keringat apabila banyak bergerak. 
Bermain Bersama Haiwan Siapa yang ada pelihara haiwan seperti kucing, anjing, burung ataupun hamster ka korang boleh relaks bersama haiwan kesayangan. Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, haiwan ini juga perlu perhatian dan penjagaan yang baik. 
Solat Berjemaah/Mengaji/Ganti PuasaWalaupun kita tidak dapat pergi masjid, gereja kuil ataupun tempat ibadat yang lain, tetapi itu bukan bermaksud kita sewenang-wenangnya tinggalkan kewajipan kita sebagai individu yang beragama. Bagi yang Muslim, korang boleh berjemaah bersama keluarga, mengaji dan baca al-Quran. Tak lama lagi dah masuk bulan Ramadan, siapa yang tak ganti puasa lagi korang boleh qada puasa sekarang. 
Bersukan/BersenamAntara sukan atau senaman yang korang boleh lakukan ialah zumba/senamrobik, yoga, main badminton, atau main getah. Korang boleh juga main permainan indoor seperti puzzle, Sahiba, congkak, Bingo dan catur. 
2. Aktiviti Buat Pelajar
Tolong ringankan tugas ibu bapaBagi ibu bapa yang terpaksa bekerja walaupun dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, korang ringankan tangan bantu ibu bapa memasak, kemas rumah, cuci pakaian dan kerja rumah yang lain. Ibu bapa yang bekerja di sektor kerajaan seperti Doktor, Nurse ataupun Polis mesti sangat penat dan perlukan rehat yang cukup. Oleh itu, sebagai anak yang baik, soleh dan solehah kita bantu mereka buat kerja rumah sikit pun dah memadai. At least sejuk ja hati mereka kalau balik rumah kan. 
Baca Buku Novel/Komik/IlmiahKalau korang ada buku di rumah bolehlah tambah ilmu dengan membaca buku. Yang tak minat baca buku yang berbentuk ilmiah pun boleh saja baca buku majalah, komik ataupun novel. Kalau takda buku boleh baca melalui online. Ada banyak website yang korang boleh baca secara online. 
Ulangkaji dan Buat AssignmentBagi pelajar yang dah nak masuk minggu peperiksaan boleh buat persediaan awal untuk ulangkaji pelajaran. Kalau boleh elakkan diri daripada study last minutes adik-adik. Boleh baca 6 Tips Persediaan Sebelum Peperiksaan [ UPSR, PT3, SPM & STPM ] Sekiranya korang diberi assignment, segeralah untuk siapkan dan jangan bertangguh kerana 2 minggu tu tempoh yang sangat panjang dan tiada alasan untuk tidak siap kerja rumah. 
Main Game ML/PUBG/Ular-CacingKalau bosan sangat mainlah Mobile Legend ka, Pubg ka, Candy Crush, ataupun game segala ular dan cacing hehe. Sebelum ini sibuk dan nak main game tak dapat. Apa kata ambil peluang yang bukan selalu ini untuk layan game anda hehe. 
3. Kerja Dari Rumah
Siapkan kerja yang tertangguhBagi korang yang diarah untuk buat kerja dari rumah, jangan pula menangguh kerja. Tetapi aku faham situasi bekerja di rumah dan office ini tidak sama apatah lagi kalau ibu bapa yang mempunyai anak. Sangat mencabar bekerja dari rumah. Aku berharap korang tabah sepanjang tempoh ini. Semoga dipermudahkan buat korang yang terpaksa buat kerja dari rumah. 
Peniaga boleh menjalankan perniagaan online.Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, korang boleh jalankan perniagaan secara online. Kalau yang bekerja di restoran boleh buat penghantaran makanan (delivery) ataupun galakkan orang untuk tapau makanan sahaja. 
Bagi yang berniaga seperti pasar malam, korang boleh juga menjual dari rumah ke rumah. Aku hanya bagi cadangan sahaja. Sebab di rumah aku setiap pagi dan petang ada yang datang jual sayur, ikan, buah-buahan. Aku tak pasti pula daerah korang. Cuma kalau buat macam ini pastikan korang sebagai peniaga pakai mask dan hand sanitizer.
Berniaga di kawasan rumahKalau korang yang tinggal di kawasan bandar pula boleh buat perniagaan secara online. Perintah Kawalan Pergerakan masih membolehkan korang untuk ke pejabat pos untuk pos barang. 
Buat Servis Penjagaan AnakSekiranya korang merupakan seorang pengasuh atau pernah bekerja sebagai pengasuh, korang boleh buat servis penjagaan anak di rumah. Tetapi limitkan bilangan budak. Kita bantu keluarga kita yang bekerja di sektor kerajaan. Dalam keadaan seperti ini pasti mereka sangat risau dengan anak-anak mereka. Ambil upah sekadar mampu sahaja tidak perlu mahal. Cuba untuk bertimbang rasa. Amalkan tahap kebersihan yang disarankan oleh KKM

Jual Barangan Terpakai/Kitar SemulaCuba korang bongkar barang-barang kat rumah. Korang boleh kitar semula barangan ataupun jual barangan preloved di Marketplace Facebook. Kalau korang baik hati sedekahkan sahaja kepada mereka yang memerlukan. 
Blogger/YoutuberBuat yang bergelar blogger, korang boleh habiskan masa dengan tulis blog. Sekarang inilah peluang buat blogger untuk kerap update sebab kebanyakkan orang di dalam rumah dan sering tengok internet, youtube, media sosial dan lain-lain. Jadi korang manfaatkan masa ini untuk tingkatkan trafik blog korang. Yang dah ada adsense boleh lah tingkatkan earning adsense korang.
Youtuber pun macam tu juga. Korang ada banyak masa untuk edit video, up konten baru. Nak naikkan trafik korang cuba sediakan konten bermanfaat berkenaan Covid-19. Jangan sesekali buat konten yang tidak sahih atau benar tau. Pastikan info yang diperoleh itu adalah melalui sumber yang boleh dipercayai.

Tetapi sebaik-baiknya, just stay at home sahaja buat masa ini itu lebih baik. Bersabar untuk 14 hari sahaja. InsyaAllah sama-samalah berdoa semoga tiada lagi kes baru dilaporkan. 
Just a few words from me~ Aku harap info ini bermanfaat buat korang. Jangan lupa jaga kebersihan dan kesihatan. Just stay at home. Tak perlu pergi ke mana-mana kecuali keadaan yang mendesak seperti tambah barang keperluan makanan. Beri kerjasama dan dengar arahan daripada pihak berkuasa dan kerajaan

I'm just really sad with our people yang tidak mendengar arahan dan nasihat seolah-olah benda ini adalah suatu yang tidak serius. Jangan kerana sikap kita yang tidak bertanggungjawab menyebabkan individu lain yang pada asalnya sihat sahaja jadi sakit.
Kalau korang tidak sayang nyawa diri sendiri at least sayanglah keluarga dan orang disekeliling. Kita tidak tahu pun apa perasaan orang yang dijangkiti. Boleh jadi pesakit Covid-19 ini adalah orang tua ataupun kanak-kanak. Just imagine sekiranya itu adalah ahli keluarga kita, kita tak dapat jumpa pun. 
I'm just imagine kalau pesakit itu adalah anak-anak kecil bayangkan lah tak dapat jumpa parents untuk suatu tempoh yang lama sampailah sembuh. Aku takda anak tetapi aku ada adik-adik kecil dan keluarga. So it hurt me to think about it. 
Stay strong kepada pihak yang bertugas menangani wabak ini. Semoga Allah melindungi kita semua. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2020/03/apa-nak-buat-sepanjang-perintah-kawalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Workout Paling Mudah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Adalah Berjalan Kaki

Workout Paling Mudah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Adalah Berjalan Kaki

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 437 hits
Berjalan Kaki Adalah Workout Paling Mudah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Berjalan kaki bukan lagi menjadi rahsia yang mana boleh ianya menjadi cara terbaik untuk mendapatkan bentuk dan mengurangkan beberapa inci dari pinggang ...
Guru Kafa Dapat Elaun Penuh Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Jakim

Guru Kafa Dapat Elaun Penuh Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Jakim

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 442 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini para pendidik tidak dapat menjalankan tugasan mereka ekoran daripada penutupan semua sekolah di Malaysia kerana wabak Covid 19 yang melanda di negara kita Menerusi perkongsian daripada laman ...
5 Perkara Bermanfaat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Pelaksanaan 14 Hari Perintah Kawalan Pergerakan

5 Perkara Bermanfaat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Pelaksanaan 14 Hari Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 423 hits
Seperti semua sedia maklum hari ini merupakan hari kedua berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin Pelaksanaannya bertujuan untuk mengurangkan pergerakan...
Kaedah Azan Yang Dicadangkan Menteri Agama Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

Kaedah Azan Yang Dicadangkan Menteri Agama Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 337 hits
Kaedah Azan yang Dicadangkan Menteri Agama Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 1 Azan seperti biasa kerana ia syiar agama 2 Kalimah hayya alassolah diperlahankan 3 Setelah azan mu azzin bilal hendaklah berpesan Solatlah di rumah atau temp...
Pm Tegaskan Jangan Cemas Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Ini Untuk Kebaikan Semua

Pm Tegaskan Jangan Cemas Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Ini Untuk Kebaikan Semua

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 654 hits
Gara gara salah faham info yang tular di media sosial sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan orang ramai terlebih dahulu membeli stok makanan dalam kadar yang banyak berbanding biasa Makanan yang menjadi tumpuan ialah makanan dalam t...
Menu Makan Tengah Hari Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Menu Makan Tengah Hari Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 812 hits
Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bagi semua negeri di Malaysia bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 Selama 14 hari ini rakyat Malaysia disarankan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenu...
Mkn Larang Orang Ramai Keluar Bersenam Di Taman Rekreasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Mkn Larang Orang Ramai Keluar Bersenam Di Taman Rekreasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 526 hits
MENTERI Belia Sukan Datuk Seri Reezal Merican berkongsi menerusi Twitternya tentang langkah keselamatan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac Melalui perintah ini rakyat diminta untuk tid...
Conversation Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Conversation Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 312 hits
Hi korang Hari ni genap Perintah Kawalan Pergerakkan hari yang ke 7 Seminggu dah uolls sepanjang seminggu ni macam macam dah kita hadapi kan ada yang stress ada yang dah sakit sakit baadan dan ada yang dah otak tepu Jangan adanyang dah star...
Zoo Negara Perlukan Dana Ketiadaan Pengunjung Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

Zoo Negara Perlukan Dana Ketiadaan Pengunjung Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 373 hits
Semalam 25 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia telah membuat beberapa pengumuman khas berkaitan Covid 19 Antaranya ialah tempoh perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 Apri 2020 Seperti yang telah diagak kerana kedegilan rakyat Ma...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm

Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico