
Sumber gambar dari Asian ParentMemandangkan korang diberi cuti selama 14 hari, korang boleh gunakan kesempatan ini untuk luangkan masa dengan ahli keluarga. Selain menonton rancangan tv kegemaran bersama, ibu bapa juga boleh lakukan aktiviti DIY bersama anak-anak. Banyak projek DIY di Youtube yang mudah dan senang boleh dilakukan bersama. Selain dapat menambah ilmu anak-anak, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mereka.
Sumber gambar dari PinterestKorang juga boleh gunakan kesempatan ini untuk lakukan akiviti mengemas rumah. Suami isteri serta anak-anak boleh lakukannya bersama-sama. Selain dapat menjamin kebersihan rumah, aktiviti mengemas rumah ini juga dapat menyihatkan badan dan memastikan persekitaran bebas dari virus. Tapi mak ayah kena pastikan ketika mengemas anak-anak dibekalkan dengan penutup mulut serta sarung tangan bagi mengelakkan anak tersedut habuk dan jangkitan kuman.
Sumber gambar dari GoogleMasa yang ada ini jugalah ibu bapa boleh mengatur semula pemakanan yang sihat untuk anak-anak yang sebelum ini mungkin terlepas pandang kerana sibuk bekerja. Masak menu-menu yang menyihatkan dan ini semua boleh belajar terus dari YouTube.
Sumber gambar daro AmazonTipulah kalau korang tak ada kerja yang tertangguh. Maka korang boleh manfaatkan cuti yang diberikan untuk siapkan kerja-kerja yang tertangguh lama tu. Misalnya, korang yang bergelar guru perlu menyemak kertas peperiksaan atau menanda buku atau kalau korang seorang yang bekerja dibahagian multimedia kreatif, time ini lah korang boleh gunakan untuk siapkan semua artwork-artwork atau planning idea seterusnya untuk digunakan bila masuk bekerja nanti.
Sumber gambar dari TMGunakan cuti ini dengan bertanya khabar ibu bapa atau saudara-mara yang lama tidak berjumpa. Jangan pulang ke kampung pula! Bagi mereka yang jarang-jarang telefon ibu-bapa dikampung kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja sebelum ini, maka sepanjang 14 hari cuti ini gunakanlah sebaiknya untuk tanya keadaan mereka.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |